Total Pageviews

Friday, December 6, 2013

CEGAH STROK/ANGIN AHMAR DENGAN OMEGA GUARD

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggikencing maniskolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

[Sumber]


OMEGA GUARD Bantu Masalah Stroke


'Stroke kecil' merupakan salah satu peringatan maut. Walaupun ia bersifat sementara, namun ia juga ibarat bom jangka dalam otak kita yang boleh meletup pada bila-bila masa saja. Istilah perubatan bagi "mini-stroke" atau "pre-stroke" ini ialah Transient Ischaemic Attack (TIA).

Antara tanda-tanda (simpton) TIA adalah seperti :
·                     masalah percakapan secara tiba-tiba seperti sukar nak memulakan percakapan, susah hendak menyusun ayat atau percakapan kurang jelas.
·                     lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan anggota badan.
·                     masalah penglihatan secara tiba-tiba
·                     tidak dapat mengimbangi badan seperti tiba-tiba terjatuh ketika sedang berjalan.
·                     sakit kepala yang kuat secara tiba-tiba malah ada yang menyangkakan mereka diserang migrain.
Kebiasaannya simptom-simptom ini berlaku ini tidak lama. Adakalanya hanya berlaku beberapa minit sahaja atau beberapa jam sahaja dan kemudian pesakit akan sembuh semula. Namun anda harus berwaspada kerana ini adalah petanda anda mungkin diserang TIA. Jika anda tidak mendapatkan pemeriksaan sewajarnya untuk mencari punca simpton tersebut ataupun tidak mengamalkan ubat-ubatan yang diberikan, berhati-hatilah! Stroke yang sebenar mungkin akan menyerang. Apabila stroke sebenar menyerang, ia akan merosakkan otak dan kecacatan itu akan menjadi kekal.

Antara produk Shaklee yang dicadangkan untuk mencegah stroke ialah Omega Guard.Kenapa Omega Guard


Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah, mengurangkan kolestrol dan dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah.Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.

credit 

No comments:

Post a Comment