Saya mungkin agak tertinggal dalam isu vaksin ini. Tetapi saya sangat yakin, masih ada ibu bapa yang berbeza pendirian berkaitan dengan vaksin. Saya ingat, bila saya google ja, saya boleh mendapat satu maklumat yang lengkap dan jitu berkaitan vaksin ni. Sekali google,nah amik kau..hahaa..ada pelbagai perdebatan, dari pelbagai pihak, tidak kira lah pandangan dari orang yang dalam bidang perubatan, ibu bapa dan pihak lain yang kononnya banyak membuat kajian. Pada saya, semua wajar memberikan pendapat, kerana isu vaksin bukan lah isu kanak kanak. Yang kanak kanak akan menjadi dewasa, yang dewasa akan jadi tunggak Negara. Macamna nak jadi tunggak negara kalau tak sihat?
Saya
mengenali seorang sahabat baik yang memang tidak mengamalkan vaksin. Bukan
setakat dia, satu family dia dah dibiasakan tanpa vaksin, dan amalan itu
diturunkan pulak kepada anak anak. Bila tiba waktu kena ambil vaksin untuk
anak, dia susah hati, tak tahu macamana nak lari dari nurse yang akan call bila
kita tak bawak anak p klinik. Bila ditanya tak risau ke anak anak sakit kalau
tak amik vaksin, dia pantas menjawab, ‘kitorang adik beradik ok je..tak da yang
sakit pelik pelik..yang penting jangan tinggal makanan sunnah..’ tu dia petua
dia..sememangnya, kalau kenal dia, memang jenis yang rajin ambil supplement
berasaskan sunnah. Saya sendir sampai tak ingat apa supplement yang diambil
sebab memang banyak. Dan dia mengakui, tidak mudah untuk menongkah arus. Bila
semua orang sibuk mengambil vaksin, dan dia sendiri backout untuk tidak ambil
atas sebab sebab tersendiri, pasti bukan budah untuk menyatakan pendirian. Tapi
mungkin sebab family dia dah dibiasakan begitu, maka sokongan pastinya lebih
kuat. Saya menghormati pendirian sahabat ini. Saya yakin apa pun pendapat
tentang vaksin ini, pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak
anak. Saya tidak mahu membuat kesimpulan. Terpulang kepada diri, dan sewajarnya
saya bukanlah orang yang sesuai untuk menyimpulkan isu ini.
Jalan
tengah..saya berikan artikle yang saya petik dari beberapa blog. Kebanyakkannya
sama, tapi ada satu blog yang saya jumpa yang memperincikan isu ini dengan
baik. Jom baca..
APAKAH VAKSIN?
Prof Dr Zulkifli Ismail, seorang pediatrik
konsultan, berpandangan bahawa vaksinasi adalah cara yang paling efektif untuk
melindungi anak-anak daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa
kematian. Vaksinasi merupakan satu proses pembentukan imuniti. Ia dapat
melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan
mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi
pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Pemberian vaksin boleh
dilakukan secara suntikan atau melalui mulut.
Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan
diberikan secara suntikan atau melalui mulut. Imuniti (daya tahan) boleh
diperolehi melalui 2 cara:
Aktif – Antibodi diperolehi
hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi
Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi
Penyakit – penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi ini:
- Tibi (Tuberculosis) – akibatkan radang paru
– paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang,
sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.
- Hepatitis B – boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.
- Polio – lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
- Difteria- akibatkan kesukaran bernafas,masalah jantung dan saraf.
- Pertussis (batuk kokol) – boleh menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
- Measles (campak) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
- Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga dagu) – radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
- Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
- Penyakit Hib (Haemophilus influenza type B) akan menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
- Hepatitis B – boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.
- Polio – lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
- Difteria- akibatkan kesukaran bernafas,masalah jantung dan saraf.
- Pertussis (batuk kokol) – boleh menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
- Measles (campak) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
- Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga dagu) – radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
- Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
- Penyakit Hib (Haemophilus influenza type B) akan menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
APA
PENTINGNYA VAKSIN NI?
Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Antara kepentingan vaksin kepada bayi anda:
·
Imunisasi memberi
faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada
dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan
kecacatan dan kematian.
·
Kebanyakan penyakit
berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan
sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
·
Mencegah adalah lebih
baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang
dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
·
Imunisasi dapat
mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
·
Imunisasi juga dapat
mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus
dan difteria.
·
Imunisasi merupakan
satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos-efektif
Ini
satu petikan blog yang member pendapat yang berbeza tentang vaksin.
http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/
Jika
kita melihat sejarah vaksin moden yang dilakukan oleh Flexner Brothers, kita
dapat menemukan kegiatan mereka dalam penelitian tentang vaksinasi pada manusia
telah dibiayai oleh Keluarga Rockefeller.
Rockefeller
sendiri adalah salah satu keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan
mereka adalah bagian dari Zionis
Internasional. Dan kenyataannya, mereka adalah pengasas WHO dan badan-badan
strategik lainnya :
The UN’s WHO
was established by the Rockefeller family’s foundation in 1948 – the year after the same Rockefeller
cohort established the CIA. Two years later the Rockefeller
Foundation established the U.S. Government’s National Science Foundation, the National Institute of Health (NIH), and earlier, the nation’s Public Health Service (PHS).~ (Dr. Leonard Horowitz, “WHO Issues H1N1
Swine Flu Propaganda”)
Jika
dilihat dari latar belakang WHO, jelas bahwa vaksinasi moden (imunisasi) adalah
salah satu campur tangan (konspirasi) Zionisme dengan tujuan untuk menguasai
dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New
World Order” mereka.
Apa Kata Para Akademik Tentang Vaksinasi?
“Satu-satunya vaksin yang baik adalah
vaksin yang tidak pernah digunakan.”~ Dr. James R. Shannon, mantan
pengarah Institusi Kesihatan Nasional Amerika.
“Vaksin menipu tubuh supaya tidak lagi
menimbulkan reaksi radang. Sehingga vaksin mengubah fungsi pencegahan sistem
imun.”~ Dr. Richard Moskowitz, Harvard University.
“Kanser pada dasarnya tidak dikenali
sebelum kewajiban vaksinasi cacar mula diperkenalkan. Saya telah menghadapi 200
kes kanser, dan tak seorang pun dari mereka yang terkena kanser itu tidak
mendapatkan vaksinasi sebelumnya.”~ Dr. W.B. Clarke, pengkaji
kanser.
“Ketika vaksin dikatakan selamat,
keselamatannya adalah istilah relatif yang tidak dapat diertikan secara umum”.~
Dr. Harris Coulter, pakar vaksin.
