Total Pageviews

Showing posts with label BATUK/DEMAM/SELSEMA. Show all posts
Showing posts with label BATUK/DEMAM/SELSEMA. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

BAHAYA UBAT BATUK DAN SELSEMA 

KEPADA KANAK KANAK



Jika ditanya kepada mana-mana ibu bapa, pasti mereka akan bersetuju bahawa anak kecil yang mengalami batuk dan selesema adalah antara perkara yang paling sukar untuk ditangani. Seorang kanak-kanak pasti tidak dapat bernafas dan tidur dengan selesa sekiranya hidung mereka tersumbat. Semestinya setiap ibu bapa yang pernah berjaga malam ketika anak tidak sihat sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan rawatan atau ubat yang dapat melegakan anak mereka supaya kembali nyenyak.


Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa organisasi kesihatan seluruh dunia secara amnya telah mengeluarkan amaran keras tentang penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sekiranya tanpa arahan para doktor. Amaran ini telah dikeluarkan sejak beberapa tahun yang lalu. Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun. Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor. Situasi ini menggambarkan betapa perlunya informasi tentang bahaya ubat-ubat ini disebarkan di kalangan ibu bapa.



Ubat-ubat ini termasuk yang mengandungi kompaun yang mampu melegakan hidung tersumbat seperti ephedrine, pseudoephedrine, atau phenylephrine, antihistamin yang membawa kesan mengantuk seperti diphenhydramine, brompheniramine, promethazine atau chlorpheniramine serta ubat mengeluarkan kahak seperti guaifenesin dan ipecacuanha. Kumpulan ubat yang paling membimbangkan adalah antihistamin yang membawa kesan mengantuk (antihistamin generasi pertama).



Mengapa amaran dikeluarkan?



Di Amerika Syarikat, isu-isu seperti penyalahgunaan ubat, preskripsi ubat yang tidak tepat, pengambilan ubat secara berlebihan dan penggunaan gabungan ubat-ubat yang tidak sesuai adalah di tahap membimbangkan. Lebih menggerunkan, terdapat juga kes-kes yang melibatkan kesan sampingan buruk atau kematian kanak-kanak di bawah umur 2 tahun yang diberi ubat batuk dan selesema ini.



Hasil kajian dan penyelidikan pemasaran ubat mendapati bahawa tiada bukti yang kukuh menunjukkan keberkesanan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun. Apabila risiko kesan sampingan negatif diambil kira, tiada justifikasi untuk pemberian ubat-ubat ini kepada kanak-kanak.



Apakah kesan sampingan yang lazim ubat-ubat ini?



Antihistamin generasi pertama mampu meresap ke bahagian otak dengan mudah menyebabkan kesan sampingan lebih dirasai berbanding dengan antihistamin generasi kedua yang hanya diserap dalam kuantiti yang sedikit. Ubat ini lebih berkesan kepada organ sasaran selain otak. Walaupun begitu, penggunaan antihistamin generasi kedua (cetirizine, loratidine) tetap tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.



Antihistamin generasi pertama juga boleh menyebabkan mengantuk, pening dan hilang koordinasi badan. Kesan-kesan lain pula termasuk ketar pada anggota badan, halusinasi dan sawan. Kanak-kanak yang diberi dos ubat yang berlebihan mungkin boleh mengalami kesukaran bernafas, koma dan seterusnya, kematian. Ubat antihistamin generasi kedua juga boleh menyebabkan mengantuk, peningkatan kadar denyutan jantung dan sakit kepala.



Apakah tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi kanak-kanak yang terlalu kecil untuk menggunakan ubat batuk dan selesema?



Terdapat beberapa saranan iaitu: -



1. Penggunaan ‘mist humidifier’ dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pernafasan.



2. Titisan cecair saline atau semburan saline mengekalkan kelembapan rongga hidung dan mengelakkan hidung tersumbat.



3. Hidung kanak-kanak terutama yang berumur kurang daripada setahun boleh disedut menggunakan picagari ‘bulb’ beserta atau tanpa titisan saline.



Jika anak saya berumur lebih 2 tahun dan diberi ubat batuk atau selesema?



Ibu bapa harus berjaga-jaga dan



1. Sentiasa peka dan ikut arahan dan informasi yang terdapat pada label ubat.



2. Jangan melebihi dos yang ditetapkan meskipun kanak-kanak tersebut seakan tidak menunjukkan tanda-tanda positif dengan dos yang disarankan.



