Total Pageviews

Showing posts with label BAYI/KANAK KANAK. Show all posts
Showing posts with label BAYI/KANAK KANAK. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

BERI ANTIBIOTIK BILA DEMAM?

JANGAN MUDAH MEMBERI ANAK 

ANTIBIOTIK

Antibiotik? sekarang ni penggunaan antibiotik dah jadi macam perkara biasa...sama seperti pengambilan panadol yang mempunyai kesan jangkamasa panjang jika diambil dengan kerap dan berterusan. Tukarlah antibiotik anda kpd supplemen yg kaya dengan antioksida seperti vitamin C dan garlic, serta tambahkan Bcompleks agar immune sistem badan semakin baik!


 Antibiotik merupakan sebatian atau kumpulan ubat yang boleh mencegah pembiakan pelbagai bakteria dan mikro-organisma berbahaya dalam tubuh. Selain itu, antibiotik juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh protozoa dan kulat.

Namun belum ramai orang yang sedar bahawa antibiotik juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang cukup berbahaya, malah kematian! Malangnya antibiotik masih digunakan secara berleluasa, malah untuk kes-kes sakit ringan juga antibiotik diberi kepada pesakit kononnya untuk mempercepatkan penyembuhan. Berikut beberapa kesan sampingan antibiotik yang harus anda ketahui:

1. Gangguan pencernaan Salah satu kesan sampingan antibiotik yang paling umum adalah masalah pencernaan, seperti rasa mual, kram, kembung dan rasa kepeningan.

2. Gangguan fungsi jantung dan tubuh lain Beberapa orang yang mengambil antibiotik mengalami jantung berdebar-debar, degup jantung tak normal, sakit kepala serius, masalah hati seperti penyakit kuning, masalah ginjal seperti air kencing berwarna gelap dan pertumbuhan batu ginjal dan masalah saraf seperti rasa kebas di tangan dan kaki.

3. Jangkitan di kemaluan Kesan sampingan yang paling kerap dirasakan perempuan adalah jangkitan kulat pada organ reproduksi yang boleh menyebabkan keputihan serta  gatal dan vagina mengeluarkan bau serta cecair. (Jika anda wanita, awas tentang hal ini!!!)

4. Alergi Orang yang mengambil antibiotik juga sering mengalami alergi, bahkan hingga bertahun-tahun. Antara alergi yang sering terjadi adalah gatal-gatal dan pembengkakan di mulut atau tekak.

5. Melumpuhkan sistem kekebalan tubuh Orang yang sering minum antibiotik boleh mengalami lemah pertahanan dari serangan virus dan kuman atau tidak mampan lagi dengan apa-apa pun antibiotik. Apabila seseorang tidak dapat bertahan lagi dengan antibiotik, ada beberapa penyakit dan jangkitan yang tidak dapat lagi dirawat, sehingga memerlukan antibiotik dengan dos yang lebih tinggi yang sangat membahayakan kesihatan dalam jangka panjang dan pendek. Semakin tinggi dos maka akan semakin menimbulkan kesan sampingan yang serius dan sangat mengancam jiwa!!

6. Gangguan serius dan mengancam nyawa Penggunaan antibiotik pada dos tinggi dan dalam jangka lama boleh menyebabkan kesan sampangan yang sangat serius, seperti disfungsi atau kerosakan hati, tremor (gerakan tubuh yang tidak terkawal), penurunan sel darah putih, kerosakan otak, kerosakan buah pinggang, tendon pecah, koma, aritmia jantung (gangguan irama jantung) dan bahkan kematian!!

Untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan antibiotik yang berbahaya tersebut, maka anda dianjurkan agar berhati-hati dalam penggunaanya dan pengambilannya harus untuk kes-kes serius dalam dos yang sesuai seperti dalam peraturan pengubatan.

****************
saya memilih memberikan supplement yang terbaik buat anak-anak sangat berpuas hati dengankesihatan anak  yang semakin baik. Alhamdulillah. Jika berminat untuk mendapatkan Set supplement untuk kanak-kanak, terus saja PM  k..insyaallah saya akan membantu





Cadangan supplement untuk kanak-kanak yang selalu demam atau kerap sakit
-Nutriferon 
-Omega
-Mealshakes

-Vitamin c

credit cyda

Saturday, December 21, 2013

KANAK KANAK DAN DIET SEIMBANG


Kanak kanak dan diet seimbang?? Kedua-duanya nampak tak sehaluan. Ibubapa  tahu anak mereka cenderung untuk melakukan perkara yang berlawanan dari apa yang disuruh kepada mereka. Bila berkaitan tentang makanan mereka lebih cenderung untuk memilih makanan bergula yang kurang atau tiada langsung nilai pemakanan. Salah faham bahawa "semua makanan berkhasiat tidak enak" menyebabkan kanak-kanak memilih makanan yang kurang khasiat ini. Ini ditambah pula oleh tabiat makan kurang baik, tidak suka kepada makanan tertentu, cara penyimpanan, memproses dan menyediakan makanan yang salah. Kesemuanya tidak membantu dalam diet seimbang untuk anak-anak anda.

Terserah kepada anda untuk menguruskan diet anak anda. Pemakanan yang baik semestinya perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik. Janganlah percaya bahawa anak-anak telah dapat cukup khasiat kerana mereka bermain dengan tenaga yang nampaknya tidak terbatas (berapa kali anda berkata,"Kalaulah bertenaga seperti mereka?") Apabila kanak-kanak membesar amatlah perlu ibubapa mengenali keperluan khusus anak-anak terhadap khasiat, terutamanya yang membabitkan pertumbuhan tulang, gigi dan mata yang baik.

