Semua ibu bapa mahukan yang
terbaik untuk anak mereka. Siapa yang sanggup melihat anak mereka menjadi
manuasi yang tak berguna betul tak?? hari ni nak share info yang saya dapat dari blog mamaqaireen
20 Tips
Mendidik Anak Cemerlang..jom baca...
1. Mulakanlah
hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
bila anak kita dipanggil dengan
nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu
akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat
digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
ada kajian yang menunjukkan anak
yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta
dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia
yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang
berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
pandangan ini akan membuatkan anak
anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada
masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak
dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman,
hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi
dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…
5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan
mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih
banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita
selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih
tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita.
Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda
mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda
kerana cerita itu mungkin tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk
bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
ada masa2nya mereka akan gundah
gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia
dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak
rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin
masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
mereka akan menirunya. Jgn kita
sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah.
Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada
penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
sediakanlah hadiah harijadi yang
unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain.
12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali
ada sesetengah budak kena banyak
kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab
kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.
13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah
peganglah tangan anak-anak apabila
anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran
mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak
mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda
mereka juga dalam masa yang sama
akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
malam
biasakan ajar dia salam kita
sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi
bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang
sempurna
ini akan mengurangkan stress
menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia
menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka
merasa rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
anak-anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan
terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah
sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg
latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik.
Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk
“sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka,
dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula
terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
hargailah perasaan mereka supaya
mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar
anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di
dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga
Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap
belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa…. ampunkan
dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup
mahupun yang telah mati”
Tips dari Robert D. Ramsey
No comments:
Post a Comment