3. Sukatan ubat haruslah dilakukan menggunakan sudu penyukat atau picagari yang disediakan bersama ubat tersebut. Jangan menggunakan sudu makan yang biasa dengan aggapan bahawa 1 sudu kecil bersamaan dengan 5 ml.



4. Jangan menggabungkan ubat batuk/selesema berlainan tanpa arahan daripada doktor atau ahli famasi.



Sila dapatkan kepastian daripada ahli farmasi atau doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.



Mr. Mark Chong seorang ahli farmasi yang bekerja di Kuala Lumpur. Bidang penyelidikan beliau termasuklah strategi perlaksanaan langkah-langkah kesihatan awam. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team. Artikel ini diterjemah oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi bedasarkan artikel The danger of cough & cold products for infants & small children – Mr. Mark Cheong



Rujukan:



An Important FDA Reminder for Parents: Do Not Give Infants Cough and Cold Products Designed for Older Children (www.fda.gov)

TGA Announcement: Cough and cold medicines in children (www.tga.gov.au) Sedating Antihistamines in Children – Not a Good Choice. J PRIM HEALTH CARE 2013;5(2):162–163.
Children and Sedating Antihistamines. New Zealand Medicines and Medical Devices Safety Authority (www.medsafe.govt.nz)

Tuesday, December 24, 2013

LENDIR DEGIL DALAM TEKAK

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.
Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.
Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalahsaluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergik (alahan) danjangkitan virus adalah punca utama bagi lendir.
Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama beliau ialah terpaksa berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergik pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan bendasasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak “diserang” dgn hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan“bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.
Lendir yabg terlau lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian otot-ototnya.
Kahak yang melekat
Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang.  Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Cara mengurangkan lendir
Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids.  Namun begitu ada beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh dicuba di rumah.
Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam seberapa kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).
Walau bagimanapun harus dicari punca (sources) penyebab allergik di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.
Allergik pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab utama bagi mereka yang mempunyai allergi.


Sumber dr zubaidi

Monday, December 23, 2013

5 CARA MENGATASI SELESEMA DAN HINGUS BAYI

Dalam tempoh setahun, bayi sering bermula dengan selsema, berhingus dan menyebabkan mereka sukar bernafas. Ini seringkali berlaku kerana bayi belum pandai untuk menghembus cairan dalam hidung iaitu hingus. Kadangkala kesian kan bila tengok anak-anak kita menangis kerana tidak selesa dengan selsema yang mereka hadapi. Terdapat 5 cara untuk mengatasi hingus yang tidak selesa dan kesukaran bernafas akibat dari selsema.

5 CARA MENGATASI SELESEMA -  oleh Jackie Walsh, Pelawat Kesihatan

1. Breastfeed/BF bayi dengan Air Susu Ibu (ASI) sekerap dan selama yang boleh kerana ASI mempunyai antibodi dari ibu yang kebal dari penyakit.

2. Jauhkan bayi yang berumur bawah 3 bulan dari sesiapa sahaja yang menghidapi selsema atau berhingus.

3. Jangan merokok! Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan cenderung mendapat selsema dari bayi lain yang tidak terdedah dengan nikotin.

4. Basuh tangan anda sebelum memegang bayi anda terutamanya selepas batuk, bersin atau mengelap hidung.

5. Balut badannya agar berasa hangat – Menurut kajian baru-baru ini, tindakan ini benar-benar membantu bayi selsema yang berada di teluk. Jangan biarkan kakinya basah kerana jika dibiar basah akan mengundang 3 kali selsema yang lebih teruk.

Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dari selsema yang teruk. Jangan lupa makan ubat yang diberikan doktor dan sekiranya masih selsema lebih dari 3 hari, sangat wajar dirujuk semula dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang selsema yang teruk akan menghasilkan kahak yang banyak melalui paru-paru si kecil. Itukan boleh mengundang bahaya buat anak-anak kita. Perhatikan mereka, sayangi mereka, peluklah mereka terutamanya ketika mereka sakit dan tidak selesa dengan selsema. Si kecil akan berasa lebih selamat!

Selain itu, ibu yang menyusu juga digalakkan mengambil suplemen seperti omega guard, vitalea, vitamin c dan b complex yang dapat meningkatkan imun ibu dan bayi.