“Kes polio meningkat secara cepat sejak
vaksin dijalankan. Pada tahun 1957-1958 peningkatan sebesar 50%, dan tahun 1958-1959 peningkatan menjadi 80%.”~ Dr.
Bernard Greenberg, dalam sidang kongres AS tahun 1962.
“Sebelum vaksinasi besar besaran 50 tahun
yang lalu, di negara itu (Amerika) tidak terdapat wabak kanser, penyakit
autoimun, dan kes autisme.”~ Neil Z. Miller, pengkaji vaksin.
“Vaksin punca terhadap peningkatan jumlah
anak-anak dan orang dewasa yang mengalami gangguan sistem imun, hiperaktif,
kelemahan daya ingat, asma, sindrom keletihan kronik, lumpuh, artritis
reumatiod, sklerosis multiple, dan bahkan epilepsi. Bahkan AIDS yang tidak
pernah dikenali dua dekad lalu, menjadi wabak di seluruh dunia saat ini.”~
Barbara Loe Fisher, Presiden Pusat Informasi Vaksin Nasional Amerika.
“Tak masuk akal memikirkan bahwa anda
dapat menyuntikkan nanah ke dalam tubuh anak kecil. Tubuh mempunyai cara
pertahanan tersendiri yang bergantung pada vitaliti ketika itu. Jika dalam
keadaan sihat, tubuh akan mampu melawan semua jangkitan, dan jika keadaannya
sedang menurun, ia tidak akan mampu. Dan anda tidak dapat mengubah kesihatan
tubuh menjadi lebih baik dengan memasukkan racun ke dalamnya.”~
Dr.
William Hay, “Immunisation: The Reality behind the Myth”.
Dan masih banyak lagi pendapat ilmuwan yang lainnya.
Di
Jerman para
pengamal perubatan menolak imunisasi campak. Penolakan itu diterbitkan dalam
“Journal of the American Medical Association” (20 Februari 1981) yang berisi sebuah artikel
dengan judul “Rubella Vaccine in Susceptible Hospital Employees, Poor Physician
Participation”. Dalam artikel itu disebutkan bahwa lebih kurang 90% pakar
obstetrik dan 66% pakar pediatrik menolak suntikan vaksin rubella.
Apa rahsia di sebalik vaksin dan imunisasi?
Kandungan kimia berbahaya dalam vaksin.
Vaksin
mengandung substansi berbahaya yang diperlukan untuk mencegah jangkitan dan
meningkatkan keupayaan vaksin. Seperti merkuri,
formaldehyde,
dan aluminium,
yang dapat membawa kesan jangka panjang seperti sakit mental, autisme,
hiperaktif. alzheimer, kemandulan, dll. Dalam 10 tahun ini, jumlah anak autisme
meningkat dari antara 200 – 500 % di setiap bagian di Amerika.
Babi dalam Vaksin.
Penggunaan asid amino binatang babi dalam vaksin bukanlah berita yang baru. Malah kaum Muslim dan Yahudi banyak yang menentang hal ini karena babi memang diharamkan, seperti dalil dalam Qur’an ayat berikut :
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,
darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah,
yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang
buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang
disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak
panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini
orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu
janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena
kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”Qur’an surah Al-Maidah
(5) ayat 3
Bahkan
dalam Perjanjian Lama (Taurat) juga disebutkan :
“Jangan makan babi. Binatang itu haram karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tidak boleh dimakan dan bangkainya pun tak boleh disentuh karena binatang itu haram.”Imamat 11 : 7-8
Bencana akibat vaksin yang tidak pernah diberitakan.
•
Di Amerika pada tahun 1991
– 1994 sebanyak 38.787 masalah kesihatan telah dilaporkan
kepada Vaccine Adverse
Event Reporting System (VAERS) FDA. Dari jumlah ini 45% terjadi
pada hari vaksinasi, 20% pada hari berikutnya dan 93% dalam waktu 2 minggu
setelah vaksinasi. Kematian biasanya terjadi di kalangan anak anak berusia 1-3
bulan.
•
Pada 1986
ada 1300 kes pertussis di Kansas dan 90% pesakit adalah anak-anak yang telah
mendapatkan vaksinasi ini sebelumnya. Kegagalan yang sama juga terjadi di Nova
Scotia di mana pertussis telah muncul sekalipun telah dilakukan vaksinasi
universal.
•
Jerman
mewajibkan vaksinasi tahun 1939.
Jumlah kes diphtheria meningkat menjadi 150.000 kes, sementara pada tahun yang
sama, Norway
yang tidak melakukan vaksinasi, kes diphtheria nya hanya sebanyak 50 kes.
•
Penularan polio dalam skala besar, menyerang anak-anak di Nigeria Utara
berpenduduk muslim. Hal itu terjadi setelah diberikan vaksinasi polio,
sumbangan AS untuk penduduk muslim. Beberapa pemimpin Islam tempatan menuduh
kerajaan Nigeria bersubahat dengan Amerika untuk membunuh orang-orang Muslim
dengan menggunakan vaksin.
•
Tahun 1989-1991
vaksin campak ”high titre” buatan Yugoslavia Edmonton-Zagreb diuji pada 1500
anak-anak miskin keturunan orang hitam dan latin, di Los Angeles, Mexico, Haiti
dan Afrika. Vaksin tersebut dicadangkan oleh WHO. Program dihentikan setelah di
dapati banyak anak-anak meninggal dunia dalam jumlah yang besar.
•
Vaksin campak menyebabkan penindasan terhadap sistem ketahanan tubuh anak-anak
selama 6 bulan hingga 3 tahun. Akibatnya anak-anak yang diberi vaksin mengalami
penurunan ketahanan tubuh dan ramai yang meninggal dunia berbanding
penyakit-penyakit lain. WHO kemudian menarik vaksin-vaksin tersebut dari
pasaran di tahun 1992.
•
Setiap program vaksin dari WHO dilaksanakan di Afrika dan Negara-negara dunia
ketiga lainnya, selalu saja ada jangkitan penyakit-penyakit berbahaya di lokasi
program vaksin dilakukan. Virus HIV penyebab Aids diperkenalkan ketika program
WHO bersama komuniti homoseksual melalui vaksin hepatitis dan masuk ke Afrika
Tengah melalui vaksin cacar.
•
Disember 2002,
Menteri Kesihatan Amerika, Tommy G. Thompson menyatakan, tidak merancang
memberi suntikan vaksin cacar. Dia juga mencadangkan kepada anggota kabinet
lainnya untuk tidak meminta pelaksaanaan vaksin itu. Sejak vaksinasi diterapkan
pada jutaan bayi, banyak dilaporkan berbagai gangguan serius pada otak,
jantung, sistem metabolisme, dan gangguan lain mulai mengisi halaman-halaman
jurnal kesihatan.
