Total Pageviews

OMEGA GUARD

 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


SUMBER OMEGA 3


Perbezaan Shaklee:
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB  (polychlorinated biphenyl -merupakan bahan kimia industri  yang sangat toksik).


 Kenapa ikan laut air dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sendawa bau hanyir ikan?
Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.
Siapa yang patut mengambil minyak ikan? Minyak ikan melincirkan salur darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.
Cadangan:                                
Untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau sesudah makan)
Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali




24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee


1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




KOMBINASI OMEGA GUARD UNTUK 
SEMUA!

                                                                              


Omega Guard bersama IBU HAMIL - Membantu perkembangan dan pembentukan otak bayi dan mengurangkan risiko melahirkan bayi pra-matang.

(Omega + Bcomplex, Vitalea ( Asid folic) + Ostematrik (Kalsium)



2. Omega Guard bersama DIET - Omega 3 membantu meningkatkan metabolisme badan dan seterusnya membantu membakar lemak dengan kadar yang lebih cepat.
(Omega + Cinch + Herblax)



3. Omega Guard bersama KANAK-KANAK - Lebih cepat pandai membaca & mengeja.
(Omega + Mealshake + Chew Vit C)


4. Omega Guard bersama PELAJAR - DHA mampu membuatkan pelajar lebih fokus dalam pelajaran.

(Omega + Bcomplex)



5. Omega Guard bersama PENJAGAAN SENDI - Mengurangkan sakit sendi.
(Omega + Ostematrik + Advance Joint Health Tablet)




6. Omega Guard bersama LELAKI/WANITA - Kajian telah menunjukkan bahawa omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
(Omega + Vitamin E + Vitamin C)



7. Omega Guard bersama PESAKIT GOUT - mengelakkan inflamation atau rasa kepanasan pada sendi-sendi pesakit.
(Omega + Perfomance Drink + Alfalfa)



8. Omega Guard bersama PESAKIT JANTUNG -  klinikal menunjukkan bahawa EPA dan DHA (asid eicosapentaenoic dan asid docosahexaenoic, 2 omega-3 asid lemak yang ditemui dalam minyak ikan) membantu mengurangkan faktor risiko untuk penyakit jantung, termasuk kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.
(Omega + Vivix)




Kombinasi pilihan manakah menjadi idaman anda??? Jom grab sekarang...



Omega 3 Bagus Untuk Minda, Jantung Dan Kesihatan Kita.

Khasiat Omega-3 kepada Kesihatan





Pada tahun 1970an, para saintis mendapati orang Eskimo di Greenland adalah antara manusia yang paling sihat di dunia. Walaupun diet mereka mengandungi kandungan lemak yang tinggi yang diperolehi daripada ikan paus, salmon dan seal, tetapi mereka jarang mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, arthritis, kencing manis dan sebagainya. Para saintis membuat kesimpulan bahawa Omega-3 lah yang menjadi punca utama kepada kesihatan orang Eskimo ini.

Kajian membuktikan bahawa Omega-3 mempunya banyak khasiat kepada kesihatan, dari fungsi otak sehinggalah kesihatan jantung.

FUNGI OTAK



Mengapa Omega-3 dikatakan 'Brain-booster'?

Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.



Bagaimana Omega-3 Membantu Fungsi Otak?
Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej dari otak ke bahagian tubuh lain). Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak 'baik' ini. Bagi memastikan neuron-neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul-molekul penting menembusinya. Faktor-faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul-molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah ketidakseimbangan emosi, kesukaran untuk belajar, daya ingatan menjadi tumpul, dan pelbagai kemerunduman fungsi otak.

Dengan menambah Omega-3 dalam diet harian, kita dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.

Selain itu, khasiat Omega-3 juga adalah mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.


KESIHATAN JANTUNG



Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 mempunyai kesan positif 
terhadap kesihatan jantung. Pengambilan EPA dan DHA asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Omega-3 menggalak sistem kardiovaskular yang sihat, termasuk arteri yang sihat. Ia juga membantu sel darah merah mengekalkan keanjalannya, seterusnya dapat mengalir dengan lebih lancar.

KEBAIKAN LAIN OMEGA-3

Omega-3 membantu memperbaiki:
·                     Sendi dan pergerakan
·                     Kesihatan kulit
·                     Sistem imun
·                     Penglihatan
·                     Pernafasan
·                     Tingkahlaku positif di kalangan kanak-kanak
·                     Fungsi sistem saraf
·                     Spatial function dan spatial memory
·                     Komunikasi Selular
·                     Pengurusan berat badan

credit mamaqaireen


Khasiat asid lemak Omega-3 ini boleh diperolehi daripada OmegaGuard Shaklee juga. 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 







No comments:

Post a Comment