Total Pageviews

Showing posts with label SHAKLEE OH SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE OH SHAKLEE. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

SELAMAT KE SHAKLEE NI?ADA KKM KE??

Selain dari isu halal, satu lagi isu yang selalu menjadi persoalan adalah samada produk tu selamat ke tak. Saya sendiri sebagai pengguna, pun akan rasa ragu ragu untuk menggunakan sesuatu produk especially kalau jenis yang baru baru nak panas dekat pasaran, yang belum orang kenal, yang belum orang tahu tentangnya. Walaupun Shaklee dah berusia 50 tahun, saya percaya produk ini pun takkan terlepas pandang dari isu isu sebegini, nak nak lagi dah semakin ramai yang menggunakan Shaklee. Ok..mari kita lihat sejarah penubuhan Shaklee dulu.
Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. Shaklee sudah bertapak di Malaysia melebihi 55 tahun dan telah mendapat kepercayaan yang tinggi dari pelanggan termasuk golongan Profesional.
Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Kenapa Shaklee istimewa berbanding yg lain:
·         TIDAK Mengandungi Paraben
·         TIDAK Mengandungi Triklosan
·         TIDAK Mengandungi Phthalates
·         TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
·         TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
·         TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
·         TIDAK Mengandungi Glikol
·         TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
·         TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
·         TIDAK Mengandungi Ammonia
·         TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
·         TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
·         TIDAK Mengandungi Formaldehyde
·         TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
·         TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
·         TIDAK Mengandungi Toulene
·         TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
·         TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
·         TIDAK Mengandungi Pewarna
·         TIDAK Mengandungi Lemak Trans
·         TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
·         TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
·         TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
ADAKAH INI YANG DIKATAKAN BAHAYA?????? 
Shaklee juga menjalani pelbagai ujian Klinikal:
·         500juta USD dilaburkan utk ujian klinikal ke atas produk setiap tahun
·         Ujian klinikal atas setiap produk Shaklee
·         hasil kajian yang dipublish dalam jurnal-jurnal terkenal
Shaklee adalah VITAMIN SEMULAJADI, bukan sintetik seperti suplement yg biasa. pd masa yg sama harganya kompetitif & tak mahal pun.Jadi, adakah anda masih percaya yang

SHAKLEE BAHAYA? TAK LULUS KKM?

saya sangat berharap agar semua bertenang. Jika produk Shaklee tak bahaya dan tak lulus KKM, tentu sekali memberi impak yang tidak baik pada pelanggan. Namun apa yang terjadi??? Ramai pengguna Shaklee mengakui bahawa kesihatan mereka dan keluarga jauh lebih baik selepas mengambil produk Shaklee.
Begitu ketat pemeriksaan dari KKM sehingga, Vitamin C Sustain Release yang ditingkatkan formulanya masih dalam pemeriksaan KKM sehingga hampir setahun  belum dilepaskan oleh pihak KKM untuk jualan. Ini bermakna.. semua vitamin Shaklee yang berada dipasaran Insyaallah selamat dan telah diluluskan oleh pihak KKM.
Produk Shaklee yang tidak melepasi kelulusan KKM sesekali tidak akan dipasrkan di Malaysia.
Bagaimana Mahu Memeriksa Status Kelulusan?
Anda boleh mengikuti langkah dibawah untuk pemeriksaan status Kelulusan.
Adalah Produk mungkin boleh semak di sini list info produk untuk register dgn BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA menggunakan  Quest3 di laman http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/


selepas itu, anda akan dapati senarai Produk Shaklee jelas mendapat KELULUSAN KKM