•
Vaksin untuk janin adalah punca encephalomyelitis, dengan indikasi terjadi
pembengkakan otak dan pendarahan di dalam. Bart Classen, seorang doktor dari
Maryland, menerbitkan data yang memperlihatkan bahawa kadar penyakit diabetes
berkembang secara signifikan di New Zealand, setelah vaksin hepatitis B
diberikan di kalangan anak-anak.
•
Vaksin meningococcal merupakan ”Bom jangka bagi kesihatan penerima vaksin.”
•
Anak-anak di Amerika Syarikat mendapatkan vaksin yang berpotensi membahayakan
dan dapat menyebabkan kerosakan yang kekal. Berbagai macam imunisasi misalnya,
Vaksin-vaksin seperti Hepatitis B, DPT, Polio, MMR, Varicela (Cacar air)
terbukti telah banyak mengorbankan anak-anak Amerika sendiri, mereka menderita
sakit saraf, anak-anak cacat, diabetes, autisme, autoimun dan lain-lain.
•
Vaksin cacar dipercayai boleh memberikan imunisasi kepada masyarakat terhadap
cacar. Pada saat vaksin ini dilancarkan, sebenarnya kes cacar sudah sedang
menurun. Jepun mewajibkan suntikan vaksin pada 1872. Pada 1892, ada 165.774 kes cacar dengan 29.979 berakhir dengan kematian
walaupun adanya program vaksin.
•
Pemaksaan vaksin cacar, dimana orang yang menolak boleh dijatuhkan hukuman,
dilakukan di England tahun 1867.
Dalam 4 tahun, 97.5% masyarakat berusia 2 sampai 50 tahun telah divaksinasi.
Setahun kemudian England merasakan epidemik @ wabak cacar terburuknya dalam
sejarah dengan 44.840
kematian. Antara 1871 – 1880
kes cacar meningkat dari 28 menjadi 46 per 100.000 orang. Vaksin cacar tidak
berhasil.
Mengapa vaksin gagal melindungi tubuh terhadap penyakit?
Walene
James, pengarang buku Immunization: the Reality Behind The Myth, mengatakan
respon inflamatori penuh diperlukan untuk menciptakan kekebalan nyata. Sebelum
pengenalan vaksin cacar dan beguk, kes cacar dan beguk yang menimpa anak-anak
adalah kes tidak berbahaya. Vaksin mengganggu tubuh sehingga tubuh kita tidak
menghasilkan respon inflamatory terhadap virus yang disuntik.
SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) meningkat dari 0.55 per 1000 orang pada
1953 menjadi 12.8 per 1000 pada 1992 di Olmstead County, Minnesota. Puncak
kejadian SIDS adalah umur 2 – 4 bulan, waktu dimana vaksin mulai diberikan
kepada bayi. 85% kes SIDS terjadi di 6 bulan pertama bayi. Peratus kes SIDS
telah naik dari 2.5 per 1000 menjadi 17.9 per 1000 dari 1953 sampai 1992.
Peningkatan kematian akibat SIDS meningkat pada saat hampir semua penyakit
anak-anak menurun karena kesedaran kebersihan dan kemajuan perubatan kecuali
SIDS. Kes kematian SIDS meningkat pada saat jumlah vaksin yang diberikan kepada
bayi naik secara meyakinkan menjadi 36 per anak.
Dr.
W. Torch telah merekodkan 12 kes kematian pada anak-anak yang terjadi dalam 3,5
– 19 jam selepas imunisasi DPT. Dia juga melaporkan 11 kes kematian SIDS dan
satu yang hampir mati 24 jam selepas suntikan DPT. Semasa dia mengkaji 70 kes
kematian SIDS, 2/3 korban adalah mereka yang baru divaksinasi mulai dari 1,5
hari sampai 3 minggu sebelumnya.
Tidak
ada satu kematian pun yang dihubungkan dengan vaksin. Vaksin dianggap hal yang
mulia dan tidak ada berita negatif apapun mengenainya di media utama karena ia
begitu menguntungkan bagi perniagaan farmasi.
Ada
alasan yang kukuh untuk percaya bahwa vaksin bukan saja tak berguna dalam
mencegah penyakit, tetapi ia juga kontraproduktif karena melemahkan sistem
ketahanan yang meningkatkan risiko kanser, penyakit kurang ketahanan tubuh, dan
SIDS yang menyebabkan cacat dan kematian.
Adakah imunisasi menurut Islam?
Ada!
Bahkan Rasulullah sendiri yang mengajar dan mencadangkannya.
Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr:
Dari
Asma’ binti Abu Bakr bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair
di Mekah mengatakan, “Saya
keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun
di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah
Shalallaahu alaihi wasalam, maka beliau Shalallaahu alaihi wasalam menaruh
Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam
meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Shalallaahu alaihi wasalam
memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan
itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah
Shalallaahu alaihi wasalam, kemudian beliau men-tahnik-nya, lalu beliau
Shalallaahu alaihi wasalam pun mendo’akannya dan mendoakan keberkahan
kepadanya.
Dalam
shahihain -Shahih Bukhari
dan Muslim- dari Abu Musa Al-Asy’ariy, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan
mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, lalu beliau Shalallaahu
alaihi wasalam memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan
kurma.” dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka beliau SAW mendoakan kebaikan dan
memdoakan keberkahan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.”
Bayi
dilahirkan dalam keadaan kekurangan glukosa. Bahkan apabila tubuhnya menguning,
maka bayi tersebut dipastikan memerlukan glukosa dalam keadaan yang cukup
untuknya. Berat bayi saat lahir juga mempengaruhi kandungan glukosa dalam
tubuhnya.
Pada
kes bayi pramatang yang beratnya kurang dari 2,5 kg, maka kandungan zat gulanya
sangat kecil sekali, dimana pada sebagian kes malah kurang dari 20 mg/100 ml
darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2,5 kg maka kadar gula
dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml.
Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah.Hal ini boleh menyebabkan terjadinya berbagai penyakit, seperti bayi menolak untuk menyusu, otot-otot bayi lemah, aktiviti pernafasan terganggu dan kulit bayi menjadi kebiruan, kontraksi atau kejang-kejang. Kadang-kala boleh juga menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan lama, seperti insomnia, lemah otak, gangguan saraf, gangguan pendengaran, penglihatan, atau kedua-duanya.
