Total Pageviews

Friday, December 6, 2013

KENAPA ANAK SELALU SAKIT DEMAM, BATUK DAN SELSEMA?



Punca Anak Kerap Sakit

Anak-anak kerap sakit mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya ialah, Masalah Sistem Imun, Sindrom Pusat Jagaan dan juga Jangkitan Yang Kerap.

1. Sindrom Pusat Jagaan - Sebagai ibu bapa, memang saya dan suami sendiri kadang-kadang tu rasa kecewa dan buntu bila anak asyik sakit. Yelah, risau kan. Tapi sebenarnya adalah perkara biasa kalau kanak-kanak selalu sakit demam, batuk dan selsema yang biasa. Secara purata, kanak-kanak akan mendapat 6-8 jangkitan saluran pernafasan dan 2 atau 3 jangkitan gastrointestinal setiap tahun. Kanak-kanak yang bersekolah ataupun yang ditinggalkan di pusat jagaan mungkin akan terkena jangkitan dengan lebih kerap lagi. Ini di panggil Sindrom Pusat Jagaan. Semakin kanak-kanak membesar, sistem imunnya akan menjadi lebih kuat dan imuniti terhadap jangkitan biasa sudah terbina dalam badan. Jadi, kekerapan untuk jatuh sakit berkurangan.

2. Memasukkan Tangan Dan Objek Tidak Dibasuh Ke Dalam Mulut - Untuk memahami mengapa kanak-kanak selalu mendapat jangkitan dan seterusnya selalu sakit, kita perlu faham bagaimana jangkitan disebarkan. Kecuali pemindahan darah, kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan disebabkan mereka selalu menyentuh pelbagai objek di sekeliling mereka dan seterusnya tanpa membasuh, memasukkan pula tangan ataupun objek ke dalam mulut mereka. Malah, kanak-kanak yang masih kecil seperti bayi mungkin masih belum dapat membina sistem imun yang kuat untuk menentang jangkitan yang biasa berlaku ni.








!
 Cara Elakkan Jangkitan

1. Amalan Membasuh Tangan Dan Menjaga Kebersihan - Untuk mengelakkan jangkitan, kita perlulah mengajar anak-anak dan pengasuh pusat jagaan untuk mengamalkan membasuh tangan, terutamanya setelah menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum makan. Permainan dan objek yang selalu dipegang oleh anak-anak juga perlulah selalu dibasuh termasuklah semua permukaan seperti lantai. Tisu yang digunakan untuk mengelap juga perlulah terus dibuang ke dalam tong sampah.

2. Elakkan Mendekati Orang Sakit - Selain itu, antara tip yang mudah dibuat untuk mengelakkan jangkitan ialah, mengelakkan anak-anak daripada mendekati orang yang sedang sakit. Pastikan pusat jagaan anak mempunyai polisi yang ketat seperti tidak membenarkan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit berjangkit daripada datang ke sekolah. Ini kerana, kebanyakan penyakit mudah menjangkiti kanak-kanak lain 1 atau 2 hari sebelum kanak-kanak yang sakit tersebut mendapat simptom penyakit yang jelas. Jadi, apabila dia tetap datang ke sekolah atau pusat jagaan sebaik sahaj dia mula sakit, kemungkinan dia telah menjangkitkan penyakit kepada kanak-kanak lain yang mendekatinya.


Punca Jangkitan

1. Jangkitan Oleh Virus, Bakteria, Parasit Dan Sistem Imun Yang Lemah - Jangkitan adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit dan anak mudah mendapat jangkitan daripada salah satu ejen ini sekiranya anak masih belum imun dan mendekati orang yang sudah terkena jangkitan. Sesetengah jangkitan memerlukan hubungan terus untuk menyebabkannya dijangkiti contohnya impetigo, scabies, kutu, chickenpox, kurap, cold sores dan pinkeye. Amalan membasuh tangan yang kerap dan memastikan bahagian yang dijangkiti ditutup atau dilindungi dapat membantu mengelakkan penyebaran penyakit-penyakit tersebut.

2. Jangkitan Melalui Titisan Air Di Udara - Jangkitan melalui saluran pernafasan dapat disebarkan melalui titisan air seperti jangkitan daripada paru-paru, hidung dan mulut seseorang. Titisan air ini dapat menjangkiti secara langsung terhadap seseorang ataupun melekat pada sesuatu permukaan yang akan disentuh oleh orang lain. Sekiranya orang tersebut menyentuh mata dan mulutnya, seterusnya dia juga akan dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan oleh titisan respiratori termasuklah selsema, chichkenpox, pertussis, pneumonia, demam selsema dan lain-lain jangkitan viral. Amalan memakai topeng mulut dan hidung sangat bagus untuk mengelakkan jangkitan melalui udara ini.

3. Pencemaran Najis Pada Makanan - Jangkitan juga boleh disebarkan melalui pencemaran oleh najis ke atas makanan yang dimakan yang mana selalunya berlaku apabila seseorang tersentuh najis yang mempunyai penyakit dan makan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. Tangan boleh dicemari oleh najis setelah sesi menukar lampin anak. Partikel penyakit akan memasuki mulut dan menyebabkan jangkitan antaranya cirit-birit, cacing gelang dan hepatitis A.

4. Terdedah Kepada Darah Tercemar - Yang akhir sekali, jangkitan juga boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada darah yang telah dijangkiti dengan penyakit HIV, Hepatitis B atau C ataupun Cytomegalovirus


Cara Mengatasi Jangkitan


Vitamin Untuk Anak Tersayang!


1. Amalan Kebersihan - Tidak dinafikan amalan kebersihan adalah faktor utama yang sangat perlu dititiberatkan dalam kehidupan seharian. Amalan kebersihan seperti membasuh tangan, adalah perkara asas utama yang tidak boleh diambil remeh oleh setiap orang. Selain itu, mempunyai sisem daya tahan badan yang kuat untuk melawan penyakit juga adalah sangat penting dalam mencegah jangkitan penyakit ataupun mengelakkan terkena jangkitan dengan lebih teruk.

2. Pengambilan Vitamin Ataupun Makanan Tambahan - Sebagai ibubapa, antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan anak-anak tersayang adalah dengan memberikan makanan tambahan, supplement ataupun vitamin kepada anak-anak. Ini kerana pengambilan vitamin dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imun anak ke tahap yang lebih optimum. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin terbaik yang disyorkan untuk anak-anak antaranya ialah Meal Shakes Shaklee, Omega GuardShaklee, Chewable Vitamin C Shaklee, Nutriferon Shaklee, Vita-Lea for Children (Chewable) dan Lecithin. Setiap vitamin memberikan manfaat yang sangat baik untuk kesihatan anak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan setiap vitamin, jangan lupa baca di entry akan datang! ;)

3. Amalan Gaya Hidup Sihat - Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, memakan makanan seimbang berkhasiat, banyak minum air dan sebagainya juga dapat membantu menguatkan sistem imun anak dan mengurangkan risiko terkena jangkitan terhadap penyakit.


Anak yang sihat, akan lebih ceria dan bijak. Ibu juga gembira!

http://blossomwidad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment