Total Pageviews

Saturday, December 7, 2013

KHASIAT PERIA KATAK

PERNAH DENGAR TENTANG OKINAWAN? | Salah satu thesis master saya adalah tentang Okinawa. Mereka ini adalah populasi manusia yang hidup paling tua di dunia, tinggal di kepulauan Okinawa, Jepun.

Setakat nak tengok orang-orang tua umur 90 tahun - 100 tahun naik basikal pergi pasar tu senang sangat, kerana rata-rata mereka hidup 90 - 110 tahun ! Kita kat sini?? hihi..


Antara rahsia mereka adalah Diet yang di amalkan! Dan salah satu makanan utama mereka adalah Bitter Gourd atau nama melayunya Peria Katak.
Ramai yang tahu Peria katak ni bagus.. So, apa sebenarnya yg ada dalam Peria Katak & apa fungsinya pada kesihatan kita?
~ Sangat rendah kalori, hanya 17 kalori dlm 100g.
(bagus amik waktu diet)
~ Tinggi Fiber, Mineral & Anti-oksidan
~ Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah. (Bagus untuk pesakit Diabetes Type II)
~ Tinggi Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin
(Anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan, anti-kanser dan mencegah penyakit kronik )
~ Mengandungi Niacin (vitamin B3), Pantothenic acid (vitamin B5), Pyridoxine (Viamin B6), Zat Besi, Zinc, Manganese dan Magnesium.
~ Membantu menurunkan kolestrol
~ Membantu mencegah sembelit
~ Mencegah jangkitan
Kita tak berapa suka nak makan sebab rasa dia pahit.. huhu.. tapi kepahitan tu lah yang menyebabkan populasi di Okinawa hidup lama! Dan kemanisan di sini menyebabkan kita menderita pelbagai penyakit ketika usia muda.. Betul ke Betul ??
Kaedah yang paling mudah untuk ambil Peria katak ni ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada 2 -3 biji peria pada setiap pagi (tanpa biji) atau sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusannya.
Selamat Mencuba!
- Dr. Malinda





No comments:

Post a Comment