Blog ini saya petik dari
http://www.drmalinda.com. Harap mendapat
manfaat untuk semua betapa pentingnya menjaga kesihatan. Kita selalu percaya
ubat sebagai solution untuk setiap penyakit, tapi kita jarang mengambil
inisiatif untuk menjaga kesihatan dari awal dengan supplemen. Kita berbelanja
mahal untuk kelihatan cantik , dan kita enjoy makan yang sedap sedap. Tapi kita
lupa untuk jaga kesihatan badan. Jangan dah terhantuk ,baru tergadah.
_____________________________________________________________
Terima kasih kepada yang
sudi membaca ‘Cerita saya’… sekadar perkongsian sebuah pengalaman cukup
berharga yang menentukan hala tuju hidup saya…. Saya percaya ramai orang di
luar sana yang mempunyai pengalaman seperti saya dan juga risiko seperti saya….
Jika anda ada ibubapa yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes,
hipertensi, stroke, penyakit jantung, kanser dan sebagainya…. Some how kita
mempunyai risiko untuk mengalami nasib yang sama..
Saya nak berkongsi satu
cerita…. Semasa saya bertugas di sebuah klinik di felda, seorang pesakit wanita
yang ketika itu hanya berusia 24 tahun…dia mengalami diabetes yang tidak
terkawal dan boleh dikatakan hampir kesemua dari anggota keluarganya adalah pesakit
diabetes saya…. Dengan bacaan gula diantara 15 – 25mmol/L setiap kali datang
untuk rawatan susulan… saya sering menasihatkan dan memberi rawatan perubatan
yang terbaik ... Komplikasi diabetes pada mata dah mula berlaku, kesihatan yang
tidak menentu membuatkan suaminya meninggalkannya bersama seorang anak…
Saya pasti dia
tercari-cari sesuatu untuk memperbaiki tahap kesihatannya, disamping rawatan
insulin dan ‘berbakul-bakul’ ubat klinik yang diberi, pernah suatu hari dia
menunjukkan satu ‘ubat’ dan dengan gembiranya menyatakan bahawa ‘ubat’
itu banyak membantunya, dia rasa lebih sihat dan cergas… Out of my
surprise, saya sangat terperanjat bahawa ‘ubat’ yang dibelinya dari sebuah
toko itu adalah ‘Dexamethasone’ dan dibelakang stripnya tertulis ‘Ubat ini
mestilah dimakan mengikut preskripsi dokter’..
‘Dexamethasone’ adalah
sejenis steroid yang sangat bahaya jika diambil untuk jangkamasa panjang..
Komplikasi pada tulang, buah pinggang, kulit, sistem imun, dan lain-lain… Huh!
Nampak kan… ramai orang mencari sesuatu tapi tidak dapat pengetahuan sebenar
tentang apa yang diambil… Beberapa bulan selepas itu, kakaknya datang ke klinik
untuk mendapatkan rawatan dirinya dan ayahnya yang baru sahaja di amputasi kaki
sebelah kanan.. Saya bertanya khabar tentang adiknya, dan sekali lagi jawapan
yang membuat saya rasa terkilan… ‘Hari ni dah hari ke 40 dia meninggal doktor’…
She was too young to die
of diabetic complications… Jangkitan kuman yang
teruk di bahagian usus dan sepsis... Saya percaya pada takdir, hidup dan mati
memang sudah di tentukan tetapi saya juga rasa kita perlu buat sesuatu yang
terbaik untuk mencegah dan menjaga diri kita… Kesihatan itu Amanah
Allah..
‘One of the reason why
our soul leave us, is when our body is too rotten to stay in’….
No comments:
Post a Comment