Total Pageviews

VITAMIN B COMPLEX



Hari ini saya saya nak bercerita tentang vitamin B complex. Seperti kita sedia maklum, kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B complex.  Bukan orang mengandung je yang perlukan B complex ye...

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin



Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Tanda - tanda Kekurangan B Complex

  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi


KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?





BEZA ASID FOLIK & B COMPLEX 
SHAKLEE

b-complex dan folik asid




Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

·                         Keluarga yang pernah mengalami NTD
·                         Pernah hamil anak yang mengalami NTD
·                         Mengambil ubat sawan
·                         Kencing manis
·                      Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil       asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk    mengurangkan risiko tersebut.


Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan sarafdan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.

      1)         Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek          pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
      2)        vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
      3)        vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan         untuk pembahagian sel. 

Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin

Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu
B1 - Thiamin,
 B2 - Riboflavin
B3 - Niacin.

Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.





No comments:

Post a Comment