Total Pageviews

Tuesday, March 25, 2014

BESTNYA URUT LEPAS BERSALIN!!


Wah..blog dah bersawang.Lama betul tak update. Okey..rasa macam nak cerita pasal urut mengurut masa dalam pantang ni. Terbaik ooo....Dapat pulak yang mengurut best..sampai tertido..hehhe..

Selalu mak mak ni akan pesan suruh mengurut bila dah balik dari hospital tu. Paling kurang buat 3 hari berturut turut, waktu awal pagi. Tapi rasanya time berpantang dulu, lebih dari  3 kali kot. Ehee..time ni la nak amik kesempatan mengurut banyak kali. Lepas mengurut 3 hari kat rumah sendiri, balik kampung mengurut lagi. Konon konon sebab urat dah habis terbelit belit duduk lama sangat dalam keta. Hujung 40 hari berpantang,mak suruh mengurut lagi, nak betulkan urat. Banyak betul urat yang tak betul lepas bersalin ni!

Acik mengurut yang paling best ada sorang acik Jawa ni,duk dekat area umah. Memang terbaik lah. Pulas sana, pulas sini, nasib naik tak terkehel kepala. Cuak jugak. Tapi sampai tertidur dia urut. Ni acik pertama yang saya mintak ngurut, untuk anak yang sulung. Bila nak booking untuk anak yang second, dia kata tak buat dah, sebab tak larat, dah tua. Alaa..baru nak promote acik ni kat kengkawan yang lain. Ada sorang lagi, acik ni ala ala tukang urut selebriti. Dia cakap penah ngurut artis artis ni, tapi bayar dia kata ikut ikhlas hati. Yang ni tip top gak service dia, sekali ngan anak dia urut dan tolong mandi, bedakkan dan bedung comel comel sampai tak boleh nak gerak. Nak harapkan saya bedung kemas kemas macm tu, memang tak lah, baru mengeliat dua tiga kali, dah terburai bedung tu. T____T

Orang kata berurut ni pun bagus tuk melancarkan susu. So masa zaman jahiliyah tentang penyusuan ni, tak tau berapa kali saya p mengurut sebab nak banyakkan susu. Rasa nak mengangis pun ada mengenangkan betapa ceteknya ilmu ilmu menyusu ni dulu. Masa acik tu mengurut, bukan main best lagi tengok susu memancut mancut. Balik umah,bila pump, tengok susu skit ja, jadi down..padahal mengepam sekali tu ja. Pastu pergi urut lagi sekali dengan harapan susu akan jadi banyak..oh...sedih sungguh!Sampai bila bila pun susu tu takkan jadi banyak tanpa konsep demand-supply. Urutan memang membantu melancarkan susu, tapi bukan bermakna, bila lepas urut, susu akan meriah walaupun baby tak minum dan mmmy tak pump!

Apa sebab mengurut ni penting untuk ibu bersalin ni?Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:

·         melancarkan perjalanan darah;
·         mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung;
·         menaikkan semula rahim;
·         membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
·         memecahkan lemak;
·         menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
·         mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.

Ha..banyak kan sebab kenapa mummy perlu mengurut? Memang lepas mengurut, badan jadi ringan. Rasa macam kalau nak wachaa orang pun macam boleh ja..haha..Yang paling penting, berurut dapat membantu untuk menaikkan semula rahim ibu. Acik acik yang mengurut tu selalu pesan..part ni jangan buat sendiri..panggil orang yang terer..sebab kalau salah buat..rahim bukan makin naik, makin teruk lagi adalah. Erk!

Kat mana nak cari tukang urut terbaik? Paling senang tanya orang yang dah ada pengalaman..dah tau tukang urut yang mana best. Tapi nak google pun boleh..sekarang ni tukang urut pun dah maju, online booking! Cari ja..pasti ada.Ada sesetengah produk lepas bersalin yang menawarkan khidmat mengurut di rumah.

Tima kasih kepada semua tukang urut !


No comments:

Post a Comment