Kalau bab
bab lepas bersalin ni, apa yang ibu ibu paling kena jaga sekali adalah kat
jahitan tu. Tak kiralah samada bersalin normal apatah lagi ceaser. Bahagian
yang berjahit mungkin tak bercantum, bernanah atau membengkak. Yang paling
susah hati sekali, bila doctor cakap kena jahit lagi sekali. Erk..tak sanggup
kot. Masa kakak bersalin anak pertama dulu, lepas tiga minggu nurse datang
check, dia bagitau luka tu terbukak dan perlu dijahit semula. Ngeri
weii..walaupun saya belum bersalin lagi masa tu (eh..dah kawin ke belum masa tu
aa? T___T) tapi dalam kepala dah set..masa pantang nanti tak mau buas buas
sebab tak sanggup nak kena jahit!
Kebiasaannya
nurse akan datang cek luka jahitan. Rata-rata luka jahitan episiotomi
akan sembuh atau kering dalam masa 2 minggu.. Tapi ada wanita yang lepas 3
minggu bersalin pun belum menampakkan yang luka tu dah kering dan sembuh
walaupun mengamalkan pantang pemakanan yang ketat.
Apa itu episiotomi? Semasa bersalin ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa
bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurangkan risiko koyakan, doktor akan
melakukan episiotomi dimana faraj akan digunting sedikit untuk memudahkan
laluan bayi. Lepas bersalin, luka tersebut akan dijahit dengan benang yang akan
hancur sendiri selepas beberapa hari.
Fobia dijahit pada luka episiotomi
selalunya akan berlarutan selama mana kita dalam pantang (saya la tu!) sampai
kadang kadang dah 40 hari pun still jalan slow2..abang pun siap tegur ‘hang ni
dah kenapa, jalan macam tu? Hahaa..waktu dalam toilet nak membuang adalah waktu
paling bercinta sekali. Punya la lama..nak meneran lebih lebih takut luka
terbukak..bayangkan la orang yang ada sembelit masa pantang? Lagi satu..nak
bersin pun takut hokey!
Ada satu artikel yang
ditulis oleh Doktor Hamid Arshad yang saya nak share kat cni.
“Makanan makanan tambahan
untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan
dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.
Apa yang dilarang ialah
mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian
luka ketika 3 minggu pertama selepas dibedah.Ia akan menyebabkan jangkitan
kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika
ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon
yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa
dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara.”
Apa yang korang boleh lakukan untuk mempercepatkan
proses penyembuhan?
Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan
menyebabkan kawasan di sekitar luka menjadi ‘rasa kebas’ dan ini mengurangkan
sakit serta mengurangkan bengkak.
1.
Rendamkan punggung ke
dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi
membasuh kekotoran di sekitar luka.
2.
Jika berpeluang
bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah keringkan. Untuk itu
pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik.
3.
Jangan terlalu lama
duduk atau terlalu lama berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak
apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama. Cuba
sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.
(hohoo..patut la mak selalu marah kalau saya duduk tengok tv lama-lama)
4.
Jika luka kelihatan
berair atau mengeluarkan air yang jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih
ke tempat yang luka. Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain
kasa. Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau
darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
5.
Jika rasa sakit dan
tidak selesa atau mungkin rasa demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg
setiap enam jam. Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika
menyusukan anak.
6.
Luka episiotomy dijangka
akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak
perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri. Jika luka masih
tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor
untuk pemeriksaan.
Credit dr Zubaidi
No comments:
Post a Comment