Minta dengan
Dia dulu..”
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu
memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukurnescaya Aku akan
tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Ramai
diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit
dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh
dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Harap
sedikit perkongsian ini dapat membantu kita semua dalam mencari redha Allah.
Mencari rezeki itu adalah satu ibadah..belajar lah untuk ikhlas dalam setiap
perbuatan. Jom muhasabah diri..
Yang
penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..
1.Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki
hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap
hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang
lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya
Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Ramai yang
tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang
melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini
bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki
dan kekayaan kita.
Bersedekahlah
tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah
kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang
untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang
yang kita berikan?
Bersedekah
bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10
contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata
“Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“
Usah
bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk
bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah
dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak
mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah
sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula
ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta
sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika
memberikan wang itu.
Ketika
menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang
menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan.
“Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun
niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si
penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa
sedekah.. rugi bukan?
Jangan
mengharapkan balasan
Kita sering
kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang
dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan
sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding
mengharapkan balasan.
Allah
menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang
menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan
terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan
pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan
sesuatu yang berguna
Pernah
terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk
dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan
wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan
yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada
mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah
terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang)
yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar
dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh
mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti
itu?
Buatlah si
penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih,
sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut
hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan
akhirat.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas
berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang
diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta
adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat
didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat
sahaja.
Sebelum
memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang
kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita
mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah,
Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha
Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan
daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan
daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini
sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan
solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha
ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika
diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering
dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan
segera menjengah kita.
Kredit to
akuislam.com
3. Bersyukur kepada Allah
Syukur
ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur
nikmat. Allah berfirman:
“Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan
demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim:
7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur.” (Ali Imran: 145)
4. Utamakan beribadah
Allah
tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis
qudsi:
“Wahai
anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya
dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
5. Memperbanyakkan istighfar
Istighfar
adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi
sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan
melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang
siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan
al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
6.Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa
Istighfar
tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati
resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan
seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
7. Sentiasa mengingati Allah
Banyak
ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang
hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu)
orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah .
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
8. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam
hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin
panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan
menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa
berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan
memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan
al-Hakim)
Mendoakan
ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila
hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah
rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
9. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat
baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang
tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang
masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah
kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di
kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
10. Menunaikan hajat orang lain
Menunaikan
hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat
sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa
yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat
Muslim)
11. Memperbanyakkan Selawat
Ada
hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran
serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu
a’lam.
12. Buat kebajikan sebanyak mungkin
Ibnu
Abbas berkata:
“Sesungguhnya
kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi
oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain
mengutuknya.”
13. Memulakan aktiviti harian seawal pagi
Menurut
Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai
solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
14. Menjalin dan menghubungkan silaturrahim
Nabi
s.a.w. bersabda:
“Barang
siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia
menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
14. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
Seorang
Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa
perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah
berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
15. Mengamalkan solat tahajud
Ada
keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi
sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
.
16. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir
dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan
melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya
pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan
rezeki.
Misalnya,
dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten
tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah
lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah
satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab
dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya
Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk
mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada
juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
17. Berikhtiar sehabisnya
Siapa
berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan
bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak
dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi
orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada
murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran,
hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak
sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran
yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang
haram, dan sebagainya.
18. Bertawakal kepada Allah
Dengan
tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang
siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
(At-Thalaq: 3)
Nabi
s.a.w. bersabda:
“Seandainya
kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi
rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah
kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua
yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan
takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq:
2-3)
Secara
ringkasnya untuk menjemput rezeki ialah dengan bertaqwa kepada Allah. Yakni
melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah
larang. Jom kita amalkan supaya kita hampir dengan ALLAH dan mudah
rezeki datang.
No comments:
Post a Comment