Punca Anak Kerap Sakit
Anak-anak kerap sakit mungkin berpunca daripada
beberapa faktor. Antaranya ialah, Masalah Sistem Imun, Sindrom Pusat Jagaan
dan juga Jangkitan Yang Kerap.
1. Sindrom Pusat Jagaan - Sebagai ibu bapa, memang saya dan suami sendiri
kadang-kadang tu rasa kecewa dan buntu bila anak asyik sakit. Yelah, risau kan. Tapi sebenarnya
adalah perkara biasa kalau kanak-kanak selalu sakit demam, batuk dan selsema
yang biasa. Secara purata, kanak-kanak akan mendapat 6-8 jangkitan saluran
pernafasan dan 2 atau 3 jangkitan gastrointestinal setiap tahun.
Kanak-kanak yang bersekolah ataupun yang ditinggalkan di pusat jagaan mungkin
akan terkena jangkitan dengan lebih kerap lagi. Ini di panggil Sindrom Pusat
Jagaan. Semakin kanak-kanak membesar, sistem imunnya akan menjadi lebih
kuat dan imuniti terhadap jangkitan biasa sudah terbina dalam badan. Jadi,
kekerapan untuk jatuh sakit berkurangan.
2. Memasukkan Tangan Dan Objek Tidak Dibasuh Ke
Dalam Mulut - Untuk memahami
mengapa kanak-kanak selalu mendapat jangkitan dan seterusnya selalu sakit, kita
perlu faham bagaimana jangkitan disebarkan. Kecuali pemindahan darah,
kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan disebabkan mereka selalu menyentuh
pelbagai objek di sekeliling mereka dan seterusnya tanpa membasuh, memasukkan
pula tangan ataupun objek ke dalam mulut mereka. Malah, kanak-kanak yang masih
kecil seperti bayi mungkin masih belum dapat membina sistem imun yang kuat
untuk menentang jangkitan yang biasa berlaku ni.
!
Cara Elakkan Jangkitan
1. Amalan Membasuh Tangan Dan Menjaga Kebersihan - Untuk mengelakkan jangkitan, kita perlulah mengajar
anak-anak dan pengasuh pusat jagaan untuk mengamalkan membasuh tangan,
terutamanya setelah menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum makan.
Permainan dan objek yang selalu dipegang oleh anak-anak juga perlulah selalu
dibasuh termasuklah semua permukaan seperti lantai. Tisu yang digunakan untuk
mengelap juga perlulah terus dibuang ke dalam tong sampah.
2. Elakkan Mendekati Orang Sakit - Selain itu, antara tip yang mudah dibuat untuk
mengelakkan jangkitan ialah, mengelakkan anak-anak daripada mendekati orang
yang sedang sakit. Pastikan pusat jagaan anak mempunyai polisi yang ketat
seperti tidak membenarkan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit berjangkit
daripada datang ke sekolah. Ini kerana, kebanyakan penyakit mudah menjangkiti
kanak-kanak lain 1 atau 2 hari sebelum kanak-kanak yang sakit tersebut mendapat
simptom penyakit yang jelas. Jadi, apabila dia tetap datang ke sekolah atau
pusat jagaan sebaik sahaj dia mula sakit, kemungkinan dia telah menjangkitkan
penyakit kepada kanak-kanak lain yang mendekatinya.
Punca Jangkitan
1. Jangkitan Oleh Virus, Bakteria, Parasit Dan
Sistem Imun Yang Lemah - Jangkitan
adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit dan anak mudah mendapat
jangkitan daripada salah satu ejen ini sekiranya anak masih belum imun dan
mendekati orang yang sudah terkena jangkitan. Sesetengah jangkitan memerlukan
hubungan terus untuk menyebabkannya dijangkiti contohnya impetigo, scabies,
kutu, chickenpox, kurap, cold sores dan pinkeye. Amalan membasuh tangan yang
kerap dan memastikan bahagian yang dijangkiti ditutup atau dilindungi dapat
membantu mengelakkan penyebaran penyakit-penyakit tersebut.
2. Jangkitan Melalui Titisan Air Di Udara - Jangkitan melalui saluran pernafasan dapat
disebarkan melalui titisan air seperti jangkitan daripada paru-paru, hidung dan
mulut seseorang. Titisan air ini dapat menjangkiti secara langsung terhadap
seseorang ataupun melekat pada sesuatu permukaan yang akan disentuh oleh orang
lain. Sekiranya orang tersebut menyentuh mata dan mulutnya, seterusnya dia juga
akan dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan oleh titisan respiratori
termasuklah selsema, chichkenpox, pertussis, pneumonia, demam selsema dan
lain-lain jangkitan viral. Amalan memakai topeng mulut dan hidung sangat bagus
untuk mengelakkan jangkitan melalui udara ini.
3. Pencemaran Najis Pada Makanan - Jangkitan juga boleh disebarkan melalui pencemaran
oleh najis ke atas makanan yang dimakan yang mana selalunya berlaku apabila
seseorang tersentuh najis yang mempunyai penyakit dan makan tanpa membasuh
tangan terlebih dahulu. Tangan boleh dicemari oleh najis setelah sesi menukar
lampin anak. Partikel penyakit akan memasuki mulut dan menyebabkan jangkitan
antaranya cirit-birit, cacing gelang dan hepatitis A.
4. Terdedah Kepada Darah Tercemar - Yang akhir sekali, jangkitan juga boleh berlaku
apabila seseorang terdedah kepada darah yang telah dijangkiti dengan penyakit
HIV, Hepatitis B atau C ataupun Cytomegalovirus
Cara Mengatasi Jangkitan
Vitamin Untuk Anak Tersayang!
1. Amalan Kebersihan - Tidak dinafikan amalan kebersihan adalah faktor
utama yang sangat perlu dititiberatkan dalam kehidupan seharian. Amalan
kebersihan seperti membasuh tangan, adalah perkara asas utama yang tidak boleh
diambil remeh oleh setiap orang. Selain itu, mempunyai sisem daya tahan badan
yang kuat untuk melawan penyakit juga adalah sangat penting dalam mencegah
jangkitan penyakit ataupun mengelakkan terkena jangkitan dengan lebih teruk.
2. Pengambilan Vitamin Ataupun Makanan Tambahan - Sebagai ibubapa, antara perkara yang boleh kita
lakukan untuk menjaga kesihatan anak-anak tersayang adalah dengan memberikan
makanan tambahan, supplement ataupun vitamin kepada anak-anak. Ini kerana
pengambilan vitamin dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imun anak
ke tahap yang lebih optimum. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin terbaik
yang disyorkan untuk anak-anak antaranya ialah Meal Shakes Shaklee, Omega GuardShaklee, Chewable Vitamin C Shaklee, Nutriferon Shaklee, Vita-Lea for Children
(Chewable) dan Lecithin. Setiap vitamin memberikan manfaat yang sangat baik
untuk kesihatan anak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan setiap
vitamin, jangan lupa baca di entry akan datang! ;)
3. Amalan Gaya Hidup Sihat - Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, memakan
makanan seimbang berkhasiat, banyak minum air dan sebagainya juga dapat
membantu menguatkan sistem imun anak dan mengurangkan risiko terkena jangkitan
terhadap penyakit.
Anak yang sihat, akan lebih ceria dan bijak. Ibu
juga gembira!
http://blossomwidad.blogspot.com
http://blossomwidad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment