Total Pageviews

Tuesday, March 25, 2014

HAH..KENA JAHIT BALIK ??

Kalau bab bab lepas bersalin ni, apa yang ibu ibu paling kena jaga sekali adalah kat jahitan tu. Tak kiralah samada bersalin normal apatah lagi ceaser. Bahagian yang berjahit mungkin tak bercantum, bernanah atau membengkak. Yang paling susah hati sekali, bila doctor cakap kena jahit lagi sekali. Erk..tak sanggup kot. Masa kakak bersalin anak pertama dulu, lepas tiga minggu nurse datang check, dia bagitau luka tu terbukak dan perlu dijahit semula. Ngeri weii..walaupun saya belum bersalin lagi masa tu (eh..dah kawin ke belum masa tu aa? T___T) tapi dalam kepala dah set..masa pantang nanti tak mau buas buas sebab tak sanggup nak kena jahit!

Kebiasaannya nurse akan datang cek luka jahitan. Rata-rata luka jahitan episiotomi akan sembuh atau kering dalam masa 2 minggu.. Tapi ada wanita yang lepas 3 minggu bersalin pun belum menampakkan yang luka tu dah kering dan sembuh walaupun mengamalkan pantang pemakanan yang ketat.  

Apa itu episiotomi? Semasa bersalin ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurangkan risiko koyakan, doktor akan melakukan episiotomi dimana faraj akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Lepas bersalin, luka tersebut akan dijahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.

Fobia dijahit pada luka episiotomi selalunya akan berlarutan selama mana kita dalam pantang (saya la tu!) sampai kadang kadang dah 40 hari pun still jalan slow2..abang pun siap tegur ‘hang ni dah kenapa, jalan macam tu? Hahaa..waktu dalam toilet nak membuang adalah waktu paling bercinta sekali. Punya la lama..nak meneran lebih lebih takut luka terbukak..bayangkan la orang yang ada sembelit masa pantang? Lagi satu..nak bersin pun takut hokey!

Ada satu artikel yang ditulis oleh Doktor Hamid Arshad yang saya nak share kat cni.
“Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.
Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertama selepas dibedah.Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara.”
Apa yang korang boleh lakukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan?
Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan di sekitar luka menjadi ‘rasa kebas’ dan ini mengurangkan sakit serta mengurangkan bengkak.
1.       Rendamkan punggung ke dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran di sekitar luka.

2.      Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah keringkan. Untuk itu pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik.

3.      Jangan terlalu lama duduk atau terlalu lama berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama. Cuba sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan. (hohoo..patut la mak selalu marah kalau saya duduk tengok tv lama-lama)

4.      Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan air yang jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat yang luka. Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa. Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

5.      Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin rasa demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg setiap enam jam. Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika menyusukan anak.

6.      Luka episiotomy dijangka akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri. Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Credit dr Zubaidi




No comments:

Post a Comment