TIADA DALAM SENARAI
Terdapat beberapa supplement dari Shaklee yang tidak terdapat kelulusan KKM. Produk yang terlibat adalah
1.Energizing Soy Protein (ESP),
2.Perfomence Drink ( PD),
3.Cinch, Vivix (minuman Botanical),
4.AJHT (ekstrak jagung),
5.Collagen Powder (sisik ikan merah laut dala)
Ini yg tiada dalam list krn dikategorikan sbg makanan. Makanan tak perlu kelulusan KKM sepertimana beras, susu & gula tak perlu masuk KKM.Jadi Bukan dibawah kawalan BPFK.
JADI.. KETAHUILAH BAHAWA PRODUK SHAKLEE SENTIASA SELAMAT DAN SEMULAJADI..JADI..JGN RAGU-RAGU LAGI
Jika ada sebarang persoalan, jangan ragu-ragu untuk hubungi kami mahupun pihak Shaklee Malaysia untuk dapatkan keterangan lanjut ya.

ISU HALAL SHAKLEE

Salam..baru saya perasan, saya tidak update dalam blog ini apa apa isu pasal status hahal Shaklee. Bila dalam 2-3 hari ini agak kecoh pasal isu bovine capsule yang digunakan oleh Shaklee, maka tetiba rasa terpanggil untuk update balik isu ni.
Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.



ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)
Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM 

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan .

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

Credit vitamin semulajadi

Di sini juga saya selitkan satu artikle dari halalscience.com tentang status produk Shaklee terutama AJHT dan Ostematrik.
Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu
Terima kasih
Ainul- Amar Dhiya
Soalan 2:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu
“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.
Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?
Terima kasih
Cikgu Umi Kalsom.
———————————————————————’
JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.
Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.


Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.
Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi”.
Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).
Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E. Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang
mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari
www.halalscience.com

Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com


Saturday, December 7, 2013

KENAPA SHAKLEE ?


Perkongsian dari blog seorang pengedar Shaklee.
Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.
Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee.
Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain. Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. 

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding. 

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu. 

Allah Maha Mendengar.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka. 

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul?

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc.

Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine.

Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.



So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium. 

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack. 

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua. 

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan. 



Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply? 

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan. Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya. 

Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative keluarga, kawan-kawan etc etc..

Pelbagai reaksi saya terima ..

Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!

Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?

Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.

Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.

Desperate sangat ke?

Boleh. Doktor kalu jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.

Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.

Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.



This is what I get, 9 years ago. Sinis. Pedih. Sedih. Hanya Allah je yang tahu.

Hippocrates Oath kata : DO NO HARM. Itu yang saya pegang.

Saya tak jual ubat batuk haram di klinik.
Saya tak ada jual ubat tidur. 
Saya tak tambah apa-apa dadah yang membahayakan diri. 
Saya tak bantu siapa-siapa gugurkan anak melalui produk. 

Saya hanya berkongsi nutrisi, pemakanan yang sel kita perlukan.

Itu yang menjadi pegangan saya. Tak perlu rasa bersalah. Itu yang menjadi visi dan misi saya bahawa satu hari nanti, pasti ramai yang sedar kepentingan pemakanan tambahan dalam kehidupan dunia sekarang.

Ini yang menyuntik semangat saya untuk mendalami ‘Preventive Medicine’. Biar agak lari dari mainstream medicine, tapi saya tahu saya ada misi dan visi saya sendiri.

Walaupun dibesarkan dalam keluarga bussiness minded - Mak dan arwah ayah mmg nak jadi jadi bisnesswoman, tapi sy berkeras nak jadi doktor. Jiwa sains kata saya..hihi. Tapi rupa-rupanya darah bisness memang ada sedikit sebanyak. Saya juga tengok lifestyle orang berniaga. Masa urus sendir. Tak de punch in dan punch out. Bebas!

Saya mula berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi kebaikan, kita juga akan dapat kebaikan. Buat baik kan dapat pahala. By sharing, kita dapat Cash, Car dan Convention bonus dari company Shaklee. Tak apa, kalu kita nak tolak pun boleh, tapi dah company nak bagi.. Rezeki jangan di tolak. 

