Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?
Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh
selaput mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran
pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan
daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya
akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke
tekak.
Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya
adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan
trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara
rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk
daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak
menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal
lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna
kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.
Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.
Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala
sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda
bagi masalahsaluran pernafasan yang kronik. Namun begitu
masalah allergik (alahan) danjangkitan virus adalah
punca utama bagi lendir.
Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang
kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama beliau
ialah terpaksa berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz kecil berterbangan di
udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar murid-muridnya
menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah
allergik pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk
menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan mencepatkan
pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan bendasasing yang
halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada
sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan
radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak “diserang” dgn hebat, tubuh akan melipatgandakan
sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi
mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan“bronchospasm” yang
berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan
yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika
bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh
menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran
pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh
lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian
terutama pada kanak-kanak.
Lendir yabg terlau lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti
tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru
seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza
pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala
dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus.
Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan
kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan
demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian
otot-ototnya.
Kahak yang melekat
Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami
keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini
dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang
dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung
tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis.
Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar
dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang
ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala
rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
Cara mengurangkan lendir
Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine,
decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids. Namun begitu ada
beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh dicuba di
rumah.
Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam seberapa kerap yang
boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan
mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan secamca madu.
Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan
lada putih (pepper).
Walau bagimanapun harus dicari punca (sources) penyebab allergik di
dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.
Allergik pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab utama bagi
mereka yang mempunyai allergi.
Sumber dr zubaidi
No comments:
Post a Comment