Total Pageviews

Wednesday, January 1, 2014

BERI ANTIBIOTIK BILA DEMAM?

JANGAN MUDAH MEMBERI ANAK 

ANTIBIOTIK

Antibiotik? sekarang ni penggunaan antibiotik dah jadi macam perkara biasa...sama seperti pengambilan panadol yang mempunyai kesan jangkamasa panjang jika diambil dengan kerap dan berterusan. Tukarlah antibiotik anda kpd supplemen yg kaya dengan antioksida seperti vitamin C dan garlic, serta tambahkan Bcompleks agar immune sistem badan semakin baik!


 Antibiotik merupakan sebatian atau kumpulan ubat yang boleh mencegah pembiakan pelbagai bakteria dan mikro-organisma berbahaya dalam tubuh. Selain itu, antibiotik juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh protozoa dan kulat.

Namun belum ramai orang yang sedar bahawa antibiotik juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang cukup berbahaya, malah kematian! Malangnya antibiotik masih digunakan secara berleluasa, malah untuk kes-kes sakit ringan juga antibiotik diberi kepada pesakit kononnya untuk mempercepatkan penyembuhan. Berikut beberapa kesan sampingan antibiotik yang harus anda ketahui:

1. Gangguan pencernaan Salah satu kesan sampingan antibiotik yang paling umum adalah masalah pencernaan, seperti rasa mual, kram, kembung dan rasa kepeningan.

2. Gangguan fungsi jantung dan tubuh lain Beberapa orang yang mengambil antibiotik mengalami jantung berdebar-debar, degup jantung tak normal, sakit kepala serius, masalah hati seperti penyakit kuning, masalah ginjal seperti air kencing berwarna gelap dan pertumbuhan batu ginjal dan masalah saraf seperti rasa kebas di tangan dan kaki.

3. Jangkitan di kemaluan Kesan sampingan yang paling kerap dirasakan perempuan adalah jangkitan kulat pada organ reproduksi yang boleh menyebabkan keputihan serta  gatal dan vagina mengeluarkan bau serta cecair. (Jika anda wanita, awas tentang hal ini!!!)

4. Alergi Orang yang mengambil antibiotik juga sering mengalami alergi, bahkan hingga bertahun-tahun. Antara alergi yang sering terjadi adalah gatal-gatal dan pembengkakan di mulut atau tekak.

5. Melumpuhkan sistem kekebalan tubuh Orang yang sering minum antibiotik boleh mengalami lemah pertahanan dari serangan virus dan kuman atau tidak mampan lagi dengan apa-apa pun antibiotik. Apabila seseorang tidak dapat bertahan lagi dengan antibiotik, ada beberapa penyakit dan jangkitan yang tidak dapat lagi dirawat, sehingga memerlukan antibiotik dengan dos yang lebih tinggi yang sangat membahayakan kesihatan dalam jangka panjang dan pendek. Semakin tinggi dos maka akan semakin menimbulkan kesan sampingan yang serius dan sangat mengancam jiwa!!

6. Gangguan serius dan mengancam nyawa Penggunaan antibiotik pada dos tinggi dan dalam jangka lama boleh menyebabkan kesan sampangan yang sangat serius, seperti disfungsi atau kerosakan hati, tremor (gerakan tubuh yang tidak terkawal), penurunan sel darah putih, kerosakan otak, kerosakan buah pinggang, tendon pecah, koma, aritmia jantung (gangguan irama jantung) dan bahkan kematian!!

Untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan antibiotik yang berbahaya tersebut, maka anda dianjurkan agar berhati-hati dalam penggunaanya dan pengambilannya harus untuk kes-kes serius dalam dos yang sesuai seperti dalam peraturan pengubatan.

****************
saya memilih memberikan supplement yang terbaik buat anak-anak sangat berpuas hati dengankesihatan anak  yang semakin baik. Alhamdulillah. Jika berminat untuk mendapatkan Set supplement untuk kanak-kanak, terus saja PM  k..insyaallah saya akan membantu





Cadangan supplement untuk kanak-kanak yang selalu demam atau kerap sakit
-Nutriferon 
-Omega
-Mealshakes

-Vitamin c

credit cyda

No comments:

Post a Comment