APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit
kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam
sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun
begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang
yang serius.
APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain
boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain
saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit
kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan.
Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA
MIGRAINE?
Migraine biasanya
menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada
sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah
kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg
berlainan.
Pergerakan, cahaya,
bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala
seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik,
gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka
akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA MIGRAINE ITU
DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba
exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan
mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya
migraine jika :
- Anda mempunyi 5
kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
- Sakit kepala yg
berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
- Rasa loya dan mahu
muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah
teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT
?
Migraine biasanya
dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya
tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine
juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.
credit dr zubaidi
No comments:
Post a Comment