Total Pageviews

Friday, August 1, 2014

SENGGUGUT? MANA ADA...


Korang penah senggugut? Uhuu..yang penah senggugut jalah yang tahu betapa seksanya sakit dia. Saya dulu masa sekolah menengah memang tak penah merasa senggugut ni. Rilek ja time period.

Tapi tak tahu kenapa, bila dah kerja,baru la merasa senggugut ni. Masa ni baru la nak kenal padanol pink yang cute miut tu. Sakit sampai guling guling. Kalau tak guling kat tangga, p guling kat surau, atau kat toilet. Di mana saja asalkan boleh berguling. Tapi bila berguling kat surau rasa seksa la sket, sebab surau tu air cond dia tahap beku. So rasa sejuk akan buat senggugut tu lagi teruk. Pernah sampai tahap muntah sebab teruk sangat. Tapi ada kawan yang sampai pengsan pengsan sebab senggugut ni.



Tapi selalunya solusi jangka pendek yang saya amik adalah telan menstrual pil tu. Then tido dalam 2-3 jam. Lepas bangun, badan akan lenjun dengan peluh. Tapi selalunya dah ok lepas tu.

Selalunya orang makan Panadol Menstrual ni sebab sakit perut akibat datang bulan atau dalam bahasa lainnya senggugut . Dan selalunya , senggugut ni terjadi sebab datang bulan lambat dari biasa ( kalau aku lah , orang lain tak tau ) Kadang-kadang ada jugak orang yang memang bergantung dengan Panadol Menstrual ni tiap kali datang bulan . Kalau tak makan boleh menyebabkan dia pengsan ~




Tapi , ada orang cakap tak baik amalkan ambik panadol menstrual ni . Kalau boleh elak , sila elak . Sebab boleh mengurangkan tahap kesuburan katanyeww . huehuehue :') 

Kalau boleh time kena senggugut tu , minumlah air panas . Elakkan minum air yang berais . Gunakan beg air panas dan tekapkan kat bahagian perut . Takpun , lumur minyak panas kat bahagian perut & pinggang . 


Kalau member member yang duk asrama dulu, alternatif lain selain dari makan pil ni adalah dengan menggunakan iron.Haha..penah buat tak?Panaskan iron, then lapik sket dengan kain, tuam atas perut. Lapik beb..karang rabak pulak perut tu kalau letak gitu ja. Konon ala-ala bertungku la. Bila dah panas, darah period akan lebih lancar. Kalau dah keluar yang berketul ketul tu, baru la rasa sedap sket perut.
Tapi untuk korang yang selalu depends dengan pil tu, tahu tak apa kesan jangka panjang ?

Ha..ni ada alternatif lain untuk korang yang ada masalah senggugut. Jom try GLA dari Shaklee untuk penyelesaian jangka panjang. Takkan setiap bulan nak depends dengan ubat kan.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam 

PMS (senggugut)? 




Apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1. 
(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)





  

No comments:

Post a Comment