HEALING
CRISIS / KRISIS PENYEMBUHAN SELEPAS MAKAN SHAKLEE?
Anda rasa semakin
teruk setelah mengambil produk Shaklee ? Mungkin artikel ini dapat membantu
anda.
Q: Apakah
yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu
proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina
semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari
proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama
terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin,
badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa,
dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan
terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis
penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor
Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan
pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam
badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses
pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru
dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam
pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa
badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda
seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat
atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip
tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak
kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu
disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti
baru.
Q:Adakah krisis
penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya. Krisis
penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan
kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir
yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses
penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan
kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya
berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat
untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan
itu berlaku.
Q:Adakah setiap
orang akan mengalami petanda dan simtom yang sama semasa krisis
penyembuhan?
A:Setiap orang
adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik
sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai
selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di
dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya,
berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya
bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil
masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang
bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih
mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan,
Mengapa?
A: Secara
umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah
merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih
baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai
masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di
cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan,
lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang
memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang
membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan
tambahan
- Mengalami masalah emosi
credit shaklee malacca
No comments:
Post a Comment