Apabila
hal-hal di atas tidak segera diatasi atau diubati maka boleh menyebabkan
kematian. Padahal ubat untuk itu adalah sangat mudah, yaitu memberikan zat gula
yang berbentuk glukosa melalui infus, samada melalui mulut, mahupun pembuluh
darah.Majoriti atau bahkan semua bayi memerlukan zat gula dalam bentuk glukosa
seketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat boleh
menjauhkan sang bayi dari kekurangan kadar gula.
Disunnahkan
tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan pencegahan yang memiliki
fungsi penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad SAW secara perubatan
dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan
kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi. Tahnik
sebaiknya dilakukan oleh orang-orang yang beriman kepada Allah, atau dapat pula
dilakukan ayah atau ibu sang bayi.
Imunisasi
yang selama ini digembar-gemburkan oleh Zionis dapat memberi masalah yang
sangat serius bagi kehidupan penduduk dunia. Mereka yang bertujuan untuk
menjadikan bangsa lainnya berada di bawah kekuasaan mereka dengan berbagai
cara. Kini saatnya kita membuka mata dan bertanya pada hati nurani kita dengan
berbagai propaganda yang mereka lakukan. Bahkan Allah telah menyuruh kita
berhati-hati terdadap berita dari mereka :
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”Qur’an
surah Al-Hujuraat (49) : 6
Bahaya Tersembunyi Dalam Vaksin
Apakah Vaksin Itu?
Vaksinasi
telah menjadi tulang belakang kesihatan masyarakat sejak dulu. Apabila penyakit
berjangkit, vaksinasi muncul dalam benak kita. Ia adalah suntikan kesihatan yang
dianggap doktor (bahkan badan-badan kesihatan negara) sangat penting sebagai
pelindung dari serangan penyakit.
Tujuan
Vaksinasi adalah meniru proses penularan penyakit alami dengan kaedah tiruan.
Vaksin itu sendiri adalah suntikan yang mengandung berbagai jenis racun yang
dimasukkan ke dalam tubuh. Jika anda menyangka vaksin dapat membasmi kuman atau
bebas dari kuman, dugaan anda meleset.
Cara Membuat Vaksin
Vaksin
dihasilkan dari kuman (atau bagian dari tubuh kuman) yang menyebabkan penyakit.
Sebagai contoh vaksin campak dihasilkan dari virus campak, vaksin polio
dihasilkan dari virus polio, vaksin cacar dihasilkan dari virus cacar, dll.
Perbezaannya terletak pada cara pembuatan vaksin tersebut.
Terdapat
2 jenis vaksin, hidup dan mati. Untuk membuat vaksin hidup, virus hidup
dilemahkan dengan melepaskan virus ke dalam tisu organ dan darah binatang
(seperti ginjal monyet dan anjing, embrio anak ayam, protein telur ayam dan
itk, serum janin lembu, otak kelinci, darah babi atau kuda dan nanah cacar
lembu) beberapa kali (dengan proses bertahap) hingga kurang lebih 50 kali untuk
mengurangi potensinya.
Sebagai
contoh virus campak dilepaskan kedalam embrio anak ayam, virus polio
menggunakan ginjal monyet, dan virus Rubela menggunakan sel-sel diploid manusia
(bagian tubuh janin yang digugurkan). Sedangkan vaksin yang mati dilemahkan
dengan pemanasan, radiasi atau reaksi kimia.
Kuman
yang lemah ini kemudian dikuatkan dengan Adjuvan (perangsang anti bodi) dan
stabilisator (sebagai pengawet untuk mempertahankan khasiat vaksin selama
disimpan). Hal ini dilakukan dengan menambah ubat, antibiotik dan bahan kimia
beracun ke dalam campuran tersebut seperti: neomycin, streptomycin, natrium
klorida, natrium hidroksida, alumunium hidroksida, alumunium fospat, sorbitol,
gelatin hasil hidrolisis, formaldehid, formalin, monosodium glutamat, pewarna
merah fenol, fenoksietanol (anti beku), kalium difospat, hidrolysate kasein
pankreas babi, sorbitol dan thimerosal (raksa). (Menurut Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit
(CDC) US juga menurut Psician’s Desk Reference).
Campuran
virus atau bakteria, bahan kimia beracun dan bagian tubuh binatang yang
berpenyakit inilah yang disuntik ke dalam tubuh anak atau orang dewasa ketika mendapatkan
vaksinasi. Menurut CDC US, bahan tambahan dicampurkan ke dalam vaksin untuk
meningkatkan reaksi imun, mencegah pencemaran mikrob dan memperkuat formula
vaksin, serta untuk memastikan vaksin tersebut stabil, bebas kuman dan aman.
Namun benarkah anggapan ini?
Bagaimana Vaksin Dihasilkan?
Macam-macam
vaksin:
-
Vaksin DPT (Difteria, Pertusis dan Tetanus)
-
Vaksin DtaP (Difteria, Tetanus, dan Acellular Pertusis)
-
Vaksin MMR (Campak, Beguk dan Rubela)
-
Vaksin Polio hidup oral (OPV)
-
Vaksin Polio tidak aktif (IPV)
-
Vaksin Hepatitis B
-
Vaksin Hib
-
Vaksin Varicellazostrer (Cacar Air)
-
Vaksin Cacar
Dalam
buku The Consumer’s Guide to Childhood Vaccines, Barbara Loe Fisher, pengasas
dan presiden pusat informasi vaksin nasional (yang didirikan untuk mencegah
kerosakan tubuh dan kematian akibat vaksin melalui pendidikan umum) menjelaskan
proses pembuatan vaksin sebagai berikut :
Vaksin
Cacar : Perut anak lembu dicukur kemudian diberikan banyak torehan pada
kulitnya. Kemudian virus cacar dititiskan pada torehan itu dan dibiarkan
bernanah selama beberapa hari. Anak lembu tersebut dibiarkan berdiri dengan
kepala terikat supaya tidak dapat menjilat perutnya. Kemudian anak lembu itu
dikeluarkan dari kandang dan dibaringkan di atas meja. Perutnya memburuk dan bernanah,
nanahnya diambil lalu dijadikan serbuk. Serbuk itu adalah bahan vaksin cacar,
virus yang kebetulan terdapat pada anak lembu itu terbawa ke dalamnya. (Walene
James, Pengarang Immunization: The Reality Beyond the Myth)
Reaksi Tubuh Terhadap Vaksin
Apabila
ramuan vaksin tersebut memasuki aliran darah anak. Tubuhnya akan segera
bertindak untuk menyingkirkan racun tersebut melalui organ ekresi atau melalui
reaksi imun seperti demam, bengkak atau ruam pada kulit. Apabila tubuh anak
kuat untuk meningkatkan reaksi imun, tubuh anak mungkin akan berhasil
menyingkirkan vaksin tersebut dan mencegahnya terjangkit kembali di masa yang
akan datang. Akan tetapi jika tubuh anak tidak kuat untuk meningkatkan reaksi
imun, vaksin beracun akan bertahan dalam tisu tubuh.
