Total Pageviews

Tuesday, January 21, 2014

KENALI EKZEMA DAN KETAHUI PUNCANYA

Ekzema ( dalam bahasa Inggeris “eczema” atau “atopic dermatitis” ) ialah sejenis masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan ruam merah terjadi. Selalunya ianya dikaitkan juga dengan asthma dan resdung dan lebih banyak ditemui di kalangan kanak- kanak di bandar berbanding dengan di kawasan pedalaman. Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.


Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut,. Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkan ekzema. 

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.


 Jenis-jenis ekzema
Acute eczema 
·                     'Erythoma', kulit bergejolak, gatal dan keradangan.
·                     'Papules' pembentukan tompok-tompok merah
Eczema kronik
·                     Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
·                     Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

Apakah penyebab ekzema?
·                     Keturunan - ahli keluarga lain mempunyai eczema, asthma dan alergi rhinitis.
·                     Perubahan emosi - tekanan dan stress terlampau
·                     Faktor pemakanan - makanan laut, telur, pengawet dan pewarna makanan, alkohol
·                     Bahan iritasi - asap rokok, bahan kimia, cuaca terlampau panas dan sejuk
·                     Alahan - alahan kepada sabun, syampu, serbuk pencuci, kosmetik, bahan kimia (contoh nikel dalam barang kemas), kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama,habuk rumah (house dust mites)


Antara langkah praktikal yang boleh kita ambil untuk mengurangkan ekzema ini daripada merebak dan menjadi teruk ialah seperti berikut:
1. Potong kuku anak agar sentiasa pendek. Sekirannya kuku panjang dan tajam , apabila anak menggaru, kulit akan mudah luka dan dijangkiti kuman.
2. Mandikan dengan air biasa selama 5-10 minit sahaja. Jangan mandi menggunakan air panas, kerana air panas boleh menambah kegatalan kulit. Walaupun ramai yang mempercayai bahawa air panas boleh membunuh kuman, namun dalam kes ini, air panas akan menambah kegatalan dan memburukkan lagi keadaan ekzema.
3. Hadkan sabun pada kawasan sulit, ketiak, tangan dan kaki sahaja. Sabun secara amnya boleh mengeringkan kulit dan mengandungi banyak bahan seperti pewangi, pewarna dan sebagainya. Perkara ini boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk.
4. Gunakan aqueous cream sebagai sabun. Aqueos cream ialah sejenis krim pelembap yang tidak mempunyai bahan tambahan, oleh itu sangat baik digunakan semasa mandi.
5. Selepas mandi, jangan lap sehingga betul- betul kering, semasa keadaan kulit agak lembap sedikit, sapukan emolien/ pelembap untuk mengekalkan lembapan pada kulit.
6. Ulangi sapuan emolien/ pelembap sekerap 2-3 jam sekali. Penggunaan emolien yang kerap boleh mengurangkan penggunaan krim steroid.

7. Bawalah anak-anak mandi di kolam renang (jika berkemampuan) selama 15-20 minit, 2-3 kali seminggu.Menurut Prof. Hugo Van Bever, Ketua Jabatan Pediatric Allergy, Immunology & Rheumatology Department di Singapore’s National University Hospital, kajian menunjukkan air berklorin seperti di kolam renang boleh mengurangkan kadar jangkitan kuman terhadap ekzema di badan anak-anak. Beliau mencadangkan agar pelembap disapukan sebaik sahaja habis sesi berenang bagi mengekalkan lembapan kulit.

bagaimana shaklee boleh membantu mengatasi ekzema? klik
credit

No comments:

Post a Comment