Total Pageviews

Saturday, December 7, 2013

APA PILIHAN YANG KITA ADA?!!

Blog ini saya petik dari http://www.drmalinda.com. Harap mendapat manfaat untuk semua betapa pentingnya menjaga kesihatan. Kita selalu percaya ubat sebagai solution untuk setiap penyakit, tapi kita jarang mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan dari awal dengan supplemen. Kita berbelanja mahal untuk kelihatan cantik , dan kita enjoy makan yang sedap sedap. Tapi kita lupa untuk jaga kesihatan badan. Jangan dah terhantuk ,baru tergadah.

_____________________________________________________________

Terima kasih kepada yang sudi membaca ‘Cerita saya’… sekadar perkongsian sebuah pengalaman cukup berharga yang menentukan hala tuju hidup saya…. Saya percaya ramai orang di luar sana yang mempunyai pengalaman seperti saya dan juga risiko seperti saya….  Jika anda ada ibubapa yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kanser dan sebagainya…. Some how kita mempunyai risiko untuk mengalami nasib yang sama..

Saya nak berkongsi satu cerita…. Semasa saya bertugas di sebuah klinik di felda, seorang pesakit wanita  yang ketika itu hanya berusia 24 tahun…dia mengalami diabetes yang tidak terkawal dan boleh dikatakan hampir kesemua dari anggota keluarganya adalah pesakit diabetes saya…. Dengan bacaan gula diantara 15 – 25mmol/L setiap kali datang untuk rawatan susulan… saya sering menasihatkan dan memberi rawatan perubatan yang terbaik ... Komplikasi diabetes pada mata dah mula berlaku, kesihatan yang tidak menentu membuatkan suaminya meninggalkannya bersama seorang anak…  

Saya pasti dia tercari-cari sesuatu untuk memperbaiki tahap kesihatannya, disamping rawatan insulin dan ‘berbakul-bakul’ ubat klinik yang diberi, pernah suatu hari dia menunjukkan satu ‘ubat’ dan dengan gembiranya menyatakan bahawa  ‘ubat’ itu banyak membantunya, dia rasa lebih sihat dan cergas… Out of my surprise, saya sangat terperanjat bahawa ‘ubat’ yang dibelinya dari sebuah toko itu adalah ‘Dexamethasone’ dan dibelakang stripnya tertulis ‘Ubat ini mestilah dimakan mengikut preskripsi dokter’..

‘Dexamethasone’ adalah sejenis steroid yang sangat bahaya jika diambil untuk jangkamasa panjang.. Komplikasi pada tulang, buah pinggang, kulit, sistem imun, dan lain-lain… Huh! Nampak kan… ramai orang mencari sesuatu tapi tidak dapat pengetahuan sebenar tentang apa yang diambil… Beberapa bulan selepas itu, kakaknya datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan dirinya dan ayahnya yang baru sahaja di amputasi kaki sebelah kanan.. Saya bertanya khabar tentang adiknya, dan sekali lagi jawapan yang membuat saya rasa terkilan… ‘Hari ni dah hari ke 40 dia meninggal doktor’…

She was too young to die of diabetic complications… Jangkitan kuman yang teruk di bahagian usus dan sepsis... Saya percaya pada takdir, hidup dan mati memang sudah di tentukan tetapi saya juga rasa kita perlu buat sesuatu yang terbaik untuk mencegah dan menjaga diri kita… Kesihatan itu Amanah Allah..

‘One of the reason why our soul leave us, is when our body is too rotten to stay in’…. 

No comments:

Post a Comment