Timbunan
racun ini dapat menyebabkan penyakit seperti diabetes pada anak-anak, asma,
penyakit neurologi, leukimia, bahkan kematian mendadak. Ratusan laporan
mencatat kesan sampingan jangka panjang yang buruk berkaitan vaksin seperti
penyakit radang usus, autisme, esenfalitis kronis, skelerosis multipel,
artritis reumatoid dan kanser. Sebagian vaksin juga diketahui menyebabkan
kesan sampingan jangka pendek yang serius.
Pada
12 Julai 2002,
Reuters News Service melaporkan hampir 1000 pelajar sekolah dibawa ke hospital
setelah disuntik vaksin Ensefalitis di timur laut negara China. Para pelajar
itu mengalami demam, lemah, muntah dan dalam beberapa kes terkena serangan
jantung setelah divaksinasi.
Kerosakan Tubuh Akibat Vaksin
•
Menurut analisa bebas dari data yang dikeluarkan Vaccine Adverse Event
Reporting System (VAERS) di US, pada tahun 1996 terdapat 872 tragedi yang dilaporkan
kepada VAERS, melibatkan anak-anak dibawah 14 tahun yang disuntik vaksin
Hepatitis B. Anak-anak tersebut dibawa ke wad ICU hospital karena mengalami
masalah kesihatan yang mengancam nyawa. Sebanyak 48 anak dilaporkan meninggal setelah
mendapatkan suntikan vaksin tersebut.
•
Informasi kesihatan juga dipenuhi contoh yang mengaitkan vaksin dengan
timbulnya penyakit. Vaksin telah dikaitkan dengan kerosakan otak, IQ rendah,
gangguan konsentrasi, kemampuan belajar kurang, autisme, neurologi.
•
Vaksin beguk dan campak yang diberikan pada anak-anak misalnya telah
menyebabkan kerosakan otak, kanser, diabetes, leukimia, hingga kematian
(sindrom kematian bayi mendadak).
•
Kajian tahun 1992
yang diterbitkan dalam The American Journal of Epidemiology menunjukkan
peningkatan kematian anak-anak meningkat hingga 8 kali ganda pada jangka waktu
3 hari setelah mendapat suntikan vaksin DPT.
•
Kajian awal oleh CDC US mendapati anak yang menerima vaksin Hib berisiko 5 kali
lebih mudah mengidap penyakit tersebut dibandingkan anak-anak yang tidak
mendapatkan vaksin tersebut.
•
Pada tahun 1977,
Dr Jonas Salk (Penemu vaksin Polio salk) mengeluarkan kenyataan bersama ilmuan
lain bahwa 87% dari kes Polio yang terjadi sejak tahun 1970 adalah akibat dari
vaksin Polio.
•
Di US sebelum tahun 1980
terdapat 1 dari 10.000 anak menderita autisme. Pada tahun 2002 Institut
Kesihatan Negeri US mencatat peningkatan angka tersebut menjadi 250 dari
10.000. Kini persatuan orang tua penderita autisme Amerika memperkirakan
peningkatan kes autisme ± 10%
per tahun. Vaksin yang mengandungi raksa diyakini sebagai
penyebabnya.
•
Menurut Boyd Haley, pengurus program kimia Universiti Kentucky dan pakar logam
beracun berkata ”Thimerosal
mampu meresap di protein otak, ia sangat beracun bagi saraf dan enzim”
Haley pun terlibat dalam penelitian pada bulan Ogos tahun 2003, mendapati banyaknya
kandungan raksa pada penderita autisme, yang dapat dianalisa melalui kadar
raksa pada rambut mereka yang bermaksud etil raksa dari thimerosal telah
meresap ke dalam otak dan organ tubuh lainnya sangat bepotensi menyebabkan
kerosakan sistem saraf dan mengganggu fungsi ginjal.
•
Menurut San Jose Mercury News (6
Julai 2002), seorang dari sepuluh anak-anak dan remaja US
mengalami kelemahan fizikal dan mental, menurut pengamatan tahun 2000 terdapat
pertambahan mendadak angka kecacatan pada penduduk usia muda. Sedangkan pada
tahun sebelumnya data menunjukkan peningkatan kecacatan pada anak-anak.
•
Sampai usia 2 tahun, anak-anak Amerika dilaporkan telah menerima 237 mikrogram
raksa melalui vaksin. Kadar ini melebihi had yang ditetapkan Organisasi
Perlindungan Alam US yaitu 1/10 mikrogram per hari.
•
Sebuah penemuan di Amerika menunjukan bahwa vaksin Hepatitis B mengandungi 12
mcg raksa (30 kali ganda dari had), DtaP dan Hib mengandungi 50 mcg raksa (60
kali ganda dari had) dan Polio mengandungi 62,5 mcg raksa (78 kali ganda dari
had).
•
Di US hari ini kes asma, diabetes dan penyakit auto imun pada usia anak telah
meningkat 20 kali lganda dari tahun sebelumnya. Gangguan konsentrasi telah
meningkat 3 kali ganda.
•
Setiap tahun 25.000
bayi Amerika mengalami kematian mendadak. Vaksinasi adalah penyebab terbesar
kematian mendadak. Jepun telah meningkatkan usia penerima vaksin sehingga 2
tahun kemudian angka kematian mendadak turun drastik di negara itu (Cherry, et
al, 198
•
Sweden menghentikan vaksinasi batuk kokol pada tahun 1979 karena ternyata
wabak penyakit ini terjadi pada anak-anak yang telah mendapatkan vaksinasi.
Setelah itu penyakit ini menjadi penyakit ringan tanpa kes kematian. Hal ini
secara nyata menunjukkan bahwa vaksin sebenarnya menyebarkan penyakit.
•
Pada tahun 1975,
Jerman menghentikan kewajiban vaksin Pertussis, dan jumlah anak yang mengalami
penyakit itu turun drastik. Pada tahun 2000 jumlahnya turun sampai 10%.
Bukti
di atas menjadikan vaksinasi layak dipersoalkan. Fakta-fakta menjelaskan bahwa vaksin
tidak meningkatkan kesihatan anak-anak. Tetapi anehnya vaksin terus-menerus
dibuat dan diwajibkan kepada masyarakat.
Sarat Dengan Kimia Beracun
Dapat
dikatakan semua jenis vaksin mengandungi racun. Dalam banyak keadaan bahan
tambahan vaksin (penguat, peneutral, pengawet dan agen pembawa) jauh lebih
beracun daripada komponen virus atau bakteria dalam vaksin tersebut. Misalnya
agen penyebab kanser iaitu formaldehid dan thimerosal dapat merosakkan otak.
