Ini soalan
yang biasa didengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen.
Tak kisahlah
supplemen apa-apa pun.
Sekarang ni
kan dah macam-macam jenis supplemen keluar..
Dengan
kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?
haaa...
mai sini nak
tanya......
§ Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita
minum dalam sehari?
§ Konsisten tak kita makan supplemen tu setiap hari?
§ Cara pengambilan kita macam mana? Selepas sarapan?
Tengahari? Sebelum tidur? Lepas makan?
§ Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan
supplemen tu? Makanan ringan? Maggie? Ohhh..sedap..
Elakkan
makan supplemen serentak dengan ubat sebab supplemen yang kita
makan tu tak dapat diserap dengan baik oleh badan kita.
So tak
gunalah kan?
Penyelesaiannya
?
Buat jadual.
Sebab tu
kalau nak makan dan amalkan vitamin atau supplemen ni kita kena disiplin.
Kalau
rasa-rasa susah nak disiplin tu better jangan ambil je yer.
Tapi nak
cantik dan sihat kan? So fikir sendiri :)
Suka minuman
yang berkafein ?
Kafein ni
boleh memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita.
Kalau tak
dapat nak berhenti, boleh kurangkan pengambilan tu daripada biasa yer.
Sebenarnya
perkara paling penting bila makan supplemen (makanan tambahan) ni ialah disiplin
diri dan kesabaran. Sebab benda ni bukan ubat. Ia
berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. Jadi yang penting makan je dengan
konsisten.
Kesan supplemen
memang berbeza pada setiap individu.
Ada yang
baru makan 2 atau 3 hari dah nampak kesan dia.
Ada yang
memakan masa berminggu dan tak hairan ada yang sampai berbulan-bulan.
Lagi
bermasalah kulit kita lagi lama tempoh dia nak pulih.
Tapi
kebanyakkan orang masa ni terus stop mengamalkan supplemen sebab mungkin rasa
rugi je kan?
Semua ni
bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni
kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil
tahu bermula hari ini! ^^,
1. Kurang
minum air putih
Ini adalah
perkara yang paling penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Meminum
air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada
badan dengan lebih cepat. Beli supplemen mahal-mahal tapi malas minum
air putih. Makan supplemen dah ikut dos tapi tak sampai seminggu mula complain
naik jerawatlah, ruamlah, itulah inilah.. Bila ditanya minum air putih banyak
tak? Berapa liter sehari? Jawapannya.......1 liter. (saya pulak, minimum 3 liter
sehari?)
Okay,
sebenarnya jumlah tu masih tak cukup untuk membantu badan kita menyingkirkan
toksin. Sekurang-kurangnya cuba amalkan minum air putih 3 liter
sehari. Nanti kan ada pulak yang cakap, "Ala, minum air
banyak-banyak tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja
pun tak senang.."
Hai, itu
perkara biasa la sayang. Makin kerap anda buang air kecil, makin
banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Maka, makin lama makin
sihat & makin cantiklah badan & kulit anda. Jangan cuma rajin
ambil supplemen, tapi hal-hal yang penting ni tak jaga. Jadi banyakkan
minum air putih okay?
2. Tidak mengikut dos yang ditetapkan
Sesetengah
daripada kita mampu untuk mengambil supplemen dalam dos yang tinggi. Tapi ada
sesetengahnya pula tidak mampu. Inilah antara penyebab ruam, jerawat dan
sebagainya. Disarankan untuk permulaan, cuba ambil dalam sukatan yang
sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dos. Jika tiba-tiba anda
mengalami ruam atau simptom-simptom seumpamanya, sila kurangkan dos pengambilan
suplemen anda. Itu menunjukkan bahawa badan anda tidak mampu menerima dos yang
tinggi. Banyakkan minum air putih berbanding air manis.
3. Tidak
istiqamah
Ini pun
biasa berlaku. Orang kata hangat-hangat najis ayam. Haha! Hari pertama semangat
makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada lopong-lopong. Terlupa ambil time pagi lah.
Terlupa ambil time malam lah. Lepas tu tak sempat nak ambil lah. Macam-macam
alasan kan? Itu biasa.. Hiks!
Tipsnya
mudah saja! Cuba guna sticky note yang colour-colour tu then tulis kat
situ 'Sila ambil suplemen sebelum memulakan hari anda atau sebelum
tidur!' Lepas tu tampal kat mana-mana yang anda mudah nampak. Kat
pintu bilik air ke, kat fridge ke, atau pun pada cermin solek! Belajar
disiplinkan diri. Suplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata-mata, tapi
penting untuk kesihatan tubuh anda.
4. Pengambilan
kafein atau minuman berkarbonat
Kepada
peminat-peminat minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh dan juga
minuman-minuman berkarbonat tu, ini ada pesanan khas untuk anda! Kalau rasa tak
sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda tu, jadi silalah jangan makan
suplemen sebab nanti membazir jer.
Kalau anda
beriya amal makan macam-macam jenis supplemen sekali pun, tapi minum pulak
kafein jawabnya memang tak ke mana lah khasiat supplemen tu sebab dah diserap
oleh kafein.
Sebab tu lah
tak nampak kesan. Lepas tu ambil supplemen kata tu tak baguslah, tak ori
lah, orang yang jual tu penipulah. Macam-macam statement negatif yang keluar
kan? Ish ish, jangan buat perangai cenggini ye sayang-sayangku. Huduh sangat
rupanya.
Nak cantik,
nak sihat, tapi tak sanggup nak hidup cara sihat. Cam mane tu?
Jadi,
cuba-cubalah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau
tinggal terus lagi bagus! Sebab badan manusia ni lain-lain. Macam yang eja
bagitau awal-awal tadi. Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah
masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang
terbaik dalam masa yang singkat. Yang penting disiplinkan diri & istiqamah
dalam apa jua yang kita lakukan.
Kredit : vitamin oh vitamin
No comments:
Post a Comment