Saya
yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa
hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan
macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi
mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit
atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin
merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau
penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian
tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Perkara ni pernah berlaku to
Damia, and menurut pakar Paed Damia, Dr. Roliza, susu ibu tidak mengandungi
bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. So its NORMAL
jika bayi bila masuk 2-3 bulan tak berak selama beberapa hari... saya
pernah mendengar ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam
punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak, saya tidak pasti
sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi perkara ini sekiranya diamalkan
ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
Apa yang perlu di ambil perhatian?
- (1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
- (2) Perut tidak kembung atau keras
- (3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin
disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum
membuat apa-apa kesimpulan)
- (4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan
hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga
mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
- (1) Bayi sering menangis
- (2) Perut bayi bengkak dan keras
- (3) Bayi tidak mahu menyusu
- (4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus
dan memenuhi perut
Sekiranya bayi anda tidak
berak, jangan panik. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak
sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa warna najis
mereka & kenalpasti kesihatan
mereka... Nak tahu kesihatan bayi melalui warna najis boleh rujuk SINI. Jika
tak pasti dapatkan nasihat doktor dengan segera...
credit Alin
No comments:
Post a Comment