OMEGA GUARD - fungsinya yg dapat memanaskan dada, minyak ikan yang paling tulen.
VITALEA - multivitamin tang lengkap.
VITAMIN C - meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan selesema dan alahan.
B COMPLEX - memberi tenaga.


Apa yang diamalkan oleh ibu akan membantu bayi yang disusukan. perlu diingatkan agar tidak memberikan sebarang ubat atau suplemen kepada bayi bawah 1 tahun. susu ibu adalah penawar yang terbaik ;) untuk tempahan dan konsultasi, hubungi saya. konsultasi khas hanya diberikan untuk pelanggan saya ;)

 credit 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, December 6, 2013

TEH KULIT KAYU MANIS PENAWAR SELSEMA DAN BATUK

CARA MEMBUAT TEH KULIT KAYU MANIS
 

Step no.1:
Tuang air mendidih ke dalam cawan.


Step no.2:
Masukkan sebatang kulit kayu manis ke dalam air panas tadi.
Biarkan selama 5 minit atau lebih.

Step no.3:
Potong buah lemon dan perah jus

Step no.4:
 

Tuangkan jus lemon ke dalam teh kulit kayu manis
Biarkan selama 2 minit atau lebih

Untuk rasa manis:
masukkan madu lebah.  Jangan masukkan madu semasa air panas,kerana air panas akan memusnahkan beberapa komponen yang berkhasiat.
Berapa banyak lemon dan madu untuk digunakan.
1) Jika semasa sihat , ikut citarasa
2) Jika hendak digunakan sebagai penawaralami, lemon setengah biji dan madu satu sudu teh.  Hendaklah diminum ramuan ini dua kali sehari (pagi dan petang/malam) selama 5 hari

KENAPA ANAK SELALU SAKIT DEMAM, BATUK DAN SELSEMA?



Punca Anak Kerap Sakit

Anak-anak kerap sakit mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya ialah, Masalah Sistem Imun, Sindrom Pusat Jagaan dan juga Jangkitan Yang Kerap.

1. Sindrom Pusat Jagaan - Sebagai ibu bapa, memang saya dan suami sendiri kadang-kadang tu rasa kecewa dan buntu bila anak asyik sakit. Yelah, risau kan. Tapi sebenarnya adalah perkara biasa kalau kanak-kanak selalu sakit demam, batuk dan selsema yang biasa. Secara purata, kanak-kanak akan mendapat 6-8 jangkitan saluran pernafasan dan 2 atau 3 jangkitan gastrointestinal setiap tahun. Kanak-kanak yang bersekolah ataupun yang ditinggalkan di pusat jagaan mungkin akan terkena jangkitan dengan lebih kerap lagi. Ini di panggil Sindrom Pusat Jagaan. Semakin kanak-kanak membesar, sistem imunnya akan menjadi lebih kuat dan imuniti terhadap jangkitan biasa sudah terbina dalam badan. Jadi, kekerapan untuk jatuh sakit berkurangan.

2. Memasukkan Tangan Dan Objek Tidak Dibasuh Ke Dalam Mulut - Untuk memahami mengapa kanak-kanak selalu mendapat jangkitan dan seterusnya selalu sakit, kita perlu faham bagaimana jangkitan disebarkan. Kecuali pemindahan darah, kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan disebabkan mereka selalu menyentuh pelbagai objek di sekeliling mereka dan seterusnya tanpa membasuh, memasukkan pula tangan ataupun objek ke dalam mulut mereka. Malah, kanak-kanak yang masih kecil seperti bayi mungkin masih belum dapat membina sistem imun yang kuat untuk menentang jangkitan yang biasa berlaku ni.








!
 Cara Elakkan Jangkitan

1. Amalan Membasuh Tangan Dan Menjaga Kebersihan - Untuk mengelakkan jangkitan, kita perlulah mengajar anak-anak dan pengasuh pusat jagaan untuk mengamalkan membasuh tangan, terutamanya setelah menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum makan. Permainan dan objek yang selalu dipegang oleh anak-anak juga perlulah selalu dibasuh termasuklah semua permukaan seperti lantai. Tisu yang digunakan untuk mengelap juga perlulah terus dibuang ke dalam tong sampah.

