Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera kepada semua. In Sha Allah kali ini saya akan kongsikan 5
perkara yang bakal merubah kehidupan anda semua.
Perhatikan
perkara-perkara di bawah ini dan sekiranya kita masih lagi dalam keadaan yang
sama seperti 5 tahun sebelumnya, saya pasti kejayaan semakin menjauhi kita.
Saya juga melalui proses yang sama. 5 tahun sebelum saya mengetahui
perkara-perkara ini, hidup saya berada dalam keadaan huru-hara dan tidak
menentu. Duit tak pernah cukup-cukup. Buat bisnes pun ala kadar sahaja. Nak
makan pastinya maggie yang jadi pilihan, nasi kalau nak makan sehari sekali dah
kira ok sangat dah.
Alhamdulillah, 5 tahun sudah pun berlalu dan banyak perubahan yang
berlaku dalam hidup saya. Saya berjaya menulis buku berstatus BESTSELLER dan
kini baru sahaja menyiapkan penulisan buku yang ke-3. Saya berpeluang bersemuka
dengan billionaire seperti Tony Fernandes dan Nick D’Aloisio. Bisnes hartanah
yang saya jalankan bersama TEAM FATH Group sudah mencecah nilaian terkumpul 7
angka. Saya berkahwin pada usia 26 tahun dan kini berada di Oxford, United
Kingdom untuk menemani isteri tercinta, Ummi Abdullah.
Jika anda benar-benar ingin berubah dan melihat hasil yang
diidam-idamkan, perhatikan betul-betul perkara-perkara di bawah ini;
#1.
Siapa 6 kenalan sekeliling kita yang paling banyak masa kita habiskan bersama
mereka.
Cuba perhatikan berapakah anggaran pendapatan tahunan mereka dan
jumlahkan kesemuanya. Bahagikan jumlah tersebut dengan 6. Nilai akhir adalah
nilai sebenar pendapatan tahunan kita jika kita sedari. Kiraan ini tidak
semestinya tepat akan tetapi ianya memberi gambaran awal di mana tahap sebenar
pendapatan kasar tahunan kita.
Jika kita tidak berpuas hati dengan nilai akhir tersebut, pilihlah
untuk berkenalan dengan mereka yang lebih hebat daripada kita dan cubalah untuk
luangkan masa yang lebih dengan kenalan yang baru dan positif ini.
#2.
Buku apa yang telah kita baca sebulan yang lepas akan mempengaruhi siapa kita
sebulan yang akan datang dan seterusnya.
Saya pada mulanya langsung tidak minat untuk membaca namun setelah
dinasihatkan untuk membaca buku-buku motivasi serta perniagaan oleh para
Mentor, saya berpeluang untuk mengkaji bagaimana sebenarnya mereka yang berjaya
ini berjaya. Akhirnya selepas membaca lebih 50 buah buku saya secara tidak
sengaja tertulis buku sendiri dan kini sudah siap menulis buku yang ke-3.
Jika kita tidak membaca sebulan yang lepas, saya yakin dan pasti
kita tidak akan alami sebarang perubahan untuk sebulan yang akan datang. Pilih
topik-topik yang kita minati dan ingin kuasai dan kajilah bagaimana untuk
berjaya dalam bidang tersebut.
#3.
Jika kita nakkan sesuatu jangan lupa untuk tulis.
Jangan sekali-kali percayakan ingatan di minda sebab ianya akan
mudah untuk dilupakan. Saya kini tulis apa sahaja yang saya inginkan berbanding
sebelumnya. Manusia amat sinonim dengan istilah pelupa, jadi jalan
penyelesaiannya adalah dengan menulis apa sahaja yang ingin kita ingati dan
capai.
Cuba mulakan menulis perkara-perkara yang ingin kita miliki dalam
skala kecil terlebih dahulu dan setiap kali kita berjaya mendapatkannya, raikanlah
kejayaan tersebut. Apabila kita sudah punyai keyakinan yang tinggi, maka
bolehlah untuk terus sasarkan matlamat yang lebih besar. Tiada had untuk kita
berimpian!
#4.
Cari, Amalkan dan Ajarkan ilmu yang kita yakin ianya mampu untuk membuka
peluang kepada sesiapa sahaja untuk berjaya.
Ilmu yang kita ada akan lebih diberkati dan diberi kefahaman yang
tinggi apabila kita berusaha untuk kongsikan dengan sesiapa sahaja. Ingatlah,
semakin kita berasa rugi untuk berkongsi ilmu kejayaan kita dengan orang lain,
semakin sukar untuk rezeki hadir dalam hidup kita.
Tiada satu ilmu pun yang tidak bernilai kerana semua ilmu datangnya
dari Allah s.w.t. Jangan takut dan khuatir untuk berkongsi kerana hipotesisnya
adalah semakin berkongsi maka semakin banyak ilmu yang akan kita perolehi.
#5.
Pilihlah untuk berguru.
Saya amat
bersyukur kerana berpeluang untuk mengenali ramai insan yang hebat dan duduk
semeja dengan mereka semua untuk berbicara dan berbincang mengenai bagaimana
untuk berjaya dan berusaha untuk membantu orang lain menjadi lebih berjaya.
Sifu Mohd Siddiq antara guru yang terbaik pernah saya
temui. Belajarlah darinya In Sha Allah anda akan temui mutiara ilmu yang tidak
ada di mana-mana.
Lihatlah kelima-lima perkara ini dan jika anda cuba amalkan salah
satu daripadanya In Sha Allah perubahan besar dan ketara akan berlaku dalam
hidup anda.
Jika anda rasa perkongsian ini bernilai, SHARE lah dengan sesiapa
sahaja dan kita perlukan lebih ramai insan yang berjaya kerana kita tidak akan
merasai nikmat kejayaan bersendirian melainkan ianya dinikmati bersama-sama.
Dipetik
dari Blog Fathuallah
No comments:
Post a Comment