Total Pageviews

Showing posts with label EKZEMA. Show all posts
Showing posts with label EKZEMA. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

KENALI EKZEMA DAN KETAHUI PUNCANYA

Ekzema ( dalam bahasa Inggeris “eczema” atau “atopic dermatitis” ) ialah sejenis masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan ruam merah terjadi. Selalunya ianya dikaitkan juga dengan asthma dan resdung dan lebih banyak ditemui di kalangan kanak- kanak di bandar berbanding dengan di kawasan pedalaman. Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.


Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut,. Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkan ekzema. 

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.


 Jenis-jenis ekzema
Acute eczema 
·                     'Erythoma', kulit bergejolak, gatal dan keradangan.
·                     'Papules' pembentukan tompok-tompok merah
Eczema kronik
·                     Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
·                     Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

Apakah penyebab ekzema?
·                     Keturunan - ahli keluarga lain mempunyai eczema, asthma dan alergi rhinitis.
·                     Perubahan emosi - tekanan dan stress terlampau
·                     Faktor pemakanan - makanan laut, telur, pengawet dan pewarna makanan, alkohol
·                     Bahan iritasi - asap rokok, bahan kimia, cuaca terlampau panas dan sejuk
·                     Alahan - alahan kepada sabun, syampu, serbuk pencuci, kosmetik, bahan kimia (contoh nikel dalam barang kemas), kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama,habuk rumah (house dust mites)


Antara langkah praktikal yang boleh kita ambil untuk mengurangkan ekzema ini daripada merebak dan menjadi teruk ialah seperti berikut:
1. Potong kuku anak agar sentiasa pendek. Sekirannya kuku panjang dan tajam , apabila anak menggaru, kulit akan mudah luka dan dijangkiti kuman.
2. Mandikan dengan air biasa selama 5-10 minit sahaja. Jangan mandi menggunakan air panas, kerana air panas boleh menambah kegatalan kulit. Walaupun ramai yang mempercayai bahawa air panas boleh membunuh kuman, namun dalam kes ini, air panas akan menambah kegatalan dan memburukkan lagi keadaan ekzema.
3. Hadkan sabun pada kawasan sulit, ketiak, tangan dan kaki sahaja. Sabun secara amnya boleh mengeringkan kulit dan mengandungi banyak bahan seperti pewangi, pewarna dan sebagainya. Perkara ini boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk.
4. Gunakan aqueous cream sebagai sabun. Aqueos cream ialah sejenis krim pelembap yang tidak mempunyai bahan tambahan, oleh itu sangat baik digunakan semasa mandi.
5. Selepas mandi, jangan lap sehingga betul- betul kering, semasa keadaan kulit agak lembap sedikit, sapukan emolien/ pelembap untuk mengekalkan lembapan pada kulit.
6. Ulangi sapuan emolien/ pelembap sekerap 2-3 jam sekali. Penggunaan emolien yang kerap boleh mengurangkan penggunaan krim steroid.

7. Bawalah anak-anak mandi di kolam renang (jika berkemampuan) selama 15-20 minit, 2-3 kali seminggu.Menurut Prof. Hugo Van Bever, Ketua Jabatan Pediatric Allergy, Immunology & Rheumatology Department di Singapore’s National University Hospital, kajian menunjukkan air berklorin seperti di kolam renang boleh mengurangkan kadar jangkitan kuman terhadap ekzema di badan anak-anak. Beliau mencadangkan agar pelembap disapukan sebaik sahaja habis sesi berenang bagi mengekalkan lembapan kulit.

bagaimana shaklee boleh membantu mengatasi ekzema? klik
credit

Monday, December 9, 2013

KENALI LEBIH DEKAT TENTANG EKZEMA

Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.

Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.

Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.
Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

“Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,” menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)
“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.
Menurut Dr. Chow lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia.

“Dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Perunding dermatologi Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar merupakan penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Dengan menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor penyebab ekzema.

“Yang terbaik adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen antikeradangan untuk melegakan kulit.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.
Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru

Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas


Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.