Total Pageviews

Tuesday, December 3, 2013

BAGAIMANA IA BERMULA?

Saya tidak pernah memasang angan-angan untuk menjadi peniaga. Sesekali tengok orang meniaga, ada juga terdetik untuk turut sama terlibat, tetapi setakat itu sahajalah. Untuk apa saya mencari pendapatan tambahan?Saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang (kononnya..hehee). Saya memang mengimpikan pelbagai perkara, tapi saya sentiasa sematkan dalam hati, alah..saving jalah tiap tiap bulan, nak apa apa, beli lah. Tapi akhirnya, saya mula menyedari, lambatnya nak menggapai impian jika hanya berharap pada wang simpanan. Kalau selamat je kat dalam bank tu, tak pa jugak. Kadang kadang terembat juga..haahaa..

Bagaimana ia bermula?
Saya berkenalan dengan produk Shaklee ketika berpantang anak kedua. Masa tu telefon tak pakai internet lagi, jadi saya kurang terdedah dengan apa sahaja jenis produk dalam pantang. Pengetahuan tentang produk datang dari pembacaan majalah majalah yang saya beli sekali sekala. Bila berpantang kali kedua, saya kuatkan azam untuk menyusukan anak kedua. Jadi, saya surfe internet untuk cari produk yang sesuai untuk tambah susu. Walaupun tahu bil telefon akan melambung sebab tak ambil package internet, saya nak jugak cari. So blog pertama yang saya jumpa bila saya search produk, adalah blog mama ceri ni. Saya cepat cepat save nama dia n tutup internet. Masa tu tak ingat nak tengok nama dia, tapi yang saya ingat, nama blog mam ceri masa tu adalah ‘mama faiz’..so bila saya sms dia untuk tanya pasal produk, saya panggil dia as ‘Faezah’! Haha..lawak betul..yang si ceri ni pun layan je, tak da pulak cakap apa-apa.

Habis tempoh berpantang, saya dah tak ambil Shaklee sebab tak rasa satu keperluan lagi masa tu. Hingga beberapa bulan lepas stop Shaklee, saya terasa nak makan balik, sebab saya ada masalah kulit kering. Sambil sambil search pasal produk (masa ni boleh tengok pasal Shaklee hari hari sebab dah pakai internet..hehee), saya terjumpa iklan Shaklee dari seorang sahabat lama. So saya amik dari dia. Masa ni pun tak terpikir lagi nak jadi distributor.

Ditakdirkan Allah, saya dipindahkan ke ruang kerja lain atas alasan alasan yang relevan. Dalam bilik ni, ada 2 orang yang kaki bisnes,sorang jual tudung online dan sorang lagi jadi agen untuk loan. Seronok tengok 2 orang ni, macam masyuk tiap tiap bulan. Tapi still tak terfikir nak berniaga. Malah saya pernah katakan pada diorang ‘berniaga ni bukan jiwa aku la’..hahaa.amik kau! Betul la orang kata, jangan cakap sebarangan, nanti kena balik kat kita.

Suatu hari, Allah menggerakkan hati dan mulut saya untuk bertanya kepada salah seorang sahabat ni..’kenapa ko buat biz aa?’..laju dia jawab..’saja..seronok..minat..aku suka tudung, dan aku suka tengok orang pakai tudung cantik cantik..’ ‘Tak malu ke buat bisnes’? saya jolok lagi..Dia tengok saya sambil tersengih, kemudian menjawab ‘mula mula berniaga, rasa macam muka kena tempek dengan kulit tuutt…’..haha..ketawa besar saya dengar jawapan dia. Saya sambung sesi interview..’macamna nak tau kita nak berniaga apa?’..’ko suka apa?’Dia tanya balik…kemudian menyambung..’cari satu benda yang ko suka, ko jual benda tu..’..seorang lagi sahabat yang terlibat jadi egen loan tu tiba tiba menyampuk..’aku suka duit..sebab tu aku jadi egen loan..’hehee..

Saya balik rumah, dan pikir. Berhari hari saya pikir. Apa yang saya nak dalam hidup saya, sampai bila nak hidup dalam zon selesa. Saya bandingkan diri dengan sahabat sahabat lama, alangkah jauhnya saya ditinggalkan. So saya nekad, saya pun nak buat bisnes juga, Saya sms Nora, sahabat lama yang membawa saya ke dalam Shaklee, untuk join Shaklee. Dia suh pos dalam fb, buat blog..bla…bla..

Serius..saya bukan penggemar fb. Sangat amat jarang saya bukak fb, nak komen apatah lagi. Jadi untuk mula beriklan dalam fb terasa sangat mustahil..saya kuatkan hati, untuk update status yang menunjukkan saya pengedar Shaklee. Betullah..malunya ya Allah..macam ditempek tempek muka ni. Rasa tak sanggup nak tengok diorang komen..hahaa..padahal orang lain xda hal pun..saya ja lebih lebih..5 hari ja, rasa malu tu..lepas 5 hari..honestly dah tak pikir dah. Tapi nak boleh lepas 5 hari ni, macam azab ja.Hahaa..

Sekarang saya dah tak nak pikir dah..,macam saya cakap..letakkan impian di depan..berusaha untuk capai impian tu. Saya doakan , saya tak menoleh ke belakang lagi. Jom, kita sama sama menggapai impian.

Nak join Shaklee?
Sms/wasap 0166844834
FB Basyirah Ahmad


No comments:

Post a Comment