Saya akan kongsikan
6 tips bagaimana cara yang saya lakukan bagi memastikan matlamat saya tercapai.
Tip #1. Tulis Matlamat Di Atas Kertas
Saya sarankan anda
menulis matlamat di atas kertas kerana tulisan tangan sebenarnya lebih
memberikan kesan psikologi yang lebih tinggi kepada minda kita berbanding
perkataan daripada komputer.
Jika anda suka
kepada kepelbagaian warna, tulislah matlamat tersebut mengikut kreativi
masing-masing. Lebih cantik matlamat tersebut, lebih senang untuk anda
mengingatinya.
Tip #2. Letakkan Matlamat Di Tempat Mudah Di Lihat
Saya sentiasa
sediakan satu papan khas di dalam bilik dan akan menjadikan papan tersebut
sebagai papan Impian. Jika sehari saya tidak melihat dan membacanya, saya akan
terasa satu kehilangan yang besar lebih-lebih lagi sumber motivasi kepada
segala apa yang saya lakukan.
Anda boleh guna white board sebagai
salah satu pilihan alternatif.
Tip #3. Baca Dan Ulang Matlamat Tersebut Berulang
Kali
Saya akan pastikan
matlmat yang saya tetapkan dibaca tidak kurang daripada 3 kali sehari. Setiap
kali membacanya, saya akan menggambarkan di dalam minda separa sedar saya
bahawa matlamat tersebut sudah pun tercapai dan saya amat gembira mengecapinya.
Anda perlu lebih
kreatif setiap kali anda membaca matlamat tersebut.
Tip #4. Beritahu Orang Lain Matlamat Tersebut
Perkara paling sukar
dan ternyata memberi impak yang paling besar adalah untuk menyatakan matlamat
kita kepada orang lain.
Kadang-kadang saya
pun malu untuk nyatakan matlamat saya kepada orang lain apatah lagi di tempat
awam. Namun kini setelah menyedari akan keberkesanannya, saya dengan sengaja
memberitahu kepada orang lain apakah matlamat yang saya ingin capai.
Tip #5. Percaya 100% Matlamat Itu Akan Berjaya!
Perkara yang perlu
menjadi perhatian penting adalah anda perlu yakin dan percaya 100% bahawa
matlamat itu akan membuahkan hasil. Jika anda masih berdolak-dalih bahawa
matlamat tersebut seperti sesuatu yang mustahil, lebih baik anda berhati-hati
kerana sikap berdolak-dalih itu tadi akan melambatkan proses sebenar anda
mengecapi kejayaan.
Tip #6. Fast Action!
Ini adalah perkara
yang paling mustahak dalam perjalanan anda mencapai kejayaan. Jika matlamat
sudah tersergam indah namun anda masih lagi dibuai mimpi indah dan tidak
bertindak pantas untuk merealisasikan matlamat tersebut, lebih baik anda tidak
mempunyai matlamat langsung.
Anda wajib
bertanggungjawab penuh terhadap segala matlamat yang telah ditetapkan.
Fast Action Target Hit = FATH
No comments:
Post a Comment