Total Pageviews

Sunday, May 18, 2014

DAH MEMANG KETURUNAN KITA MACAM NI !

Kata seorang rakan baik,
'aku dulu tak menyusu anak first sebab mak aku dulu kata dari anak first sampai ketiga dia tak da susu. So bila benda sama jadi kat aku, aku ingat memang dah keturunan kitorang macam tu'

Dan seringkali jugak saya mendengar komen komen pelik dari orang sekeliling,
'Baby asyik bergayut ja, maknanya tak kenyang lah tu'
'Takkan nak bagi susu ibu ja, mana budak tu nak kenyang'
'Berat baby tak naik naik, campur la dengan susu botol . Kesian dia tak puas menyusu'

Dan yang lagi parah,
'nak pam susu buat apa? satg baby nak minum tak cukup..simpan la untuk dia'

Wah..agak agak berapa ramai yang biasa dengan situasi macam ni?

Salah satu benda penting semasa tempoh berpantang dan kadang kadang banyak menguji sabar ibu adalah waktu penyusuan,terutama buat ibu ibu yang 'first time' . Sekadar berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang tempoh penyusuan anak pertama dan anak kedua. 

Perjalanan penyusuan anak pertama saya akui adalah lebih perit berbanding anak kedua. Mungkin sebab kurang ilmu dan lebih mendengar cakap-cakap orang (sempat lagi nak salahkan orang lain, hahaa)..,saya lebih stress untuk mendapatkan stok bekalan susu untuk anak pertama. Belum keluar dari ward lagi baby dah diberi susu botol dengan alasan 'belum ada susu'.

Saya percaya ramai ibu ibu baru jugak macam tu. Konsepnya, tunggu susu ada dulu, baru bagi baby, so baru la baby menyusu. Adoii..kenapa la saya kurang membaca dulu. Saya selalu bayangkan tempoh berpantang tu sekadar duduk di rumah dan menjaga baby. Sebenarnya lebih dari tu. Ibu ibu yang kurang mempersiapkan diri akan lalui pengalaman yang lebih mencabar. Tu yang saya rasa sepanjang tempoh berpantang. 

Sebenarnya, konsep penyusuan ni banyak bergantung pada demand-supply. Lagi tinggi demand, lagi tinggi supply. Macamana susu nak banyak kalau baby tak pernah menyusu sekali pun dengan kita. Makan la segala mak nenek makanan penambah susu, semua tu takkan menjadi kalau ibu hanya menunggu susu banyak dulu baru nak diberi kepada baby.



Memang normal kalau susu perahan tidak banyak pada minggu pertama kelahiran. Ibu ibu boleh start mengepam seawal 4 hari selepas kelahiran. 6-8 kali sehari tau. 15 minit sekurang kurangnya setiap sesi. Kena buat power pumping lagi. Minum air kena cukup. Direct breastfeed memang wajib dah la. 

Bagi yang first time, mungkin akan rasa susah nak bagi baby menyusu. Ada yang sampai puting susu melecet. Sebab tu kena tahu posisi penyusuan yang betul .Bila salah kedudukan baby, sebab tu puting jadi melecet dan pengeluaran susu pun sedikit. 

Saya tak berpeluang untuk google-google masa anak pertama. Saya harus akui kesilapan terbesar saya masa tu adalah kurang ilmu, hatta ilmu dari internet mahupun dari buku buku. Pembacaan saya lebih banyak berkisar sepanjang tempoh kehamilan (itu pun kalau boleh dikira banyak!)dan proses penyusuan saya anggap sebagai satu proses semula jadi dan tak perlu dipelajari.

Maka sebagai balasannya, ini yang saya alami..
Makan semua jenis makanan yang boleh menambah susu, tapi dalam hati pikir..tak bertambah pun susu

Tanya semua orang makanan apa yang boleh menambah susu dan cuba tapi kemudiannnya putus asa sebab susu tak bertambah

Pergi mengurut hampir 5-6 kali dengan harapan susu akan bertambah . Urutan memang membantu, tapi kalau breast tu tak disua pada bayi, ofcos la tak da susu jugak,

Minum air bergelen gelen dengan harapan susu badan tu akan mencurah curah macam air yang kita minum tu..Itu pun saya curi-curi minum sebab takut orang tua bising, urat kembang, badan kembang...




Semua yang saya buat tu tidak la salah, tapi ada satu yang tak betul..saya tak menyusu baby dengan kerap!

Sebetulnya, ilmu penyusuan adalah wajib untuk dikorek dan digali oleh ibu ibu. Bukan setakat yang first time bakal jadi ibu, malah yang banyak time pun kena sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu. Kita tidak boleh mengharapkan sokongan yang positif dari orang sekeliling kalau kita sendiri tidak bersedia dengan ilmu dan ada impian untuk menyusukan bayi secara lengkap selama 2 tahun.


No comments:

Post a Comment