Total Pageviews

Wednesday, December 25, 2013

MINYAK OMEGA 3 GANTI UBAT TAHAN SAKIT?



Hampir setiap hari saya bertemu dengan rintihan begini dan sayu sekali hati saya mendengarnya. Tidak dapat saya bayangkan makcik pakcik ini turun naik tangga rumah kampung dalam keadaan sakit lutut. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk semasa bukan Ramadhan. Kebanyakan mereka ingin berterawih setiap malam di surau, lalu terpaksa mengambil ubat penahan sakit setiap hari. Akibatnya, ramai yang saya temui mengalami pendarahan perut terutamanya di penghujung Ramadhan.

Apakah osteoarthritis?
Masalah yang dialami oleh mereka ini disebut ” osteoarthritis”.

Apabila kita semakin berusia, rawan di antara sendi akan menjadi kurang elastik dan mudah cedera. Oleh itu, permukaan tulang akan menjadi rosak dan pecahan- pecahan tulang dan sendi ini akan terapung dan merosakkan lagi tulang dan sendi. Permukaan sendi mengeluarkan bahan kimia keradangan seperti interleukin (IL-1b) dan cyclooxygenase ( COX-1) dan (COX-2). Bahan – bahan ini boleh menyebabkan kebengkakan sendi dan kesakitan. (1)

20130309-221757.jpg
Simptom atau tanda penyakit osteoarthritis ialah 

-sakit pada lutut atau sendi, terutama selepas bersenam atau pergerakan
-sukar menggerakkan sendi- sendi , terutama pada waktu pagi
- terdapat bunyi ” meletup” apabila menggerakkan sendi

Apakah Omega 3?
Omega 3 adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh badan , tetapi tidak dapat dibuat sendiri. Kita memerlukan lemak ini daripada pemakanan seharian. Terdapat banyak jenis, tetapi jenis yang terbaik ialah DHA dan EPA yang diperoleh dari sumber ikan. Jenis ALA juga terdapat dalam tumbuhan seperti flakseed dan algae laut.
Macam mana ianya berfungsi?
Omega 3 yang berada dalam cecair sendi didapati mengurangkan penghasilan enzim yang merosakkan rawan serta mengurangkan rasa sakit yang dialami.ianya juga membantu pertumbuhan rawan serta memperbaiki rawan yang rosak. Oleh kerana ianya bukan ubat tahan sakit (NSAID) maka ianya adalah lebih selamat digunakan.
Adakah kajian yang menunjukkan ianya berkesan?
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan omega 3 dapat mengurangkan sakit dan mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit. Kebanyakan kajian menunjukkan ianya berkesan terutamanya bagi para pesakit Rheumatoid Arthritis. (2)
Bagi pesakit osteoarthritis, sebuah kajian yang dijalankan ke atas 177 pesakit menggunakan omega-3 yang dimakan bersama glucosamine 1500 mg dan vitamin A,D dan E menunjukkan 80 peratus pesakit yang mengambilnya setiap hari selama 26 minggu telah dapat mengurangkan kesakitan sebanyak sekurang- kurangnya 20 peratus. (3). Kajian ini juga menunjukkan kesan sampingan yang sangat sedikit berbanding jika pesakit mengambil ubat penahan sakit NSAIDs.
Adakah omega-3 memiliki faedah-faedah lain?
Ya! Kajian menunjukkan omega-3 juga boleh membantu mengurangkan kadar lemak triglyceride di dalam badan.(4) Kadar triglyceride uang tinggi di dalam badan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
Ianya juga didapati dapat mengurangkan kemurungan, melindungi daripada Alzheimer’s dan dementia ( nyanyuk) serta serangan asthma.(5)
Dari mana saya patut mendapatkan Omega-3?
Tuan puan dinasihatkan mendapatkan Omega-3 daripada makanan. Ikan – ikan yang banyak mengandungi omega-3 ialah ikan salmon, mackerel, ikan bilis,ikan tuna dan ikan sardin. Pengambilan ikan- ikan ini 2-3 kali seminggu dipercayai sudah mencukupi dan membekalkan omega-3 yang diperlukan oleh badan.
Bolehkah omega-3 diambil oleh orang yang tiada masalah kesihatan?
Sehingga kini, belum ada kesan sampingan yang teruk dilaporkan kerana pengambilan omega-3. Walau bagaimanapun , American Heart Association menyarankan agar pengambilan omega-3 dipantau oleh pegawai perubatan. Ini kerana sifatnya yang dapat mencairkan darah. Jika dos yang tinggi iaitu 3g ke atas- diambil bersama ubatan lain seperti ginseng, ubat pencair darah seperti aspirin/ warfarin dan lain- lain, bimbang dapat menimbulkan kesan seperti pendarahan perut.
Sekiranya anda mengambil supplemen omega-3, anda mungkin merasa sedikit

: kembung
; loya
: najis menjadi lembut- perkara yang baik jika anda sering mengalami sembelit!

Kesan ini boleh dikurangkan dengan memakan omega-3 semasa mengambil makanan berat seperti makan tengahari atau makan malam.
credit mamaceria.com

No comments:

Post a Comment