Entry
ni saya ambil dari blog Muhammad Naim..nampak comel..sebab tu saya selitkan di
sini. Moga moga bermanfaat.
Belum
Berpunya
Belum
berpunya. Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam
kehidupan bagi semua manusia. Disanalah
kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan
membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang
sebenarnya.
Masih belum berpunya
Namun, bagi
sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.Disaat usia
yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya
tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.Diri yang
masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.Mungkin
pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum
berhasil.Mari kita
berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang
tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.
Namun
bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi
ujian yang melampui kemampuan hambanya? Kadangkala,
banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan
tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang
makna menghargai. Ya, ketika
jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam
bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan
tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada
kita. Dan atau
dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan
lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah,
Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)
No comments:
Post a Comment