Bila menulis entry ini, saya teringat pada seorang
teman...masa sekolah dulu, muka kena sunburn teruk hingga bila buka tudung,
boleh nampak beza gelap area muka dgn tepi telinga ke leher yg x terdedah
matahari. Tu cerita zaman sekolah.Lepas masuk u, dah pandai bergaya sket..dah
tau cream uv apa nak kena pakai, gipun dah jarang berjemur, kelas pun dalam air
cond ja..muka dah jadi putih berseri balik.
Lepas habis belajar, ditakdirkan jadi guru,
pulak tu dalam jadual terpaksa ganti cikgu pj,dengan latihan sukan, hari
sukan..bawak budak kuar g pertandingan..bila dah kerap sangat, muka pun dah
nampak balik yang berbelang belang tu. Ada ketikanya, kulit wajah betul betul 'terbakar'. Saya tidak tahu kenapa jadi begitu teruk..mungkin sedikit sebanyak disebabkan krim muka yang tidak sesuai. Nak buat aktiviti luar pun jadi tak da
mood. Selalunya ambil masa berminggu-minggu untuk kulitnya kembali pulih.
Kebanyakan orang pun akan mengalami masalah yang
sama. Kerja luar especially tengah tengah panas, outdoor aktiviti memang senang
nak kena panahan asmara matahari ni..Ada yang kata dah pakai sunblock, tapi
still nampak lagi kesan terbakar tu.
Agak agak korang sanggup tak pakai topeng macam ni nak elak UV?
Macamana nak pilih surnblock yang sesuai? Ada yang kata
lagi tinggi SPF, lagi baik kadarnya. Sunblock ni bukan takat nak elak muka dari
gelap ja. Tapi sinar UV yang berlebihan memang boleh memberi kesan pada
kesihatan. Pendedahan secara berlebihan boleh menyebabkan penuaab pra
matang-kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok tompok . Yang paling
berbahaya, boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
So, kalau yang terpaksa jugak duk bawah sinaran matahari
ni, apa langkah yang boleh diambil untuk mengelak sinaran UV yang berlebihan?
Berpayung di bawah matahari terik dapat membantu mengelakkan sedikit sebanyak sinaran UV. tapi masih perlu pakai sunblock ye!
Pada
kebanyakan produk penjagaan kulit, pasti tertera SPF yang membawa maksud Sun
Protection Factor. Angka yang tertera pada SPF menunjukkan berapa lama kita
boleh berada di bawah cahaya matahari sebelum terbakar sinarnya. Contohnya, SPF 15,
bila kita bertahan di bawah sinar matahari selama 15 minit, maka produk tersebut
akan melindungi kulit selama 225 minit (15*15=225) atau 3 jam 45 minit.
Bila kita tidak banyak melakukan akitiviti luar, sebaiknya pilih SPF yang
rendah iaitu SPF 10.
Ada petua murah untuk hilangkan sunburn. Ini yang saya amalkan bila
sunblock saya dah habis. Dah berminggu-minggu, dan saya tak ada masa nak pergi
beli yang baru. (ceh ayat..budget cam orang penting sangat..hahaa). Mungkin
sebab ada cara untuk kurangkan sunburn, maka saya pun tak terlalu risau untuk
berjemur.
Stok Vitamin C, Vitamin E dan ESP memang sentiasa ada dalam simpanan
saya. Ini memang vitamin favourite. Jadi setiap malam selain dari consume
vitamin vitamin ni, saya luangkan masa untuk bermasker. Yang paling cepat,
pastinya Vitamin C. Tempek nipis-nipis dan biarkan semalaman...bila bangun
pagi..taraaa..saya dengan perasannya rasa kulit saya cerah dan kemerah
merahan.
Masker ESP lebih sejuk dan dingin. Saya paling suka bancuh ESP dengan
air ais sebelum tempekkan pada wajah. Sangat membantu untuk kulit rasa lembab.
Maklumlah , dah seharian saya biarkan kulit terdedah begitu.
Untuk lengkapkan carta, pastinya Vitamin E pun kena ada. Menurut kajian
,pengambilan vitamin E dalam tempoh masa yang panjang dapat membantu
mengurangkan sunburn. Vitamin E dapat membantu mengurangkan radikal bebas dan
mencegah dari penuaan.
dah senang hati kan..tak perlu risau pasal sunburn lagi..
saya buat rawatan muka setiap malam. Anda?
No comments:
Post a Comment