Pada
suatu hari, Khalifah Umar memanggil penduduk Madinah untuk berkumpul di Masjid
dan ketika itu bukan masanya untuk sholat fardhu. Maka fahamlah para sahabat
semua bahawa ada sesuatu yang penting yang ingin disampaikan oleh Khalifah
Umar.
Ketika
semua orang telah berkumpul, Khalifah Umar naik ke mimbar dan berkata,
"Umar yang anda kenal ini, dahulu adalah seorang pengembala kambing, dia
bekerja menjaga kambing dan diberi upah sebanyak segenggam kurma." Hanya
itu yang beliau katakan, setelah itu beliau turun dari mimbar.
Abdurrahman
bin Auf hairan dan bertanya, "Ada apa wahai khalifah? Anda tidak berkata
apa-apa kecuali hanya meremehkan dan mengecilkan diri sendiri?"
Khlaifah
Umar menjawab, "Benar, Sebab tadi
ketika aku sedang berjalan timbul dalam diriku rasa sombong, dan hati kecilku
mengatakan bahwa akulah amirul mu'minin dan siapa yang lebih baik dariku?"
Umar
melanjutkan, "Sebaba itulah Aku mengumpulkan kalian dan berkata seperti
tadi dan aku ingin mengajar Umar (diriku sendiri) tentang siapa dia
dahulu."
ReplyDeletebest kitchen tilesticker
best hammer drills