Total Pageviews

Monday, February 3, 2014

PCOS?PELUANG UNTUK HAMIL MASIH CERAH!

PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome) merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita. PCOS ialah masalah reproduksi yang terjadi disebabkan oleh ketidakstabilan hormon yang mengakibatkan pesakit mengalami kitaran haid yang tidak menentu. 

Para wanita yang mengalami PCOS mungkin ada yang merasakan mereka tidak mampu untuk hamil. Sebenarnya, penghidap PCOS masih mempunyai jalan dan harapan untuk hamil! mereka mungkin sukar untuk hamil, tapi dengan usaha yang betul, harapan untuk hamil masih cerah. PCOS disebabkan oleh masalah ketidakstabilan hormon, oleh itu pengambilan GLA Complex dapat membantu menstabilkan hormon.

Usah berputus asa, anda masih berpeluang untuk mendapat zuriat!

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

TANDA PENGHIDAP PCOS :

Jika kitaran haid anda tak menentu atau darah haid keluar lebih daripada 2 minggu, jangan  lagi berlengah. Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada anda mengidap PCOS atau tidak. 

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjangan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

TANDA MASALAH PCOS : 
  1. kedatangan haid tidak teratur dan kadangkala ketiadaan haid serta haid yang panjang. 
  2. bulu roma berlebihan tumbuh di badan.
  3. jerawat yang teruk dan kronik.
  4. obesiti (berat berlebihan).
  5. keguguran berulang. 
  6. kulit menjadi lebih gelap.
Sindrom ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes melitus, peningkatan aras kolesterol darah dan juga hipertensi.

Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau dikenal juga sebagai penyakit kardiovaskular.

METABOLISME RENDAH

Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti), terutamanya di kawasan pinggul. Sebenarnya, PCOS merupakan keadaan yang akan dihadapi sepanjang hidup melibatkan semua peringkat umur, bukan sahaja dalam tempoh masa kesuburan.

RISIKO KETIDAKSUBURAN

Lebih kurang 80 peratus daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau dikenal juga sebagai mandul(infertiliti).

KENALPASTI PENGHIDAP PCOS

Bagaimana cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau tidak? Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
  • Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
  • Ujian ultrasound
RAWATAN UNTUK PCOS

Setakat ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang hayat. Namun begitu, disebabkan PCOS adalah masalah ketidakseimbangan hormon, pengambilan GLA adalah disarankan. Selain dapat membetulkan kitaran haid, peluang untuk hamil juga lebih cerah. Oh, jangan lupa doa dan tawakal itu juga penting. Insyaallah dipermudahkan jalan dan usaha kita.

credit nazirah abdullah

No comments:

Post a Comment