Saya tidak
pernah memasang angan-angan untuk menjadi peniaga. Sesekali tengok orang
meniaga, ada juga terdetik untuk turut sama terlibat, tetapi setakat itu
sahajalah. Untuk apa saya mencari pendapatan tambahan?Saya selesa dengan apa
yang saya ada sekarang (kononnya..hehee). Saya memang mengimpikan pelbagai
perkara, tapi saya sentiasa sematkan dalam hati, alah..saving jalah tiap tiap
bulan, nak apa apa, beli lah. Tapi akhirnya, saya mula menyedari, lambatnya nak
menggapai impian jika hanya berharap pada wang simpanan. Kalau selamat je kat
dalam bank tu, tak pa jugak. Kadang kadang terembat juga..haahaa..
Bagaimana ia
bermula?
Saya
berkenalan dengan produk Shaklee ketika berpantang anak kedua. Masa tu telefon
tak pakai internet lagi, jadi saya kurang terdedah dengan apa sahaja jenis
produk dalam pantang. Pengetahuan tentang produk datang dari pembacaan majalah
majalah yang saya beli sekali sekala. Bila berpantang kali kedua, saya kuatkan
azam untuk menyusukan anak kedua. Jadi, saya surfe internet untuk cari produk
yang sesuai untuk tambah susu. Walaupun tahu bil telefon akan melambung sebab
tak ambil package internet, saya nak jugak cari. So blog pertama yang saya
jumpa bila saya search produk, adalah blog mama ceri ni. Saya cepat cepat save
nama dia n tutup internet. Masa tu tak ingat nak tengok nama dia, tapi yang
saya ingat, nama blog mam ceri masa tu adalah ‘mama faiz’..so bila saya sms dia
untuk tanya pasal produk, saya panggil dia as ‘Faezah’! Haha..lawak betul..yang
si ceri ni pun layan je, tak da pulak cakap apa-apa.
Habis tempoh
berpantang, saya dah tak ambil Shaklee sebab tak rasa satu keperluan lagi masa
tu. Hingga beberapa bulan lepas stop Shaklee, saya terasa nak makan balik,
sebab saya ada masalah kulit kering. Sambil sambil search pasal produk (masa ni
boleh tengok pasal Shaklee hari hari sebab dah pakai internet..hehee), saya
terjumpa iklan Shaklee dari seorang sahabat lama. So saya amik dari dia. Masa
ni pun tak terpikir lagi nak jadi distributor.
Ditakdirkan
Allah, saya dipindahkan ke ruang kerja lain atas alasan alasan yang relevan.
Dalam bilik ni, ada 2 orang yang kaki bisnes,sorang jual tudung online dan
sorang lagi jadi agen untuk loan. Seronok tengok 2 orang ni, macam masyuk tiap
tiap bulan. Tapi still tak terfikir nak berniaga. Malah saya pernah katakan
pada diorang ‘berniaga ni bukan jiwa aku la’..hahaa.amik kau! Betul la orang
kata, jangan cakap sebarangan, nanti kena balik kat kita.
Suatu hari,
Allah menggerakkan hati dan mulut saya untuk bertanya kepada salah seorang
sahabat ni..’kenapa ko buat biz aa?’..laju dia jawab..’saja..seronok..minat..aku
suka tudung, dan aku suka tengok orang pakai tudung cantik cantik..’ ‘Tak malu
ke buat bisnes’? saya jolok lagi..Dia tengok saya sambil tersengih, kemudian
menjawab ‘mula mula berniaga, rasa macam muka kena tempek dengan kulit tuutt…’..haha..ketawa
besar saya dengar jawapan dia. Saya sambung sesi interview..’macamna nak tau
kita nak berniaga apa?’..’ko suka apa?’Dia tanya balik…kemudian menyambung..’cari
satu benda yang ko suka, ko jual benda tu..’..seorang lagi sahabat yang
terlibat jadi egen loan tu tiba tiba menyampuk..’aku suka duit..sebab tu aku
jadi egen loan..’hehee..
Saya balik
rumah, dan pikir. Berhari hari saya pikir. Apa yang saya nak dalam hidup saya,
sampai bila nak hidup dalam zon selesa. Saya bandingkan diri dengan sahabat
sahabat lama, alangkah jauhnya saya ditinggalkan. So saya nekad, saya pun nak
buat bisnes juga, Saya sms Nora, sahabat lama yang membawa saya ke dalam
Shaklee, untuk join Shaklee. Dia suh pos dalam fb, buat blog..bla…bla..
Serius..saya
bukan penggemar fb. Sangat amat jarang saya bukak fb, nak komen apatah lagi.
Jadi untuk mula beriklan dalam fb terasa sangat mustahil..saya kuatkan hati,
untuk update status yang menunjukkan saya pengedar Shaklee. Betullah..malunya
ya Allah..macam ditempek tempek muka ni. Rasa tak sanggup nak tengok diorang
komen..hahaa..padahal orang lain xda hal pun..saya ja lebih lebih..5 hari ja,
rasa malu tu..lepas 5 hari..honestly dah tak pikir dah. Tapi nak boleh lepas 5
hari ni, macam azab ja.Hahaa..
Sekarang
saya dah tak nak pikir dah..,macam saya cakap..letakkan impian di
depan..berusaha untuk capai impian tu. Saya doakan , saya tak menoleh ke
belakang lagi. Jom, kita sama sama menggapai impian.
Nak join
Shaklee?
Sms/wasap
0166844834
FB
Basyirah Ahmad
No comments:
Post a Comment