Tidak
ada orang tua yang berfikir untuk memberi makan anaknya dengan formaldehid
(pengawet mayat), raksa atau alumunium fosfat. Akan tetapi dengan suntikan
vaksin bahan-bahan ini masuk secara langsung ke dalam aliran darah.
Berikut
adalah informasi mengenai risiko kesihatan yang ditimbulkan oleh sebahagian
bahan beracun utama dalam vaksin, yang disusun dari berbagai sumber termasuk
dari Persatuan Pemerhati
Vaksin Australia:
•
Alumunium:
dapat meracuni darah, saraf,pernafasan, mengganggu sistem imun dan saraf seumur
hidup. Dinyatakan sebagai penyebab kerosakan otak, hilang ingatan sementara,
kejang dan koma. (Catatan: dalam jumlah sedikit tidak beracun dan mungkin
bermanfaat bagi tubuh. Namun kadarnya dalam vaksin amat tinggi, sekitar 0,5%)
•
Ammonium Sulfat:
dapat meracuni sistem pencernaan, hati, saraf dan sistem pernafasan.
•
Ampotericin B:
Sejenis ubat yang digunakan untuk mencegah penyakit kulit. kesan sampingannya
adalah menyebabkan pembekuan darah, bentuk sel darah merah menjadi tidak
sempurna, masalah ginjal, kelesuan dan demam dan alergi pada kulit.
•
Beta-Propiolactone:
diketahui menyebabkan kanser, meracuni sistem pencernaan, hati, sistem
pernafasan, kulit dan organ genital.
•
Kasein:
pelekat yang kuat, sering digunakan untuk melekatkan label pada botol. Walaupun
dihasilkan dari susu, di dalam tubuh kasein dianggap protein asing yang
beracun.
•
Formaldehid:
penyebab kanser. Bahan ini lebih berbahaya dibanding sebagian bahan kimia lain.
•
Formalin:
Salah satu turunan dari formaldehid. Formalin adalah campuran 37%-40%
formaldehid, air dan biasanya 10% metanol. Formalin adalah peringkat ke 5 dari
12 bahan kimia yang paling berbahaya.(Enviromental Defense Fund, US)
•
Monosodium Glutamat (MSG):
bagi orang yang alergi pada MSG mungkin akan mengalami perasaan seperti
terbakar di belakang leher, lengan dan punggung atau mengalami sakit dada,
sakit kepala, lesu, denyut jantung cepat dan kesulitan bernafas. Menurut Badan
Pengawas Ubat dan Makanan (FDA) US, suntikan glutamate dalam haiwan menyebabkan
kerosakan sel saraf otak.
•
Neomycin:
antibiotik ini mengganggu penyerapan vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 dapat
menyebabkan epilepsi dan cacat mental.
•
Fenol:
digunakan dalam pembuatan disinfektan, pewarna, industri farmasi, plastik dan
bahan pengawet. Fenol dapat menyebabkan keracunan sistemik, kelemahan, berpeluh,
sakit kepala, muntah-muntah, gangguan mental, syok, hipersensitif, kerosakan
ginjal, kejang, gagal jantung atau ginjal dan kematian.
•
Fenoksi Etanol
(anti beku): menimbulkan bau badan tidak sedap, kerosakan pencernaan, kebutaan,
koma dan kematian.
•
Polysorbate 20
dan Polysorbate 80:
bahan yang meracuni kulit atau organ genital.
•
Sorbitol:
menyebabkan kerosakan sistem usus.
•
Thimerosal:
merupakan unsur ke 2 yang paling beracun kepada manusia setelah uranium. Dapat
merosak otak dan sistem saraf juga dapat membawa pada penyakit autoimun.
12 Hal Yang Harus Diperhatikan
1.
Doktor tidak mampu menjamin keselamatan dan keberkesanan vaksin.
2.
Keselamatan vaksin belum diuji dengan benar.
3.
Vaksinasi didasarkan pada prinsip yang tidak kukuh, sehingga dapat
dipersoalkan.
4.
Vaksin mungkin tercemar.
5.
Kesan sampingan jangka panjang yang serius.
6.
Menimbulkan penyakit yang seharusnya dapat disembuhkan.
7.
Tidak dapat melindungi dari penyakit menular.
8.
Vaksin berhubungan dengan wabak penyakit.
9.
Vaksin tidak dapat dipercayai – vaksin tidak menghalang terhadap penyakit
tetapi menghalang terhadap kesihatan.
10.
Doktor dan profesional kesihatan jarang melaporkan kesan buruk vaksin.
11.
Doktor menolak vaksinasi.
12.
Vaksinasi lebih mengutamakan keuntungan daripada mengubati.
Para Doktor dan Ilmuan Membantah Vaksinasi
•
• “Terdapat banyak bukti yang menunjukkan imunisasi terhadap anak lebih banyak
merugikan dari pada manfaatnya.” (dr. J Anthony Morris, mantan Ketua Pengawas
Vaksin
•
• “Ancaman terbesar serangan penyakit anak-anak datang dari usia pencegahan
yang tidak efektif dan berbahaya melalui imunisasi besar-besaran.” (dr. R.
Mendelsohn, Penulis (How to Raise A Healthy Child In Spite Of Your Doctor dan
Profesor Pediatrik).
•
• “Semua vaksinasi berfungsi mengubah tiga situasi darah kepada ciri-ciri
kanser dan leukemia…Vaksin DO dapat menyebabkan kanser dan leukemia.” (Profesor
L.C. Vincent, penggagas Bioelektronika).
•
• “Data rasmi menunjukkan vaksinasi berskala besar di US gagal memberikan
kemajuan yang signifikan dalam pencegahan penyakit yang seharusnya dapat ia
lindungi.” (dr. A. Sabin, pengembang vaksin Polio Oral, dalam kuliahnya di
hadapan doktor-doktor Itali di Piacenza, Itali, 7 Disember 1985).
•
• “Selain telah nyata banyak kes kematian akibat program ini, terdapat juga
bahaya jangka panjang yang hampir mustahil diukur dengan pasti…Terdapat
sejumlah bahaya dalam seluruh prosedur vaksin yang seharusnya mencegah
penggunaan yang terlalu banyak atau tidak wajar.” (Sir Graham Wilson dalam The
Hazards of Immunization).
•
• “Dengan mengenepikan fakta bahawa vaksin berpeluang besar tercemar virus
binatang yang dapat menyebabkan penyakit serius pada masa depan. Kita harus
mempertimbangkan apakah ada vaksin yang benar-benar berfungsi sebagaimana
tujuan asalnya.” (dr. W.C. Douglas dalam Cutting Edge, Mei 1990).
