Total Pageviews

Monday, May 12, 2014

CEGAH SUNBURN DALAM SATU MALAM

Bila menulis entry ini, saya teringat pada seorang teman...masa sekolah dulu, muka kena sunburn teruk hingga bila buka tudung, boleh nampak beza gelap area muka dgn tepi telinga ke leher yg x terdedah matahari. Tu cerita zaman sekolah.Lepas masuk u, dah pandai bergaya sket..dah tau cream uv apa nak kena pakai, gipun dah jarang berjemur, kelas pun dalam air cond ja..muka dah jadi putih berseri balik.

 Lepas habis belajar, ditakdirkan jadi guru, pulak tu dalam jadual terpaksa ganti cikgu pj,dengan latihan sukan, hari sukan..bawak budak kuar g pertandingan..bila dah kerap sangat, muka pun dah nampak balik yang berbelang belang tu. Ada ketikanya, kulit wajah betul betul 'terbakar'. Saya tidak tahu kenapa jadi begitu teruk..mungkin sedikit sebanyak disebabkan krim muka yang tidak sesuai. Nak buat aktiviti luar pun jadi tak da mood. Selalunya ambil masa berminggu-minggu untuk kulitnya kembali pulih.

Kebanyakan orang pun akan mengalami masalah yang sama. Kerja luar especially tengah tengah panas, outdoor aktiviti memang senang nak kena panahan asmara matahari ni..Ada yang kata dah pakai sunblock, tapi still nampak lagi kesan terbakar tu.






Agak agak korang sanggup tak pakai topeng macam ni nak elak UV?



Macamana nak pilih surnblock yang sesuai? Ada yang kata lagi tinggi SPF, lagi baik kadarnya. Sunblock ni bukan takat nak elak muka dari gelap ja. Tapi sinar UV yang berlebihan memang boleh memberi kesan pada kesihatan. Pendedahan secara berlebihan boleh menyebabkan penuaab pra matang-kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok tompok . Yang paling berbahaya, boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

So, kalau yang terpaksa jugak duk bawah sinaran matahari ni, apa langkah yang boleh diambil untuk mengelak sinaran UV yang berlebihan?






Berpayung di bawah matahari terik dapat membantu mengelakkan sedikit sebanyak sinaran UV. tapi masih perlu pakai sunblock ye!



Pada kebanyakan produk penjagaan kulit, pasti tertera SPF yang membawa maksud Sun Protection Factor. Angka yang tertera pada SPF menunjukkan berapa lama kita boleh berada di bawah cahaya matahari sebelum terbakar sinarnya. Contohnya, SPF 15, bila kita bertahan di bawah sinar matahari selama 15 minit, maka produk tersebut akan melindungi kulit selama 225 minit (15*15=225) atau 3 jam 45 minit. Bila kita tidak banyak melakukan akitiviti luar, sebaiknya pilih SPF yang rendah iaitu SPF 10.

Ada petua murah untuk hilangkan sunburn. Ini yang saya amalkan bila sunblock saya dah habis. Dah berminggu-minggu, dan saya tak ada masa nak pergi beli yang baru. (ceh ayat..budget cam orang penting sangat..hahaa). Mungkin sebab ada cara untuk kurangkan sunburn, maka saya pun tak terlalu risau untuk berjemur.

Stok Vitamin C, Vitamin E dan ESP memang sentiasa ada dalam simpanan saya. Ini memang vitamin favourite. Jadi setiap malam selain dari consume vitamin vitamin ni, saya luangkan masa untuk bermasker. Yang paling cepat, pastinya Vitamin C. Tempek nipis-nipis dan biarkan semalaman...bila bangun pagi..taraaa..saya dengan perasannya rasa kulit saya cerah dan kemerah merahan. 

Masker ESP lebih sejuk dan dingin. Saya paling suka bancuh ESP dengan air ais sebelum tempekkan pada wajah. Sangat membantu untuk kulit rasa lembab. Maklumlah , dah seharian saya biarkan kulit terdedah begitu. 

Untuk lengkapkan carta, pastinya Vitamin E pun kena ada. Menurut kajian ,pengambilan vitamin E dalam tempoh masa yang panjang  dapat membantu mengurangkan sunburn. Vitamin E dapat membantu mengurangkan radikal bebas dan mencegah dari penuaan.


dah senang hati kan..tak perlu risau pasal sunburn lagi..



saya buat rawatan muka setiap malam. Anda?





















No comments:

Post a Comment