Apa yang saya perhatikan. Ramai orang datang dan pergi bila buat bisnes Shaklee. Tapi saya di sini bukan sekadar untuk Duit, Kereta atau Pelancongan percuma sahaja. Alhamdulillah, 5 figure income, 2 kali bonus kereta dan pelancongan ke luar negara dah banyak kali kami rasa tapi bukan itu sahaja matlamatnya.

Bukan itu matlamat saya. Ada banyak perkara yang lebih besar dari itu.
Saya tidak mahu anda semua memenuhi katil-katil di hospital.
Biar tak ramai pesakit. Biar semua orang sihat. Biar kawan-kawan doktor saya di hospital boleh rehat sedikit. Health is Wealth!

Selain kesihatan. Kekuatan ‘Emotional Intelligence’  banyak yang kami dapat melalui bisnes Shaklee. Tak sangka, hanya seronok berkongsi kekuatan nutrisi shaklee, ter'buat' bisness pulak.. hihi. Tetapi, itu lah keputusan yang terbaik saya telah lakukan. Meskipun banyak cabaran dalam perniagaan ini, sangat berbaloi.
Syukur. Kini saya sedar, Allah has a good plan for us dan Shaklee adalah platform untuk dia mengasah kekuatan jiwa kami. Dia ada plan untuk kami. Feeling Blessed.

Pergantungan pada Allah semakin akrab. Melayan pelbagai karenah manusia, mematangkan kami dalam komunikasi kemanusiaan. Banyak perkara ini saya tak dapat dalam dunia pekerjaan. Setiap bulan ada gaji, rasa sangat selamat. Bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dan kosong dalam diri. Kebebasan membuat apa yang saya suka!. 

Terlalu sibuk jaga orang sakit, kadang-kadang anak sendiri sakit, bibik yang jaga sebab tak dapat cuti. Masa di rumah terhad. 8 jam dah tentu di tempat kerja. Tak nampak anak depan mata. Sebagai ibu, syurga kita adalah bila sentiasa bersama anak-anak. Dan itulah impian saya. Spending more time with them.

Itu semua pengalaman yang saya kutip 9 tahun lepas. Sangat mematangkan kami. Hidup sekali je, kenapa perlu stress hari-hari. Betul ke Betul? 

Alhamdulillah, Things changed now! Dulu susah nak tengok orang sekulit dengan kita makan supplement. Sekarang ni bila buka fb – ramai yang dah mula share produk-produk Shaklee. Pada saya itu menunjukkan kesedaran tentang kepentingan supplements dalam kehidupan sekarang. 

Saya gembira bila melihat ramai prihatin terhadap kesihatan sendiri. Cuma apa yang saya perhatikan, jangan terlalu mengejar UV. Bila niat kita lebih ikhlas, perkongsian akan jadi lebih manis. Rezeki Allah seperti udara. Cukup untuk semua orang. Hidup lebih tenang.


Shaklee has changed my life since 2004.

It changed our health.
It changed our thinking. 
It change our maturity.

For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life.

Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement - Shaklee adalah  pilihan yang anda boleh fikirkan secara serius.

Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan Shaklee. Kami di Future Wellness Presidential Master group bersedia untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun kami dalam perniagaan shaklee.

In shaa Allah, training dan support system yang dapat membantu anda untuk melakar kejayaan dalam perniagaan.

Sebagai Master Coordinator yang telah membantu ramai insan diluar sana. Tiba masanya kami memberi dan membantu lebih ramai insan untuk mendapatkan bimbingan yang lebih baik dalam bidang perniagaan dan agar tidak di tipu dan dianiaya. Agar tidak menjadi 'mangsa' penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab.

Jika ada Ilmu, Informasi dan Mentor yang betul, kami pasti segala impian anda untuk Lebih Sihat, Bebas masalah kewangan dan mempunyai gaya hidup yang diimpikan pasti menjadi kenyataan. In shaa Allah. Hidup bebas tanpa Bos!