Anak dan sarapan
Vitamin A, B dan C serta zat galian seperti zat besi amatlah penting untuk tubuh muda. Zat ini diperlukan oleh pelbagai pusingan metabolik yang berbeza. Tetapi mendapatkan gabungan zat yang betul amatlah sukar. Untuk mengelakkan keadaan ini cuba galakkan tabiat makan yang baik sejak awal. Ingatlah anda patut menekankan kepada anak-anak makan sarapan yang berkhasiat. Mengapa? Kerana sarapan berkhasiat menggerakkan metabolik mereka untuk seluruh hari itu. Kanak-kanak yang tidak bersarapan tidak cergas seperti mereka yang bersarapan, dan sudah tentu hampir mustahil untuk mendapatkan kembali zat yang telah ditinggalkan pada lewat hari tersebut.

Apa yang harus anda lakukan?
Untuk alasan itu saja amatlah penting untuk memastikan yang anak-anak mendapat jumlah vitamin dan zat besi yang cukup di pagi hari kerana sarapan adalah makanan tunjang pada hari itu. Untuk mengelakkan kekurangan zat, amatlah bijak untuk memperbaiki diet anak-anak dengan vitamin tambahan
 Chewable Multivitamin And Iron suppliment membantu membekalkan vitamin dan zat besi yang seimbang dan telah dirumus untuk memenuhi keperluan diet anak-anak. Berperisa oren semulajadi yang lazat dan dimaniskan dengan fruktosa semulajadi. Tablet mudah kunyah ini membekalkan zat galian dan vitamin yang anak-anak anda perlukan untuk pertumbuhan dan perlindungan tubuh mereka.

10 MAKANAN BUAT MINDA ANAK BIJAK

Mustahil bagi anak-anak sekarang untuk menolak mi segera, keropok, gula-gula, ayam goreng atau burger. Pengambilan makanan yang sedemikian secara berlebihan boleh memberi kesan buruk terhadap minda anak anda. Anak anda akan mudah lesu, letih, mengantuk dan lemah ingatan. Kurangkan memberi makanan yang tidak berkhasiat sebegitu. Untuk menambah lagi keberkatan makanan, semasa ibu-ibu memasak bacakanlah Surah Al-Asr pada makanan yang dimasak.



Ok mari kita lihat apa makanan yang dapat membantu minda anak supaya lebih bijak:


1. Telur - terdapat bahagian utama didalam otak yang terdiri daripada lemakpepejal. Ia harus dibekalkan dengan asid lemak penting (EPA) melalui diet harian kerana tubuh tidak menghasilkannya. Telur merupakan sumber EPA yang paling baik.

2. Ikan berminya - maksudnya bukan ikan yang digoreng dengan minyak yang banyak. Ikan berminyak ini adalah ikan seperti salmon, tuna, sardin dan makeral. Kaya dengan asid lemak yang dipanggil Omega 3. Ia adalah komponen lemak yang penting bagi meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak.

3. Soya - Soya mempunyai kandungan protin yang sangat tinggi. Protin yang terkandung dapat meningkatkan daya ingatan memori dan pertumbuhan tisu-tisu badan anak anda.

4. Kismis - Mengandungi zat besi yang membina darah dan memastikan oksigen disalurkan ke otak dengan lebih baik. Cara memakan kismis yang betuk adalah dengan mengemamnya bukan mengunyahnya.

5. Teh hijau dan teh hitam - Keduanya dapat memberi kesan positif terhadap penyakit alzheimer. Penyakit ini ialah sejenis penyakit yang berlaku akibat kehilangan fungsi mental dan daya ingatan. Kedua-dua teh ini menentang penyakit alzheimer dalam pelbagai cara.

6. Madu - Dikenali sebagai raja segala ubat. Madu boleh menenangkan minda dan menghindarkan otak daripada penat berfikir. Namun dilarang mengambil madu bersama kopi dan tembikai kerana ianya boleh menyebabkan keracunan.

7. Susu segar - Mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk perkembangan otak dan badan. Susu sangat berguna untuk perkembangan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

8. Halia - Halia mengandungi shogoal dan gingerol yang sangat mujarab untuk mengatasi masalah lupa. Selain dari itu bahan dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut dan meransang perembesan jus penghadaman.

9. Daging kambing - Mengandungi zat besi dan potassium yang rendah kandungan mineralnya. Ia baik untuk meningkatkan daya hafazan.

10. Kekacang - Kandungan nutrisi seperti air, protin, karbohidrat, dan tenaga dalam kekacang amat rendah dan seimbang. Gajus, berangan, soya, pistachio dan kacang merah sangat baik untuk kecerdasan otak.

Thursday, December 19, 2013

KENALI WARNA NAJIS BAYI

KESIHATAN BAYI MELALUI WARNA NAJIS

Pernahkah anda bimbang bila najis bayi bertukar warna daripada kebiasaannya warna kekuningan bertukar kelabu ataupun hijau? Apakah perubahan ini normal atau sebaliknya? Umumnya, najis bayi mungkin berubah-ubah kepada warna-warna seperti kuning, coklat, hijau, merah dan kelabu. Melalui warna-warna inilah anda mengetahui sistem pencernaan bayi normal ataupun tidak.


Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-


Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).



- cth Najis after 16 jam di bawah fototerapi light. Utk bayi yg kene jaundis -

Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.


Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.


Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.


Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.


Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.


sumber drp : http://bidanbersalin.blogspot.com/