2. Elakkan Mendekati Orang Sakit - Selain itu, antara tip yang mudah dibuat untuk mengelakkan jangkitan ialah, mengelakkan anak-anak daripada mendekati orang yang sedang sakit. Pastikan pusat jagaan anak mempunyai polisi yang ketat seperti tidak membenarkan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit berjangkit daripada datang ke sekolah. Ini kerana, kebanyakan penyakit mudah menjangkiti kanak-kanak lain 1 atau 2 hari sebelum kanak-kanak yang sakit tersebut mendapat simptom penyakit yang jelas. Jadi, apabila dia tetap datang ke sekolah atau pusat jagaan sebaik sahaj dia mula sakit, kemungkinan dia telah menjangkitkan penyakit kepada kanak-kanak lain yang mendekatinya.


Punca Jangkitan

1. Jangkitan Oleh Virus, Bakteria, Parasit Dan Sistem Imun Yang Lemah - Jangkitan adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit dan anak mudah mendapat jangkitan daripada salah satu ejen ini sekiranya anak masih belum imun dan mendekati orang yang sudah terkena jangkitan. Sesetengah jangkitan memerlukan hubungan terus untuk menyebabkannya dijangkiti contohnya impetigo, scabies, kutu, chickenpox, kurap, cold sores dan pinkeye. Amalan membasuh tangan yang kerap dan memastikan bahagian yang dijangkiti ditutup atau dilindungi dapat membantu mengelakkan penyebaran penyakit-penyakit tersebut.

2. Jangkitan Melalui Titisan Air Di Udara - Jangkitan melalui saluran pernafasan dapat disebarkan melalui titisan air seperti jangkitan daripada paru-paru, hidung dan mulut seseorang. Titisan air ini dapat menjangkiti secara langsung terhadap seseorang ataupun melekat pada sesuatu permukaan yang akan disentuh oleh orang lain. Sekiranya orang tersebut menyentuh mata dan mulutnya, seterusnya dia juga akan dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan oleh titisan respiratori termasuklah selsema, chichkenpox, pertussis, pneumonia, demam selsema dan lain-lain jangkitan viral. Amalan memakai topeng mulut dan hidung sangat bagus untuk mengelakkan jangkitan melalui udara ini.

3. Pencemaran Najis Pada Makanan - Jangkitan juga boleh disebarkan melalui pencemaran oleh najis ke atas makanan yang dimakan yang mana selalunya berlaku apabila seseorang tersentuh najis yang mempunyai penyakit dan makan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. Tangan boleh dicemari oleh najis setelah sesi menukar lampin anak. Partikel penyakit akan memasuki mulut dan menyebabkan jangkitan antaranya cirit-birit, cacing gelang dan hepatitis A.

4. Terdedah Kepada Darah Tercemar - Yang akhir sekali, jangkitan juga boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada darah yang telah dijangkiti dengan penyakit HIV, Hepatitis B atau C ataupun Cytomegalovirus


Cara Mengatasi Jangkitan


Vitamin Untuk Anak Tersayang!


1. Amalan Kebersihan - Tidak dinafikan amalan kebersihan adalah faktor utama yang sangat perlu dititiberatkan dalam kehidupan seharian. Amalan kebersihan seperti membasuh tangan, adalah perkara asas utama yang tidak boleh diambil remeh oleh setiap orang. Selain itu, mempunyai sisem daya tahan badan yang kuat untuk melawan penyakit juga adalah sangat penting dalam mencegah jangkitan penyakit ataupun mengelakkan terkena jangkitan dengan lebih teruk.

2. Pengambilan Vitamin Ataupun Makanan Tambahan - Sebagai ibubapa, antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan anak-anak tersayang adalah dengan memberikan makanan tambahan, supplement ataupun vitamin kepada anak-anak. Ini kerana pengambilan vitamin dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imun anak ke tahap yang lebih optimum. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin terbaik yang disyorkan untuk anak-anak antaranya ialah Meal Shakes Shaklee, Omega GuardShaklee, Chewable Vitamin C Shaklee, Nutriferon Shaklee, Vita-Lea for Children (Chewable) dan Lecithin. Setiap vitamin memberikan manfaat yang sangat baik untuk kesihatan anak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan setiap vitamin, jangan lupa baca di entry akan datang! ;)

3. Amalan Gaya Hidup Sihat - Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, memakan makanan seimbang berkhasiat, banyak minum air dan sebagainya juga dapat membantu menguatkan sistem imun anak dan mengurangkan risiko terkena jangkitan terhadap penyakit.


Anak yang sihat, akan lebih ceria dan bijak. Ibu juga gembira!

http://blossomwidad.blogspot.com