•
• “Satu-satunya vaksin yang selamat adalah tidak menggunakannya sama sekali.”
(dr. James A. Shannon, Institut Kesihatan Nasional, US)
•
• “Vaksinasi adalah produk kesalahan dan kebodohan yang tidak dirancang dengan
baik. Ia seharusnya tidak mendapat tempat dari segi kebersihan mahupun
perubatan. Vaksinasi tidak ilmiah, keyakinan yang membawa maut dan
mengakibatkan kesengsaraan yang berpanjangan.” (Profesor Chas Rauta, Universiti
Perugia, Itali di dalam New York Medical Journal, Julai 1899).
•
• “Imunisasi terhadap cacar lebih berbahaya dari pada penyakit itu sendiri.”
(Profesor Ari Zuckerman, WHO).
•
• “Tidak ada satupun vaksin yang telah dibuktikan keselamatannya sebelum
diberikan kepada anak-anak.” (Pakar bedah umum, Leonard Scheele di Konfrensi
AMA, US 1955).
Vaksin Bukan Penyelamat
“Ilmu perubatan menerima pujian yang
berlebihan bagi sebahagian kemajuan dalam bidang kesihatan. Ramai orang percaya
keberhasilan dalam menangani penyakit menular pada abad terakhir terjadi
seiring dengan penciptaan imunisasi. Sebenarnya, Kusta, Tifoid, Tetanus,
Difteria, Batuk kokol, dll telah menurun sebelum ditemukan vaksin untuknya –
iaitu merupakan hasil dari penjagaan kebersihan dan peningkatan kualiti makanan
serta air minum.”(Dr. Andrew Weil dalam Health and Healthy)
Imunisasi
merupakan cara terbaik untuk melindungi anak dari berbagai macam penyakit. Anda
mendengar hal ini dari doktor, media massa, brosur di klinik, atau rakan-rakan
anda. Tetapi, apakah Anda pernah berfikir kembali tentang tujuan imunisasi?
Pernahkah anda meneliti lebih lanjut terhadap isu-isu dan cerita mengenai sisi
lain imunisasi (yang tidak pernah dimaklumkan oleh doktor)?
Serangkaian
imunisasi yang terus digiatkan hingga saat ini oleh pihak-pihak yang katanya
demi ‘menjaga kesehatan anak’, patut dikritik dari segi kesihatan mahupun
syariat. Teori pemberian vaksin yang menyatakan bahwa “memasukkan bibit
penyakit yang telah dilemahkan kepada manusia akan menghasilkan pelindung
berupa anti bodi tertentu untuk menahan serangan penyakit yang lebih besar”.
Benarkah?
Tiga Mitos Menyesatkan
Vaksin begitu dipercayai sebagai pencegah penyakit. Hal ini tidak terlepas dari adanya 3 mitos yang sengaja disebarkan. Padahal, hal itu berlawanan dengan kenyataan.
Vaksin begitu dipercayai sebagai pencegah penyakit. Hal ini tidak terlepas dari adanya 3 mitos yang sengaja disebarkan. Padahal, hal itu berlawanan dengan kenyataan.
1.
Effektif melindungi manusia dari penyakit.
VAKSIN, SELAMAT ATAU TIDAK??
Kenyataan: Banyak penelitian perubatan mencatat kegagalan vaksinasi. Campak, beguk, polio, terjadi juga di pemukiman penduduk yang telah diimunisasi. Sebagai contoh, pada tahun 1989, wabak campak terjadi di sekolah yang mempunyai vaksinasi lebih besar dari 98%. WHO juga menemukan bahwa seseorang yang telah divaksin campak, mempunyai kemungkinan 15 kali ganda untuk mendapat penyakit tersebut daripada yang tidak divaksin.
2.
Imunisasi merupakan sebab utama penurunan jumlah penyakit.
Kebanyakan
penurunan penyakit terjadi sebelum diperkenalkan imunisasi secara menyeluruh.
Salah satu buktinya, penyakit-penyakit berjangkit yang boleh membawa maut di US
dan England mengalami penurunan sebesar 80%, itu terjadi sebelum ada vaksinasi.
The British Association for the Advancement of Science menemukan bahawa
penyakit anak-anak mengalami penurunan sebesar 90% antara 1850 dan 1940, dan hal itu terjadi
jauh sebelum program imunisasi diwajibkan.
3.
Imunisasi benar-benar selamat bagi anak-anak.
Yang
benar, imunisasi lebih besar bahayanya. Salah satu buktinya, pada tahun 1986, kongres US
membentuk The National Childhood Vaccine Injury Act, yang mengakui kenyataan
bahawa vaksin dapat menyebabkan cedera dan kematian.
Makhluk Mulia Vs Haiwan
Jika
manusia menjalani hidupnya sesuai petunjuk syariat yang berupa perintah dan
larangan, kesihatannya akan tetap terjaga dari serangan virus, bakteria, dan
kuman penyakit lainnya.
Sedangkan
orang-orang kafir, menganggap adanya kekurangan dalam diri manusia sebagai
ciptaan Allah, sehingga berusaha sekuat tenaga memperkuat sistem pertahanan
tubuh melalui imunisasi yang bercampur najis dan penuh dengan bahaya.
Oleh
karena itu, mereka percaya bahawa apa yang dimiliki haiwan dapat dimasukkan ke
dalam tubuh manusia. Jadi, sel-sel haiwan, virus, bakteria, darah, dan nanah
disuntikkan ke dalam tubuh manusia. Logik setan ini adalah menjijikkan menurut
Islam.
Imunisasi
digembar-gemburkan sebagai suatu bentuk keajaiban pencegahan penyakit, padahal
faktanya cara itu tidak lebih hanya sebagai projek penjana wang para doktor dan
perniagaan farmasi. Dalam kenyataannya, imunisasi lebih banyak menyebabkan bahaya
kepada kesihatan. Bahkan, mengganggu proses-proses alami yang ada dalam
ciptaan-Nya. Dengan paparan ini, orang tua mana yang berasa gembira dan senang
hati untuk memberikan imunisasi pada anaknya?
APA PULA PANDANGAN YANG LAIN?
Bahaya suntik Vaksin?
(Bahaya
suntikan vaksin dan imunisasi. Kononnya....)
Aku terima
tsunami soalan berkenaan vaksin, bukak email, bukak FB, bukak blog semua pakat
tanya: Apa pendapat Pakcik keretamayat mengenai suntikan vaksin untuk anak
anak? Dan hampir semua soalan tu di lengkapkan dengan link dari penulis bernickname
Minda Ahad yang bertajuk: Bahaya suntikan vaksin dan-imunisasi.
