10 MAKANAN KAYA ZAT BESI UNTUK
WANITA HAMIL
Wanita
yang mengandung serta menyusukan anak perlu mengambil makanan yang mengandungi
zat besi ( iron) yang tinggi. Zat besi penting bagi pembentukan sel darah merah
di dalam darah. Ini kerana kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan
keletihan, pucat, jantung berdebar-debar, mudah sakit kepala serta kaki
bengkak. Bagi wanita yang mengandung, dikhuatiri mungkin mengalami kehilangan
darah yang banyak , oleh itu wanita yang mengandung disarankan mempunyai
simpanan zat besi yang cukup di dalam badan semasa menghampiri tarikh
kelahiran.
Kekurangan
zat besi di dalam darah dikenali sebagai “iron deficiency anaemia”. Ianya boleh
dikesan melalui pengambilan sampel darah yang dipanggil “full blood count”.
Dalam keputusan “full blood count” ini, kita akan melihat nilai haemoglobin dan
MCV bagi mengesan “iron deficiency anaemia”. Secara amnya, kadar haemoglobin
kurang daripada 11 g/dL dan nilai MCV kurang dari 80% menunjukkan kita
mengalami “iron deficiency anaemia”.
Wanita
yang mengandung di Malaysia dibekalkan dengan pil supplemen zat besi bagi
menambah kandungan zat besi dalam darah. Namun, elok juga jika wanita
mengamalkan makanan yang kaya dengan zat besi supaya kadar zat besi dalam darah
tetap mencukupi tanpa memerlukan supplemen. Jom kita teliti apakah makanan
tinggi zat besi yang boleh kita ambil.
1. Bijirin diperkuat dengan zat besi – siapa yang tak gemarkan makan
bijirin? Makan begitu sahaja, atau ditambah dengan oatmeal atau susu, makanan
ini sedap dan berkhasiat. Cuma ianya juga mengandungi kandungan gula yang
tinggi, oleh itu jika anda juga seorang yang obes/ mengidap kencing manis,
haruslah berhati-hati mengambilnya. Kandungan zat besinya ialah sebanyak 68mg
(376% DV) setiap 100 grams atau 28mg (158% DV) setiap cawan (42 grams).
2. Serbuk koko- serbuk koko
mengandungi 36mg (200% DV) setiap 100 grams 1.8mg (10% DV) bagi setiap sudu
besar (5 grams). Boleh digunakan dalam masakan seperti puding, jeli, minuman
dan sebagainya.
3. Spirulina (rumpai laut) -Spirulina mengandungi
sebanyak 29mg (158% DV) bagi setiap 100 gram atau 2mg (11% DV) setiap sudu
besar (7 grams).
4.Makanan
laut –
makanan laut secara amnya tinggi dalam zat besi. Udang sebanyak 3 oz, dapat
membekalkan zat besi sehingga 132% DV. Makanan lain seperti tiram (57%) dan
sotong (51%).
5. Hati ( ayam, lembu, kambing)
– oleh kerana hati merupakan tempat simpanan zat besi, semestinya hati
merupakan makanan yang tinggi kandungan zat besinya. Dalam setiap 100g hati,
kandungan zat besi adalah sebanyak 23g atau 129% DV.
6. Kacang – kacang
seperti cashew, hazel dan almond, juga mengandungi kandungan zat besi yang
tinggi. Dalam 100g kacang, ia membekalkan sebanyak 34% DV). Kacang juga
digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu perkembangan otak
bayi.
Kartun Popeye menggambarkan bayam
sebagai sumber kekuatan beliau
7. Sayuran hijau– sayuran
hijau terutamanya bayam sangat digalakkan kerana selain mempunyai zat besi, ia
juga mengandungi vitamin C. Vitamin C sangat diperlukan bagi meningkatkan
serapan zat besi. Semangkuk bayam membekalkan sebanyak 6g zatbesi atau 36% DV.
8. Daging- kandungan zat besi dalam daging
sebanyak 100g membekalkan 21% DV.
Kandungan zat besi dalam daging / sumber haiwan lebih mudah diproses berbanding dari sumber tumbuhan.
Kandungan zat besi dalam daging / sumber haiwan lebih mudah diproses berbanding dari sumber tumbuhan.
9. Buah prun- prun merupakan buah yang sangat
lazat. Rasanya manis dan lembut, mudah disediakan serta mengandungi kandungan
potassium yang tinggi. Prun juga membantu melawaskan sistem pemakanan dan
mengatasi masalah sembelit yang biasa dialami wanita mengandung. Kandungan zat
besi dalam prun adalah sebanyak 3.5mg (20% DV) setiap 100 gram atau 4.7mg (26%
DV) setiap cawan(132 grams).
Tempeh enak, mudah dimasak serta
berkhasiat
10. Tempeh- tempe
merupakan makanan yang enak dan kaya dengan protein. Ia juga tinggi zat besi di
mana kandungan zat besinya 2.7mg (15% DV) setiap 100 gram atau 4.5mg (25% DV) setiap
cawan(166 grams). Tempeh boleh digoreng begitu sahaja, di masak bersama sayur
atau ditambah dalam masakan seperti sambal goreng.
Selamat memilih makanan yang terbaik
untuk diri anda! Wanita
yang mengandung serta menyusukan anak perlu mengambil makanan yang mengandungi
zat besi ( iron) yang tinggi. Zat besi penting bagi pembentukan sel darah merah
di dalam darah. Ini kerana kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan
keletihan, pucat, jantung berdebar-debar, mudah sakit kepala serta kaki
bengkak. Bagi wanita yang mengandung, dikhuatiri mungkin mengalami kehilangan
darah yang banyak , oleh itu wanita yang mengandung disarankan mempunyai
simpanan zat besi yang cukup di dalam badan semasa menghampiri tarikh
kelahiran.
Kekurangan
zat besi di dalam darah dikenali sebagai “iron deficiency anaemia”. Ianya boleh
dikesan melalui pengambilan sampel darah yang dipanggil “full blood count”.
Dalam keputusan “full blood count” ini, kita akan melihat nilai haemoglobin dan
MCV bagi mengesan “iron deficiency anaemia”. Secara amnya, kadar haemoglobin
kurang daripada 11 g/dL dan nilai MCV kurang dari 80% menunjukkan kita
mengalami “iron deficiency anaemia”.
Wanita
yang mengandung di Malaysia dibekalkan dengan pil supplemen zat besi bagi
menambah kandungan zat besi dalam darah. Namun, elok juga jika wanita
mengamalkan makanan yang kaya dengan zat besi supaya kadar zat besi dalam darah
tetap mencukupi tanpa memerlukan supplemen. Jom kita teliti apakah makanan
tinggi zat besi yang boleh kita ambil.
Selamat memilih makanan yang terbaik
untuk diri anda!
credit mamaceria
No comments:
Post a Comment