Salam...
Ramai juga yang masih keliru
perbezaan di antara ubat dan vitamin. Tak kurang juga yang bertanya; perlu ke
kita makan vitamin kalau kita dah ambil makanan seimbang? Saya jawab YA kerana
badan kita tak boleh menghasilkan (sintesis) vitamin sendiri, kecuali vitamin D
(perlukan cahaya matahari). Tambahan pula dengan gaya hidup serba ringkas,
serba segera zaman sekarang ni lagilah memaksa kita mengambil vitamin atau
makanan tambahan.
Bila saya meminta feedback dari mereka yang pernah mencuba Shaklee, ada yang menjawab ‘tak da kesan pun, so saya stop amik’ atau ‘pernah try makan, tapi sakit kepala lah lepas makan..baik stop ja’. Kenapa? Sebab mereka beranggapan vitamin adalah ubat, so kesan perlu dilihat dengan cepat seawal beberapa minit atau jam. Jika tidak ada perubahan, maknanya tak berkesan. So kena stop makan. Sebenarnya, vitamin memang mengambil masa yang lama untuk bertindak kerana fungsinya adalah untuk merawat penyakit, berbanding ubat yang bertujuan untuk menutup kesakitan. Begitu juga bila makan vitamin, badan terasa lebih teruk dari sebelumnya, itu bukan bermakna vitamin tersebut tidak berkesan. Walhal, itu lebih baik kerana menunjukkan vitamin bertindak membuang segala toksin toksin yang dah lama bersarang dalam badan.
Saya sendiri, semasa anak mengadu selsema dan meminta ubat, saya bukak penutup Vitamin C Shaklee dan berikan pada anak. Dia pandang saya dengan muka blur dan cakap ‘mama, ni ubat sihat la.Akif kan sakit..bukan ubat ni la..’. Budak pun dah dibiasakan sedari awal, bila sakit makan ubat, bila dah sihat makan vitamin. Kalau yang kecil pun sudah dibiasakan dengan persepsi begitu, apatah lagi kita yang dah besar gabak ni. Hehee..Kali pertama cuba membiasakan diri dengan mengambil vitamin sebagai remedy, saya merasakan seolah olah tidak berbuat apa apa untuk mengubat sakit. Asyik duk terpikir..eh..napa la duk seksa diri tak mau makan ubat..kan tak sihat. Wal hal baru je lepas telan vitamin.
Ada pelbagai vitamin untuk pelbagai penyakit. Kalau selama ni sakit kepala makan pain killer, lepas ni jom tukar ambil Vitamin B pulak. Kalau selsema, ambil Vitamin C, Kalau setiap bulan senggugut, tukar ponstan dengan GLA. Jom tukar persepsi, jom tukar cara bertindak!
Nak lebih jelas?Jom tengok apa beza ubat dengan vitamin yang selalu kita dok confius tu.
Secara ringkas perbezaan di antara ubat dan vitamin
untuk anda renung-renungkan. Jom baca! ~ Kredit kpd Kak Nor
Ubat
|
Vitamin (Food supplement)
|
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia
bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang
kepada pembinaan sel badan.
|
Bahan
berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang
mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ
|
Merupakan
ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan
mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
|
Bahan
berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita
|
Boleh
menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin
contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan,
telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya
|
Tidak
menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan
sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi
bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos
|
Bertindak
baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat
yang lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
|
Ia
bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian.
Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih
baik
|
Baik dimakan
biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi
di antara satu sama lain.
|
Boleh
diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan
meningkatkan kesan penghadaman makanan
|
Berkemungkinan
mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan
|
Selamat
diambil, tiada risiko maut
|
Menghasilkan
kesan kepada setiap orang
|
Tidak
menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan
vitamin tersebut.
|
Bertindak cepat,
secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa
minit atau jam
|
Bertindak
secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada
tubuh
|
Merawat
kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya
menutupi kesakitan, bukan memulihkannya
|
Merawat
terhadap punca penyakit
|
Perlu
pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’
|
Tidak
perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad,
jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi
|
Orang
lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah
mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda
|
Orang tua
perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang
berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah
|
Ubat boleh
menyebabkan penyakit
|
Vitamin
mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan
kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ
badan
|
No comments:
Post a Comment