Malas nak bertungku?
--------------------------------------------------
Kebanyakan kita mesti dah familiar dengan amalan bertungku ni. Ni antara amalan wajib yang diamalkan sepanjang tempoh kita berpantang. Mak mak ni kalau boleh, biar 100 hari kita bertungku. Pagi dan petang. Tungku ni dibuat dari besi..ada yang besar macam botol mineral tu..berat ooo..kalau hempap kaki..uish..Tapi tak semestinya guna yang besi tu.Ada yang guna batu sungai atau anak lesung tu pun boleh. Janji panas boleh meresap. Tak kira la guna yang saiz macamana pun.
--------------------------------------------------
Kebanyakan kita mesti dah familiar dengan amalan bertungku ni. Ni antara amalan wajib yang diamalkan sepanjang tempoh kita berpantang. Mak mak ni kalau boleh, biar 100 hari kita bertungku. Pagi dan petang. Tungku ni dibuat dari besi..ada yang besar macam botol mineral tu..berat ooo..kalau hempap kaki..uish..Tapi tak semestinya guna yang besi tu.Ada yang guna batu sungai atau anak lesung tu pun boleh. Janji panas boleh meresap. Tak kira la guna yang saiz macamana pun.
Ni la benda tungku tu. Agak agak, kalau jatuh atas kepala, bulat lagi tak kepala tu?
Masa berpantang dulu, ni la kerja mak setiap hari. Pagi pagi
lagi dah bakar tungku tu atas dapur, biar panas. Api kena kecik so batu tak
terbelah dan merekah. Panas tu akan meresap dan tahan lebih lama. Sambil sambil
tunggu tungku tu panas,mak ke belakang rumah, amik daun mengkudu. Mulut jahat
aku ni kadang kadang tegur..’masak batu mama? Dah boleh makan ke?’ Mak senyum
ja..habis habis dia jawab ‘satgi sejuk boleh makan dah’..hahaa…
Tungku tu, mak biar atas api sampai dalam setengah jam lebih.
Agak agak dah ‘masak’ ,mak ambik tungku tu dan balut dengan daun mengkudu tadi.
Bila tanya mak, kenapa buat macam tu, mak kata kesan panas
dari tungku tu akan masuk ke dalam daun so
dapat rawat bahagian badan masa proses bertungku. Kadang kadang mak akan guna
daun lengkuas. Ada yang guna daun sireh. Kadang kadang kalau sempat, tiga tiga
daun tu dia letak sekali. Kalau tak da daun hatta sehelai pun, aku paham
sendiri la, maknanya mak tak sempat nak p ambik belakang rumah. Ada daun ni
lebih best..wangi ja bau batu tungku tu. Lepas balut dengan daun, tungku tu mak
balut dengan surat khabar pulak. So haba panas dia tahan lebih lama. Last
sekali mak akan balut dengan kain batik. Gulung kemas sampai 2-3 kali. Tetapi
selalunya bahagian hujung tu mak biar nipis sikit berbanding bahagian tengah.
Lagi panas lagi baik kata mak.
Ni tungku yang belum balut. letak la segala jenis daun, jangan letak daun bayam sudah T____T
Renyah
kan proses? Tapi mak tekun buat benda tu pagi dan petang, setiap hari tanpa
skip selama 45 hari. Aku tak penah ada chance nak buat pun. Alangkan angkat
pinggan lepas makan pun dia bising. Jangan angkat berat berat. Nanti ’jatuh’.
Hadoih..masa tu aku mengeluh, takkan la angkat pinggan sebiji lepas makan pun
peranakan boleh jatuh. So kalau dah pinggan pun tak boleh angkat, apatah lagi
nak angkat tungku panas yang atas dapur tu. Mak memang gigih, tapi aku jarang
nak hargai kegigihan dia masa tu. (Tetiba aku rasa bersalah..erk!)
Proses
nak sediakan tungku tu lagi lama dari proses aku bertungku. Hehee..Kadang
kadang, baru nak start bertungku, anak dah bunyi bunyi..so terpaksa letak
tungku tu kat tepi. Mak masuk bilik, paksa jugak bertungku walau apa cara
sekali pun. ‘rugi biar tungku tu sejuk gitu ja..’ Dia angkat tungku, dan letak
bawah tapak kaki. Kalau tengah menyusu sambil baring, mak ambik tungku tu dan
letak kat belakang. Buat sampai sejuk.
Dia pesan lagi. Tapi aku selalu culas, sebab masa tu tak tahu dan tak amik
pusing pasal pentingnya bertungku ni. Aku tak paham kenapa dengan tonyoh tonyoh
besi panas tu kat perut boleh buat orang jadi lebih sihat.
Nak
bertungku ni ada cara. Letak atas ari ari dan tolak sikit ke bahagian atas.
Tapi jangan letak tengah perut. Mak selalu marah sebab aku selalu main sondol
ja tungku tu ikut selera aku sendiri. Letak kat breast, so susu boleh mengalir
laju je, then ulu hati, tujuan dia untuk pecahkan angin dekat perut, pastu
ketiak, bahagian belikat kiri dan kanan. Buat di bahagian tengkuk, letak macam
bantal, so darah dekat bahagian kepala dan leher boleh betul balik.
Kemudian
buat di pinggang, betis, paha, punggung. Bila buat kat part part sini, anggap
la korang macam tengah bakar lemak lemak yang tengah menimbun tu. So rasa
semangat la sikit nak buat T____T.
Salah satu kaedah bertungku, tu bukan aku tau..pinjam gambar dari mr google
Bila
tanya, mak kata, elok tok buang darah kotor lepas bersalin. Aku angguk ja.
Sekarang ni baru la ada kesedaran untuk google google balik apa pentingnya
bertungku ni. Orang dulu tak perlu nak google google, baru nak percaya. Mereka
percaya dengan pengalaman, mereka belajar dari pemerhatian. Rupa rupanya, bertungku ni penting sebab
dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang
kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Kalau kena caranya, bertungku dapat bantu
untuk kecutkan semula rahim.
Selain tu, luka kat
peranakan akan lebih cepat sembuh kalau bertungku. Mereka yang bertungku akan
dapat merasakan kesan positif sebab bila
tengah bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan
mempercepatkan kering darah nifas serta membantu agar
darah kotor tak tertinggal kat dalam rahim.
darah kotor tak tertinggal kat dalam rahim.
Darah kotor yang tak keluar
dengan sempurna dan teratur akan menjadi darah beracun. Darah beracun ni akan
menguasai urat saraf dan ganggu keseimbangan hormon wanita. Kalau tak dirawat,
benda ni boleh jadi penyakit seumur hidup.. Darah kotor ni yang jadi punca
sakit kepala , kemurungan, dan last last bawak kepada angin meroyan.
Erkk..nasib baik jugak aku paksa diri untuk bertungku,. Agak agak kalau meroyan
aritu..hoih..nauzubillah.
Tungku elektrik
No comments:
Post a Comment