Total Pageviews

Saturday, June 28, 2014

KENAPA JERAWAT SAYA TAK MAU HILANG NI ??

Ada yang tanya saya kenapa la masalah jerawat dia tak pernah selesai. Sentiasa tumbuh macam cendawan lepas hujan..ha..cenggitu la perumpamaan dia lebih kurang. Segala macam jenis krim, pencuci muka dia dah tonyoh. Tinggal tak makan ja lagi krim krim tu semua.
Ni yang kategori jerawat bernanah gitu. Paling sakit hati, tangan tu pulak jenis tak duk diam. Nak je duk belek belek , pegang pegang, urut urut, sekali..dush..pecah terus. Ada ke jerawat pecah bunyi gitu? Ekeke..sukati la..Tapi nak gitau nya gitulah. Bila dah pecah, dia jadi masalah lain pulak. Parut hitam pulak dah. Yang tadi pun tak setle lagi, tambah pulak satu lagi.

Alolo..jangan la tensen tensen. Lagi tensen lagi la best jerawat tu nak bermaustautin kat situ. Cheer lah..nanti saya bagi tips macamna nak hilangkan punca jerawat tu dulu. Maknanya korang cantas jerawat ni dari akar, bukan tebas dahan belah atas ja. Tak selesai masalah. Paham tak analogy ni? T__T

So sambil sambil duk menyelongkar almari Google tadi, saya jumpa artikle ni. Agak bagus dan senang nak paham. So sambil korang baca, pi amik cermin dan telek jerawat korang tu di koordinat mana. Kalau semua koordinat ada, maka banyaklah yang nak kena setelkan nanti.





Jerawat muncul pada muka area 1 dan 2:

Ini berkaitan dengan masalah sistem pencernaan dalam badan. Cara penyelesaian, korang disarankan kurangkan makan makanan segera, makanan yang berlemak dan tingkatkan pengambilan air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari iaitu bersamaan 3 liter air masak.

Jerawat muncul pada muka area 3:

Kalau jerawat kawasan 3 iaitu diantara celah kening. Ia dikaitkan dengan masalah hati. Bukan masalah bab hati dan perasaan tau! Hehe.. Untuk mengatasi masalah ini disarankan untuk korang kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. Kalau saya  memang suka sangat makan makan bergoreng. Nampak gayanya kena kurangkan la makan pasni. Hukhuk…

Jerawat muncul pada muka area 4, 5 dan 7:

Jika jerawat muncul pada kawasan 4, 5 dan 7, ianya dikatakan masalah kekurangan air dalam badan. So, korang dah tau masalahnya sebab kurang minum air. Jadi pasni jom sama-sama tambahkan pengambilan air suam. Alamak pasni kerap la masuk toilet nak terkucil. Hehe..

Jerawat muncul pada muka area 6:

Ianya dikaitkan dengan Jantung. Kita kena jaga tekanan darah supaya tak naik tinggi. Antara saranan untuk penyelesaiannya ialah dengan mengurangkan makan makanan pedas dan juga daging. Kemudian tingkatkan pemakanan yang kaya dengan Omega 3. Erk.. daging tue memang salah satu favourite saya tambah2 lagi makanan pedas baru terbuka selera nak makan.

Jerawat muncul pada muka area 8:

Jerawat yang muncul pada kawasan telinga ini dikaitkan dengan buah pinggang. Ini kerana mungkin kurangnya pengambilan air dan terlebih pengambilan garam dan kafein dalam badan. Sebaiknya ubah gaya hidup kita dengan lebihkan minum air masak dan kurangkan pegambilan garam dan kafein dalam masakan serta minuman seharian.

Jerawat muncul pada muka area 9 dan 10:

Ianya dikaitkan dengan masalah pernafasan. Untuk elakkan masalah pernafasan, sebaiknya elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta banyakkan bersenam.

Jerawat muncul pada muka area 11 dan 12:

Penyebab utama jerawat muncul pada kawasan bawah mulut ini ialah hormon dan stress. Pastikan tidur yang secukupnya, lebihkan minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran hijau dalam pemakanan.

Jerawat muncul pada muka area 13:
Kalau jerawat korang kerap muncul pada kawasan dagu, ianya dikaitkan dengan masalah usus. Untuk memperbaiki sistem usus dalam badan digalakkan lebihkan makanan berserat dan perbanyakkan minum teh herba.

Jerawat muncul pada muka area 14:

Jerawat yang muncul pada kawasan leher ialah disebabkan penyakit. Badan korang mungkin sedang melawan bakteria untuk menggelakkan ianya dari jatuh sakit. Sebaiknya perbanyakkan berehat dan berfikir positif supaya hidup ceria dan jauhi stress.
Perasan tak, kebanyakan berpunca dari cara pemakanan dan cara kita membuang. Sebab tu berkait dengan buah pinggang dan usus segala. Kadang kadang kita amik mudah sangat kalau tak membuang satu hari.Sedar tak sedar, toxin ni dah bertimbun dalam badan dan jadi punca segala macam penyakit.

So apa yang saya cadangkan untuk masalah jerawat yang tak pernah selesai ni?
Jeng jeng..set jerawat pasti surut, VITAMIN E, ESP DAN ALFALFA..


Kenapa Alfalfa?

Sebab alfalfa bertujuan untuk detox..untuk membuang segala timbunan timbunan toxin yang dalam badan. Satu sebab jerawat timbul adalah kerana toxin ni tak boleh kuar ikut saluran yang betul.Tu yang dia kuar ikut kulit. Lagi satu, sebelum makan apa apa supplement, sangat elok kalau kita detox dulu supaya senang badan kita nak menyerap semua nutrient


Vitamin E??

Vitamin E Shaklee memang dikenali sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Vitamin E Shaklee  ni membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal.Satu lagi kelebihan Vitamin E Shaklee ni  merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif.



Lagi satu, ESP.

Gabungan Vitamin E dan ESP ni memang terbaik. ESP dapat membetulkan hormon yang menjadi salah satu punca jerawat. Satu lagi, protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.
Kalau korang yang rajin mengamalkan masker ESP ni, korang akan notice bekas jerawat korang akan kering dengan cepat dan yang penting tak ada parut.


Dah tau punca dan cana nak setle kan?
Ha..meh..kalau nak tau lagi, jom wasap saya 016 6844834

No comments:

Post a Comment