Total Pageviews

Monday, February 24, 2014

MALAS NAK BERTUNGKU?

Malas nak bertungku?
--------------------------------------------------
Kebanyakan kita mesti dah familiar dengan amalan bertungku ni. Ni antara amalan wajib yang diamalkan sepanjang tempoh kita berpantang. Mak mak ni kalau boleh, biar 100 hari kita bertungku. Pagi dan petang. Tungku ni dibuat dari besi..ada yang besar macam botol mineral tu..berat ooo..kalau hempap kaki..uish..Tapi tak semestinya guna yang besi tu.Ada yang guna batu sungai atau anak lesung tu pun boleh. Janji panas boleh meresap. Tak kira la guna yang saiz macamana pun.

Ni la benda tungku tu. Agak agak, kalau jatuh atas kepala, bulat lagi tak kepala tu?

Masa berpantang dulu, ni la kerja mak setiap hari. Pagi pagi lagi dah bakar tungku tu atas dapur, biar panas. Api kena kecik so batu tak terbelah dan merekah. Panas tu akan meresap dan tahan lebih lama. Sambil sambil tunggu tungku tu panas,mak ke belakang rumah, amik daun mengkudu. Mulut jahat aku ni kadang kadang tegur..’masak batu mama? Dah boleh makan ke?’ Mak senyum ja..habis habis dia jawab ‘satgi sejuk boleh makan dah’..hahaa…
Tungku tu, mak biar atas api sampai dalam setengah jam lebih. Agak agak dah ‘masak’ ,mak ambik tungku tu dan balut dengan daun mengkudu tadi. Bila tanya mak, kenapa buat macam tu, mak kata kesan panas dari tungku tu akan  masuk ke dalam daun so dapat rawat bahagian badan masa proses bertungku. Kadang kadang mak akan guna daun lengkuas. Ada yang guna daun sireh. Kadang kadang kalau sempat, tiga tiga daun tu dia letak sekali. Kalau tak da daun hatta sehelai pun, aku paham sendiri la, maknanya mak tak sempat nak p ambik belakang rumah. Ada daun ni lebih best..wangi ja bau batu tungku tu. Lepas balut dengan daun, tungku tu mak balut dengan surat khabar pulak. So haba panas dia tahan lebih lama. Last sekali mak akan balut dengan kain batik. Gulung kemas sampai 2-3 kali. Tetapi selalunya bahagian hujung tu mak biar nipis sikit berbanding bahagian tengah. Lagi panas lagi baik kata mak.


Ni tungku yang belum balut. letak la segala jenis daun, jangan letak daun bayam sudah T____T

Renyah kan proses? Tapi mak tekun buat benda tu pagi dan petang, setiap hari tanpa skip selama 45 hari. Aku tak penah ada chance nak buat pun. Alangkan angkat pinggan lepas makan pun dia bising. Jangan angkat berat berat. Nanti ’jatuh’. Hadoih..masa tu aku mengeluh, takkan la angkat pinggan sebiji lepas makan pun peranakan boleh jatuh. So kalau dah pinggan pun tak boleh angkat, apatah lagi nak angkat tungku panas yang atas dapur tu. Mak memang gigih, tapi aku jarang nak hargai kegigihan dia masa tu. (Tetiba aku rasa bersalah..erk!)

Proses nak sediakan tungku tu lagi lama dari proses aku bertungku. Hehee..Kadang kadang, baru nak start bertungku, anak dah bunyi bunyi..so terpaksa letak tungku tu kat tepi. Mak masuk bilik, paksa jugak bertungku walau apa cara sekali pun. ‘rugi biar tungku tu sejuk gitu ja..’ Dia angkat tungku, dan letak bawah tapak kaki. Kalau tengah menyusu sambil baring, mak ambik tungku tu dan letak kat belakang.  Buat sampai sejuk. Dia pesan lagi. Tapi aku selalu culas, sebab masa tu tak tahu dan tak amik pusing pasal pentingnya bertungku ni. Aku tak paham kenapa dengan tonyoh tonyoh besi panas tu kat perut boleh buat orang jadi lebih sihat.

Nak bertungku ni ada cara. Letak atas ari ari dan tolak sikit ke bahagian atas. Tapi jangan letak tengah perut. Mak selalu marah sebab aku selalu main sondol ja tungku tu ikut selera aku sendiri. Letak kat breast, so susu boleh mengalir laju je, then ulu hati, tujuan dia untuk pecahkan angin dekat perut, pastu ketiak, bahagian belikat kiri dan kanan. Buat di bahagian tengkuk, letak macam bantal, so darah dekat bahagian kepala dan leher boleh betul balik.

Kemudian buat di pinggang, betis, paha, punggung. Bila buat kat part part sini, anggap la korang macam tengah bakar lemak lemak yang tengah menimbun tu. So rasa semangat la sikit nak buat T____T.

Salah satu kaedah bertungku, tu bukan aku tau..pinjam gambar dari mr google

Bila tanya, mak kata, elok tok buang darah kotor lepas bersalin. Aku angguk ja. Sekarang ni baru la ada kesedaran untuk google google balik apa pentingnya bertungku ni. Orang dulu tak perlu nak google google, baru nak percaya. Mereka percaya dengan pengalaman, mereka belajar dari pemerhatian. Rupa rupanya, bertungku ni penting sebab  dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Kalau kena caranya, bertungku dapat bantu untuk kecutkan semula rahim.
Selain tu, luka kat peranakan akan lebih cepat sembuh kalau bertungku. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif sebab  bila tengah bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas serta membantu agar 
darah kotor tak tertinggal kat dalam rahim.

Darah kotor yang tak keluar dengan sempurna dan teratur akan menjadi darah beracun. Darah beracun ni akan menguasai urat saraf dan ganggu keseimbangan hormon wanita. Kalau tak dirawat, benda ni boleh jadi penyakit seumur hidup.. Darah kotor ni yang jadi punca sakit kepala , kemurungan, dan last last bawak kepada angin meroyan. Erkk..nasib baik jugak aku paksa diri untuk bertungku,. Agak agak kalau meroyan aritu..hoih..nauzubillah.



Tungku elektrik


 Tungku herba

 Sekarang ni dah lebih mudah..ada tungku yang dah siap siap ada herba dalam tu, so tinggal panaskan ja. Proses berpantang dah jadi lebih cepat dan mudah. Yang nak mandi pun, dah ada mandian herba (nanti aku update bab mandi manda ni pulak T___T). Tapi, mungkin tak boleh lawan tungku yang disediakan oleh mak, dengan susah payah, dan penuh kasih sayang. Cuma anak dia ja tak sedor!hehee..

No comments:

Post a Comment