Penyakit
ekzema merupakan
sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang
yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan.
Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan,
gatal dan rasa pedih.
Bagi ekzema pada tahap
ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal,
manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan
pendarahan.
Menurut
pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20
peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
Ekzema atopik
diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang
menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.
Faktor
Berlakunya Penyakit Ekzema
Beberapa
faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah
seperti peningkatan suhu dan
kelembapan disebabkan perubahan cuaca.
Lain-lain faktor
termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan
tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi
kepada individu yang mudah menghidap ekzema.
“Trend ini juga
dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di
mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,”
menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden
Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation
of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)
“Melainkan
mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan
jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana
kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.
Menurut Dr. Chow
lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23
peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan
pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia
juga berlaku di Malaysia.
“Dengan mengenal
pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli
keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa
panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan
kesihatan.
Perunding dermatologi
Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar
merupakan penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang
boleh menghilangkan kelembapan kulit.
“Dengan
menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering
sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap
faktor-faktor penyebab ekzema.
“Yang terbaik
adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai
agen antikeradangan untuk melegakan kulit.
Apakah
petua untuk menjaga kulit ini?
Hadkan penggunaan
Sebaik-baiknya
elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas
mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung
menyebabkan iritasi kulit.
Pakai sarung tangan
Sarung tangan
plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan
yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.
Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau
sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang
mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang
diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.
Sewaktu mandi
Mandi dengan
hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau
tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam
tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit
boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama
15 hingga 20 minit.
Kemudian, gunakan
tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik
sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat
mengekalkan tahap kelembapan kulit.
Losen
Pelembap
menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi
pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai
untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan
mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan
kulit ekzema. Amalkannya setiap
hari.
Menggaru
Elakkan daripada
menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit
merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu
bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil
daripada menggaru.
Berpeluh
Kepanasan atau
berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan
aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara
berlebihan.
Tekanan
Belajarlah cara
untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan
sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.
Penjagaan khas
Bahagian yang
terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna
penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas
kulit anda sudah pulih sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment