Total Pageviews

Thursday, June 12, 2014

PUNCA PIGMENTASI DAN RAWATAN TERBAIK YANG SELAMAT


Apa perbezaan antara jeragat dan pigmentasi


Masalah jeragat dan pigmentasi adalah berbeza. Jeragat atau dikenali sebagai freckles adalah disebabakan faktor keturunan yang dialami sejak kecil atau remaja. Ianya adalah bintik-bintik halus berwarna coklat dan keperangan-perangan. Jadi, saudari perlu peka pada faktor persekitaran, jangan terlau terdedah pada cahaya matahari atau haba kerana akan bertambah gelap serta dikhuatiri akan menjadi melasma (pigmentasi bertompok).




Berlainan dengan pigmentasi iaitu kelihatan bertompok atau melasma berpunca dari kerosakan kulit akibat dari penggunaan produk yang mengandungi bahan pemutih dan pengelupasan. Faktor lain seperti kehamilan, pemakanan, pengambilan pil perancang serta ketidak seimbangan hormon.sekiranya ianya telah dialami sejak kecil atau remaja lagi, bermakna tompok-tompok gelap yang ada dipanggil jeragat. Tetapi, sekiranya tompok-tompok gelap berkenaan dialami apabila umur makin meningkat, ianya dipanggil pigmentasi.
.Semua wanita dambakan kulit wajah yang bersih, bebas dari jerawat mahupun flek hitam. Namun salah satu masalah yang paling sering terjadi pada sebagian besar wanita Asia, terutama yang berusia di atas 30 tahun, adalah timbulnya flek hitam atau melasma (pigmentasi) di wajah.

Pigmentasi kulit atau melasma, boleh terjadi di beberapa bahagian tubuh, terutama di kawasan muka wajah akibat sinaran UV yang tidak bertapis.

Faktor penyebab terjadinya jeragat dan pigmentasi
Jeragat biasanya diwarisi dari keturunan manakala, pigmentasi pula terbentuk bukan kerana keturunan, tetapi disebabkan beberapa faktor Pemakaian kosmetik yang kemungkinan besar mengandung merkuri, hidrokuinon dan asam salisilat juga dapat membuatkan pigmentasi pada kulit wajah. Kerana apabila digunakan terus menerus, ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan sangat sensitif terhadap pancaran matahari.
Apabila kulit menjadi nipis dan semakin berumur (tua) ia tidak mampu lagi menghasilkan pigment kulit yang baru, oleh itu pigment kulit lama yang telah mati dan tidak dapat diperbaharui akan kelihatan hitam dan bertompok-tombok pada kulit wajah. Semakin lama pigment kulit yang mati akan menjadi banyak. Itu sebabnya kenapa pigmentasi pasa asalnya hanya sedikit sahaja di permukaan wajah akan merebak dan menjadi besar jika tidak membuat apa-apa tindakan untuk mencegahnya.

Sebab-sebab terjadinya melasma (Jeragat):-
1). Terdedah Kepada cahaya matahari terik. 
2). Penggunaan Hormone. Contohnya Pil perancang.
3). Penggunaan kosmetik / Rawatan kulit tidak sesuai.
4). Keturunan.

Kesan:

Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.

Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi Peringkat Pemulihan
20 tahun dan ke bawah 10% Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari.

Bermula dari 28 tahun 20% Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh
dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan.

Bermula dari 38 tahun 50% Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas.

Bermula dari 48 tahun 70% Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak.

48 tahun dan ke atas 100% Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka.

Jenis –jenis rawatan:

1) Penglupasan Kimia
Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma.
Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

2) Laser
Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).




3) Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

4)Krim dan Sunblock

Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.

5) Rawatan tradisional

-Parut sebiji timun sehingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Apabila selesai, sapulam ke seluruh muka dan biarkan hingga kering. Amalkan setiap pagi. Hasilnya kulit akan nampak bersih dan lembut.

- Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Cuci muka dengan air dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.

-Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Gorengkan tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.




RAWAT DENGAN SUPPLEMENT!

Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.





Untuk memperoleh kesan yang terbaik, pengambilan supplemen yang KONSISTEN selama 90-120hari adalah sangat penting, untuk memastikan sel yang lama , mati dan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat dan bermaya;

Saya juga mempunyai masalah yang sama sejak kecil. jeragat akan bertambah jelas bila berjemur di bwah matahari. sekarang solution saya adalah lebih kepada supplement sebab kebanyakan skin care akan menyebabkan wajah menjadi putih tetapi tidak menghilangkan jerawat.
Solution saya, vitamin e, vitamin c, esp yang saya makan dan amalkan sebagai masker setiap malam.
Alhamdulillah, jeragat saya semakin pudar, Ia mungkin sukar dihilangkan, tapi dengan mencegah dari semakin gelap juga adalah solusi terbaik untuk saya.
Nanti saya akan kongsikan kisah kisah mereka yang berjaya menghilangkan masalah jeragat dengan supplement ni.


Jumpa lagi T___T




No comments:

Post a Comment