Apa pendapat
aku?
Pendapat
aku, Allah dah bagi akal, maka terimalah fakta dengan akal, bukan dengan
sentimen atau serounding authority yang salah, janganlah menjadi Pak Pandir moden yang mudah perasan di salahkan lalu memilihfatwa kaum kera sebagai panduan hidup, adohai..
Aku tak nak
tulis panjang panjang, aku Cuma nak sangkal dakwaan penulis tersebut dari segi
fakta.
Entry
tersebut dimulakan dengan menyalahkan yahudi dengan menuduh Imunisasi adalah
satu Konspirasi jahat Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan
seluruh dunia dalam “New World Order” mereka. Entry tersebut juga mendakwa
Rockefeller adalah pengasas WHO (World Health Organization) beliau adalah
keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan merupakan sebahagian dari
Zionis Internasional kononnya .
Wow, mana
datang fakta merepek ini? Perenggan pertama dah buat aku malas nak baca, sikit
sikit konspirasi, sikit sikit yahudi, aku dah bagitahu dulu: orang yang percaya teori konspirasi adalah bodoh, dan lemah daya berfikir..,
Akupun semak
sejarah penubuhan WHO dekat Wikipedia, eh? Kenapa aku jumpa nama Jawaharlal Nehru dari india yang terlibat
dalam sejarah penubuhan WHO, eh? Ini konspirasi yahudi ke konspirasi india?
mana pergi Rockfeller, eh? Rockfellar mati pada
tahun 1937. Dan WHO ditubuhkan pada tahun 1948? Ini semua kerja Hantu Yahudi?
Awal karangan dah nak tipu pembaca, pun ada yang percaya, adohai..
Oh rupanya,
mamat ni petik ‘fakta’ dari bekas doktor gigi yang anti vaksin, dan pakar
teori konsiparasi, iaitu Dr. Leonard Horowitz sebagai
penguat hujah, (patutlah) jadi kau percayalah semua cakap doktor tu, doktor tu
dakwa HIV di cipta oleh Amarika untuk lemahkan islam? Kau pun percayalah? Benda
simple macam ni pun tak boleh nak fikir?, aku rasa pengarang ni tentu ada jual
ubat alternative ni, takpe, kita semak perenggan seterusnya.
Perenggan
seterusnya ada petikan untuk kuatkan hujah dengan memetik kata-kata dari doktor
pakar, wow, nampak berilmiah, mari kita semak kesahihan rujukan beliau:
“Satu-satunya
vaksin yang baik adalah vaksin yang tidak pernah digunakan.”~ Dr. James R. Shannon, mantan pengarah Institusi
Kesihatan Nasional Amerika.
Aku google,
dan didapati petikan itu dilaporkan oleh ‘Doktor’ terbabit pada tahun 2003,
tapi doktor sebenar bekas pengarah Kesihatan Amarika mati pada tahun 1994
ketika berumur 89 tahun, wah.., mentang mentang doktor tu dah mati, senang senang korang publish kata ‘hikmat’ mereka dalam web anti
vaksin, adohai..
Hujah dari
doktor kedua dalam entry tersebut:
“Vaksin
menipu tubuh supaya tidak lagi menimbulkan reaksi radang. Sehingga vaksin
mengubah fungsi pencegahan sistem imun.”~ Dr.
Richard Moskowitz, Harvard University.
Perenggan
seterusnya di‘bukti’kan lagi guna “placebo effect” , Arhghhh, dah malas aku
baca sebab sungguh menghina kebijaksaan aku.., sebab awal awal dah menipu,
langsung tak guna kaedah dalam islam dalam bab menyampaikan berita:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.(al-Hujurat:6).
Nasihat aku,
berhentilah menipu, atau berhentilah kena tipu..
Cuba kaji
fakta akan penurunan kadar kematian seluruh dunia akibat penyakit berjangkit
dalam 100 tahun yang lepas. Zaman dulu, ramai bayi mati tak macam zaman sekarang,
rujuk kes polio. sejak ada vaksin, peratusan kurang mendadak..
Ini semua
kerja Allah, mencegah lebih baik dari mengubat, vaksin tak perlu jika quaratin
bagus, bila dah ramai yang ambik vaksin, persekitaran dah jadi imun, tapi bila
pergi tempat yang ramai manusia berkumpul, kena ada vaksin, dan itu semua kerja
Allah, sebab tu ulamak dan pemerintah dekat Arab wajibkan jemaah haji
suntik vaksin sebelum pergi Mekkah, apa korang ingat mereka tu bodoh agama
macam korang jer ker nak keluar fatwa haram cucuk vaksin tanpa kaji terlebih
dahulu, mereka lebih paham ayat Al hujarat tu, bukan main petik copy paste
letak dalam blog perasan bagus macam korang....,
Eh eh, bila
aku baca komen kat bawah, penulis entry tersebut ada promot ubat homeopaty,
WHAT!!?
PATUTLAH
Anti Vaksin.., adohai..
Patutlah
guna hujah Konon Rockfellar nak guna vaksin untuk lemahkan islam lah, WHO badan
yahudilah, akal letak kat mana?, Korang tak tahu ke dekat Yahudi pun
mereka cucuk anak mereka dengan vaksin, apa kejadah pulak mereka nak guna
vaksin untuk lemahkan ummat islam, paranoid tak habis habis. Hampeh!
Takde ke
ubat homeopaty yang boleh sembuhkan korang dari terlalu paranoid dengan yahudi?
Entah entah,
Yahudi dah berjaya manipulasi otak korang dengan sebar berita palsu dalam
internet mengenai keburukkan vaksin supaya orang islam bodoh macam korang
menolak sains lalu menjadi lemah dan mudah ditimpa panyakit dan mudahlah mereka
serang negara islam dengan menggunakan virus terkuat yang bernama:War of Z
a.k.a WalkingDead a.k.a Zombie-Woha!
Aku pun
boleh karang konspirasi apa, kekekeke..
Dipetik
dari http://keretamayat.blogspot.com
Saya
search dan jumpa blog ini. Anda boleh baca untuk mendapat pandangan doktor
doktor berkaitan isu ini. viniyamey.blogspot.com/2013/06/isu-vaksin-bayi-tak-halal-anda-bagaimana.html.
Dalam blog yang sama juga, ada entry pasal penerangan dari pihak JAKIM.
Kalau
yang rajin buka Blog Dr Zubaidi, pun ada diterangkan dengan jelas tentang isu
vaksin ini. Bacalah, semoga kita lebih jelas tentang perkara ini. Teringat
seoang ibu yang mengatakan’vaksin adalah pilihan, bukan paksaan’….
Selamat
memilih.
No comments:
Post a Comment