saya nak share tips2 untuk
tngkatkan metabolisma..Apa kaitan metabolisma dgn obes? Haa tu yg ramai tak
tahu.Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori dibakar untuk mengekalkan
fungsi tubuh yang asas.Metabolisme memang berhubungan dengan berat badan, namun
bukan penyebab pertambahan berat badan.
Antara faktor mempengaruhi
kadar penurunan atau peningkatan metabolisme adalah komposisi badan kerana individu
yang mempunyai otot berlebihan dapat membakar kalori lebih walaupun
dua individu memiliki berat badan sama. Berikut saya kongsikan artikel
dari Berita Harian cara2 untuk tingkatkan metabolisme
10 Tip Cepatkan metabolisme Badan
1.
Minum Air Secukupnya. Anda mungkin
biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan
oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap
yang optimum.
2.
Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian
menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang
menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda
juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan
salmon, taufu dan oatmil.
3.
Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya
perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’.
Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan
berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan
fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau
dadih.
4.
Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau
8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan
tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih
juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang
konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
5.
Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah
kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk
menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan
tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
6.
Sinar mentari baik untuk
kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa
yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan
fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.
Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang.
Berehatlah
sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di
luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan
menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
Lakukan senaman menggunakan
pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun
lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
7.
Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight
training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun
lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat
menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga
40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan.
Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan
bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar
lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk
mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari
masa yang panjang untuk bersenam.
8.
C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga
penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan
metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C
membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
9.
Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang
pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam
cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
10.
Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan
kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
No comments:
Post a Comment